X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

''Doktor Kata Aisyah Dah 50/50'', Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal

18 Nov, 2022
''Doktor Kata Aisyah Dah 50/50'', Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal

Bantal kekabu sering digunakan oleh seisi keluarga. Namun siapa sangka boleh mengundang bahaya pada bayi dan anak yang masih kecil

Menjaga anak yang masih kecil memberikan pelbagai pengalaman buat ibu ayah. Meskipun sudah berhati-hati, masih ada risiko kejadian tidak diingini berlaku. Seperti kisah yang dikongsi oleh ibu ini, dia hampir kehilangan anak disebabkan bantal kekabu.

Tidak dinafikan sesuatu kemalangan boleh terjadi dalam sekelip mata. Bahkan mungkin ia tidak pernah terfikir oleh akal fikiran kita sendiri bahawa anak terdedah bahaya disebabkan oleh perkara yang sering digunakan setiap hari.

Bantal kekabu punca saluran pernafasan bayi tersumbat

tertelan kekabu bantal

Menurut perkongsian di TikTok yang dikenali sebagai Cikyana, dia melalui pengalaman pahit apabila bayi perempuannya, Nur Aisyah berusia setahun lebih tertelan kekabu bantal.

Sebagai ibu, terasa dunia seolah-olah gelap seketika apabila diberikan ujian sebegini.

20/7/2022: Hari yang tidak akan ibu lupakan. Maafkan ibu anak. Ibu cuai dalam menjaga kamu.

Nur Aisyah. Tertelan kekabu bantal menyebabkan saluran pernafasan tersumbat hingga sawan.

Masa hantar bahagian kecemasan, doktor sahkan paru-parunya rosak sebab kekabu sudah masuk ke dalam saluran-saluran kecil paru-paru. Pelbagai dugaan masa doktor nak refer hospital Ipoh.

Waktu ini juga doktor beritahu keadaan anak dah 50/50. Masa ini juga rasa kosong sangat. Tidak tahu macam mana nak redha akan ujian ini.

Tetapi siapa kita hendak tentukan. Lepas 3 hari ditidurkan, Aisyah sedar. Tapi doktor kata dia tidak macam dulu. Aisyah jadi lupa ingatan lepas kejadian bantal kekabu tu.

Dia jadi macam bayi umur 3 bulan. Tidak tahu berjalan, tidak tahu hisap susu, tidak reti makan. Semuanya jadi tidak reti. Ini berlaku sebab bengkak pada otak. Oksigen tidak sampai ke otak ketika diserang sawan.

 

@c1ky4n4

Sayang ibu…..☺️☺️☺️ ♬ Sholawat Sedih – Yabadrotim – Ai khodijah

Rata-ratanya turut bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kecil ini dan menitipkan doa kesembuhan buatnya.

Ya allah berikanlah kesembuhan dan hilangkan kesakitannya, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan permudahkan segala urusan aamiin ya rabbal alamin

Ya allah engkau angkat dan sembuhkanlah anak ini dari penyakitnya ya Allah. Moga ada keajaiban buat si comel. Ibu semoga tabah.

Sedangkan orang dewasa kalau 3hari ditidurkan pun dia akan ada yang lupa, Apatah lagi budak-budak. Banyakkan bersabar ya, Insyaallah Aisyah anak yang kuat akan pulih semula

Anak perlukan sokongan ibu ayah 

anak tertelan objek kecil

Dalam perkongsian video TikTok terbaru, dia sempat memuat naik keadaan terkini anaknya.

Yang tanya saya, anak boleh sembuh balik atau tidak?

Ya. Doktor cakap anak saya ada harapan untuk sembuh semula. Cuma doktor cakap Aisyah perlukan sedikit masa untuk dia betul-betul pulih.

Doktor cakap, sakit dia tiada ubat melainkan sokongan dari ibu bapa. Hari-hari kami usaha, bercakap, bermain, ajar dia berjalan dan makan minum.

Alhamdulillah Aisyah ambil masa sebulan lebih untuk sembuh. Masa ni tak tahu nak cakap macam mana. Kuasa Allah.

Aisyah dah boleh ingat sikit-sikit. Dari tidak reti apa sampai lah dia boleh berjalan, makan dan minum. Mungkin dengan cara ini Allah nak ketuk hati dari lalai dan leka.

Mungkin juga dengan ujian ini, Allah nak rapatkan lagi kasih sayang ibu dan anak.

Video TikTok yang dimuat naik telah mendapat tontotan hampir 1 juta. Ramai ibu ayah yang lain mula membuka mata untuk mengambil iktibar dari pengalaman pahit dilalui wanita ini.

Terima kasih sudi menceritakan asbab kejadian. Supaya kami dapat mengambil pengajaran daripada kisah orang lain untuk lebih berwaspada. Semoga Aisyah cepat sembuh.

Allahu semoga ada keajaiban buat adik comel ini. Terima kasih ibu sudi kongsi kalau tak kami pun tak alert dengan semua ni🥺

Waspada akan bahaya anak tertelan objek kecil

anak tertelan objek kecil

Stories Rakan Kongsi
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
"My Child Is Healthy, How Did They Get Infected With Chickenpox?"
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
[Advertisement] Preparing for Your Child’s Future Education: 3 Major Mistakes Parents Make
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Anak yang berusia 6 hingga 18 bulan cenderung untuk meneroka dunia sekeliling dan ‘mencuba’ objek yang ditemuinya.

Tidak dinafikan bahawa dalam tempoh usia ini ibu ayah kena lebih berhati-hati kerana si manja cenderung menarik objek dan memasukkan ke dalam mulut mereka tanpa anda sedari.

Pakar Kardiologi Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Ika Faizura Mohd Nor berkata, jika kanak-kanak tercekik atau sesak nafas, ini bermakna terdapat sesuatu telah terperangkap di saluran pernafasan atau trakea.

Antara tanda anak tertelan objek adalah:

  • Sukar bercakap
  • Menangis
  • Muka bertukar kebiruan
  • Kelihatan panik
  • Tidak sedarkan diri

“Keadaan ini mungkin berpunca daripada gangguan aliran udara ke paru-paru yang menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat bernafas dengan lancar,” katanya.

Cara berdepan dengan situasi anak tertelan objek kecil

Menghadapi waktu cemas ini, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan sebagai bantuan awal sementara menunggu bantuan selanjutnya.

  1. Jika kanak-kanak tidak bertindak balas dengan menepuk kuat kedua-dua bahu.
  2. Panggil anak, periksa pernafasan dengan melihat dada sama ada pernafasan lancar atau sebaliknya. Jika nafas tiba-tiba panjang dan pendek, ini petanda tidak baik. Anda boleh memeriksa nadi di leher. Jika bayi berumur bawah setahun, periksa bahagian lengan.
  3. Sekiranya ibu bapa atau penjaga yakin masih tiada pernafasan dan nadi, dapatkan bantuan segera di hospital berhampiran.
  4. Bagi kanak-kanak di bawah umur setahun, selain bantuan pernafasan mulut ke mulut, anda boleh tiup ke dalam hidung bayi sebagai bantuan asas memandangkan mulut bayi masih kecil berbanding rongga mulut orang dewasa.
  5. Ibu ayah dilarang membuang objek atau makanan yang tersumbat kerana takut tertolak ke dalam. Jika tidak pasti, jangan lakukan.

Semoga bermanfaat!

Tiktok, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak 4 Tahun Hidap Diabetes, Ambil Minuman Kultur Untuk Rawat Sembelit Hingga Ketagihan

Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

Baca juga: Ingatkan Hanya Cirit-Birit Biasa, Ibu Tidak Perasan Anak Tertelan Bateri Hingga Usus Kena Belah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • ''Doktor Kata Aisyah Dah 50/50'', Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal
Kongsikan:
  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

    Anak Kali Pertama Sekolah, Ibu Ayah Semangat Sama-Sama Pakai Baju Sekolah Lengkap

  • Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

    Teman Bapa Beli Buku Abang Di Sekolah, Budak 6 Tahun Kemalangan & Dimasukkan ICU

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.