Dari Rumah Kayu Ke Mahligai Mewah, Pemuda Balas Jasa Ibu Yang Berkorban Jual Nasi Lemak

Balas jasa orang tua ada banyak caranya. Jika tidak memiliki wang yang banyak, anak-anak boleh jaga kebajikan mereka hingga ke akhir hayat

Balas jasa ibu bapa yang telah melahirkan dan membesarkan kita sememangnya sering menjadi perkara utama yang bagi setiap anak.

Namun, jangan salah faham pula. Membalas jasa itu bukan bererti seorang anak itu mmberikan jumlah duit yang banyak. Ada banyak lagi cara lain yang boleh anda lakukan bagi menghargai setiap pengorbanan orang tua, antaranya mencipta senyuman pada wajah mereka.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Balas jasa ibu, pemuda sanggup menghabiskan RM100,000 bina mahligai indah
  • Terkilan arwah ayah tak sempat lihat rumah baru
  • Kediaman berkonsep moden dan ringkas idea bersama adik-beradik lain

Balas jasa ibu, pemuda sanggup menghabiskan RM100,000 bina mahligai indah

Seperti kisah seorang pemuda berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Husni Hassan ini, dia dilaporkan sanggup mengeluarkan belanja yang begitu besar untuk menyediakan kediaman yang selesa buat ibu kesayangan.

Kisahnya itu sememangnya memberikan inspirasi buat orang ramai di luar sana yang ingin membalas jasa orang tua masing-masing. Portal media, mStar telah menghubungi sendiri jejaka ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Lebih mesra disapa Husni, beliau menjelaskan pada asalnya, kediaman berkenaan dibina menggunakan papan kayu sahaja. Namun, ianya dibina semula dengan kos sekitar RM80,000 ke RM100,000.

balas jasa

“Prosesnya bermula sekitar Tahun Baharu Cina tempoh hari, tapi sebenarnya dah lama rancang. Sebelum itu rumah kayu, tak berapa tahan. Pada 2012 saya ubah suai dapur, kali ini saya bina semula bahagian depan dan tingkat atas.

“Ia ibarat membalas semula jasa keluarga. Ia juga untuk keselesaan bersama,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Menurut guru Kemahiran Hidup (KH) yang sudah tujuh tahun berkhidmat di sekolah di Betong, Sarawak ini, ibunya sudah cukup gembira dengan transformsi kediamannya itu.

Terkilan arwah ayah tak sempat lihat rumah baru

Walau bagaimanapun, Husni meluahkan bahawa dia agak terkilan kerana tidak sempat menyempurnakan rumah sebelum pemergian bapanya akibat sakit jantung pada 2012.

“Saya belum berkahwin lagi, jadi nampak mak sahaja. Memang utamakan dia. Saya berterima kasih atas didikannya dari kecil. Dia banyak berkorban untuk saya. Sewaktu saya sambung belajar dia sanggup jual nasi lemak.

“Saya rasa kalau ayah masih ada, dia mesti gembira. Mak saya pun gembira, dia macam tak percaya dan sangat hargai apa yang saya lakukan,” jelas Husni.

Balas jasa ibu bapa, kediaman berkonsep moden dan ringkas idea bersama adik-beradik lain

balas jasa

Mengulas lanjut, Husni mengatakan bahawa kediaman yang dibina itu adalah khas buat ibu dan keluarganya yang lain. Konsep kediaman yang menjadi pilihan hati Husni dan adik-beradiknya adalah moden dan ringkas. Jika dilihat kembali transformasi yang dibuat, memang amat ketara.

Cantik sangat-sangat. Walaupun tampak simple, tapi masih sedap mata memandang.

Husni turut meluahkan ingin membawa ibunya itu ke Tanah Suci jika diberikan rezeki lebih pada masa akan datang. Insya-Allah.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Adik Beradik Jaga Ibu Bapa Sakit? Pakar Kaunselor Pesan Jangan Banyak Mengungkit!

Baca juga: Ingin Anak Membesar Lebih Beradab dan Pandai Hormat Ibu Bapa & Orang Tua? Guna Cara PASTI Berkesan Ini!

Baca juga: 5 Ilmu Penting Kena Ajar Anak Kita, Zaman Dah Berubah, Cara Ibu Bapa Kita Dulu Mungkin Dah Tak Relevan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!