Masih Cari Baju Bayi Yang Cantik & Selesa? GUGU Beri Pilihan Terbaik Untuk Si Comel Anda!

Jika anda sedang mencari baju bayi cantik, jenama Gugu mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia bukan sahaja selesa, malah mempunyai ciri selamat untuk si manja!

Apabila mencari pakaian bayi, pastinya ibu bapa teruja mencari baju bayi cantik, kelihatan kemas dan selesa untuk si buah hati.

Sebab itu hari ini, kami di theAsianparent ingin berkongsi mengenai jenama barangan bayi yang telah kami cuba, dan bersetuju yang ia merupakan pilihan yang bagus untuk si comel anda!

Gugu, Jenama Pakaian Bayi Yang Selesa

Masih Cari Baju Bayi Yang Cantik & Selesa? GUGU Beri Pilihan Terbaik Untuk Si Comel Anda!

 

Apabila saya menerima bungkusan daripada team Gugu, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah nama jenama ini sendiri yang sememangnya comel.

Jika anda sedang menunggu kelahiran cahaya mata, atau mempunyai bayi di bawah 18 bulan, pastinya anda mahu mencuba baju bayi cantik dari jenama Gugu ini.

Pakaian bayi dari Gugu dihasilkan dari fabrik premium yang berkualiti agar si manja sentiasa gembira dan selesa semasa memakainya.

Fabrik yang lembut pastinya lebih mesra untuk kulit bayi dan ibu bapa tidak perlu risau dengan masalah ruam, atau bayi yang meragam akibat kain baju yang merengsakan kulit yang sensitif.

Gugu menekankan betapa pentingnya bayi sentiasa dalam keadaan selesa, kerana inilah baju bayi dari Gugu dilengkapi dengan kemudahan tersendiri. Dengan ini, bayi kurang meragam dan ibu boleh menjalani hari dengan lebih produktif!

Review Gugu: Pemilihan Baju Yang Sesuai Untuk Anak

Salah satu jenis pakaian bayi yang saya suka adalah jenis jumper. Ini kerana jumper bayi sebegini kelihatan kemas dan selesa untuk pemakaian si manja, dan yang paling penting sekali ia selamat untuk dipakai semasa tidur.

baju baby cantik, review gugu, gugu malaysia, romper baby, barang baby, barang baby murah, barang baby online, baju baby murah, baju baby selesa, baju tidur baby, baju jenama gugu, baju baby jenama gugu, baju brand gugu, review baju baby, review baju bayi, review romper baby

Harus diingatkan kepada para ibu bapa, baju tidur bayi mestilah tidak terlalu besar atau longgar kerana ia boleh membahayakan bayi anda.

Terutamanya jika bayi masih tidak boleh melakukan banyak gerakan, khususnya bayi 6 bulan ke bawah ya!

Jadi baju tidur seperti ini sememangnya sesuai untuk si manja kerana ia tidak mudah tertanggal, dan tidak mempunyai butang yang mudah tercabut.

Tambahan lagi, bayi yang sedang belajar berjalan seperti anak saya perlu memakai baju yang mudah untuk melakukan pergerakan.

Tetapi satu kegusaran saya adalah, selalunya jumper berkain tebal dan tidak sesuai untuk dipakai di ruang yang tidak berhawa dingin, jadi pastinya saya risau si manja kepanasan pula.

Tetapi apabila saya melihat koleksi jumper daripada Gugu, saya menarik nafas lega!

baju baby cantik, review gugu, gugu malaysia, romper baby, barang baby, barang baby murah, barang baby online, baju baby murah, baju baby selesa, baju tidur baby, baju jenama gugu, baju baby jenama gugu, baju brand gugu, review baju baby, review baju bayi, review romper baby

Ini kerana Gugu menyediakan pakaian bayi cantik yang bukan sahaja jenis yang pelbagai, malah didatangkan dalam fabrik yang berbeza.

Contohnya baju bercorak bintang ini berfabrik agak nipis, jadi ia sesuai dipakai pada siang hari walaupun dalam cuaca panas.

Baju Bayi Cantik dan Selamat Untuk Si Manja

Menariknya, baju dari jenama Gugu juga dihasilkan dengan beberapa sistem keselamatan untuk si manja, jadi anda tidak perlu risau semasa bayi memakai pakaian dari jenama ini.

Berikut merupakan 3 keistimewaan baju bayi dari Gugu:

  • 2 zip bagi memudahkan ibu menukar lampin bayi, tanpa perlu membuka keseluruhan baju anak.
  • Zip ditutup dengan fabrik tambahan bagi mengelakkan geseran pada kulit bayi yang boleh menyebabkan luka.
  • Special foldover-socks khas disediakan pada baju sekiranya bayi tidak memakai stokin, dan kaki bayi tidak terdedah. Ibu tidak perlu berpatah balik jika tertinggal stokin anak di rumah, hihi.

Pastinya feature ini akan memudahkan ibu bapa juga bukan?

Buat pengetahuan anda, Gugu juga menyediakan barangan bayi yang lainnya, dari kelengkapan baju bayi selepas bersalin sehinggalah 18 bulan. Dapatkan lebih info menerusi laman Gugu di bawah ya!

Laman web: www.gugu.com.my

Instagram: @gugumalaysia

Mana lagi mudah, beli baju bayi online atau di kedai?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combarang-baby-murah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!