Bapa ini membantu anaknya berdepan dengan alergi makanan dengan cara yang sungguh kreatif!

Share this article with other mums

Beliau telah mengubah roti putih dan mentega soya yang Scarlett makan setiap pagi kepada seni!

Apabila anda mempunyai anak yang mempunyai alergi makanan, anda pasti akan terpaksa memberi makanan yang hampir sama setiap kali waktu makan. Ia pasti akan menjadikan waktu makan membosankan. Tetapi tidak bagi seorang bapa berwarganegara British ini.

Perry merupakan seorang pemuzik dan beliau mempunyai dua orang anak perempuan. Salah seorang daripada mereka mempunyai alergi yang sangat teruk terhadap, produk tenusu, telur dan kekacang. Beliau telah menemui cara yang sangat kreatif untuk menangi kebosanan waktu makan ini.

Beliau telah mengubah roti putih dan mentega soya yang Scarlett makan setiap pagi kepada seni! Ianya benar! Malah beliau telah mendokumentasikan pengembaraan seni roti bakarnya di akaun media sosial instagram miliknya,  @2slicesoftoast, supaya kita semua boleh melihat ciptaannya dan cemburu bagaimana seronoknya sarapan anaknya.

Beliau telah mencipta lebih 300 seni roti bakar untuk anaknya yang berusia 10 tahun itu, Scarlett. Lihat beberapa contoh seni roti bakar yang diciptanya untuk Scarlett yang di ambil dari akaun instagram miliknya, 2slicesoftoast.

1) Skuter

2) Beliau dan Scarlett berlari

3) Kuda jongkang-jongket

4) Sarang labah-labah

Kreatif bukan? Jika anda ingin melihat lebih banyak hasil kreativiti beliau, anda bolehlah melawat akaun instagram miliknya. Bagi anda yang mempunyai anak alergi juga, jadikan ini inspirasi untuk menarik minat anak anda makan makanan yang boleh dimakannya. Tiada lagi kemurungan di waktu makan!

Dads Food & Beverages Kesihatan