Bapa ini beri amaran ke semua ibu bapa supaya menterbalikan mainan anak-anak sebelum membenarkan mereka bermain
Beliau ternampak seekor ular cottonmouth atau lebih dikenali sebagai water moccasin sedang menyorok di bawah trak mainan Judson.
Ianya mimpi buruk apabila anak kita digigit oleh sesuatu yang kita tidak tahu. Namun, selepas diselidik, ia sesuatu yang sungguh menakutkan. Itulah yang telah terjadi pada anak lelaki Josh McClane.
Suatu petang ketika kedua anak lelaki dan perempuan Josh sedang bermain diluar, beliau terdengar suara Judson, anak lelakinya menjerit. Namun, beliau tidak memikirkan ia sesuatu yang serius kerana mereka sedang bermain. Sangkanya, ia mungkin kerana seekor lebah.
Tetapi, apabila Josh keluar untuk melihat apa yang terjadi, beliau melihat anaknya di atas tanah dengan dua kesan gigitan di kaki Judson. Dan apabila Josh melihat disekeliling, beliau ternampak seekor ular cottonmouth atau lebih dikenali sebagai water moccasin sedang menyorok di bawah trak mainan Judson.
Ular tersebut telah menggigit Judson apabila kanak-kanak berusia tiga tahun itu cuba bermain dengan traknya. Josh telah bergegas ke bahagian kecemasan di mana mereka telah memberinya 16 botol anti racun. Dan doktor berjaya menghentikan racun ular tersebut dari merebak.
Kini, Josh bertekad ingin menyebarkan kesedaran tentang kejadian ini kepada seramai ibu bapa yang boleh.
Bagaimana untuk memastikan rumah anda selamat?
Ular tidak akan tertarik jika kawasan tersebut tidak sesuai untuk mereka berehat.
- apabila cuaca panas, kawasan yang lembab sangat digemari ular untuk menyejukkan badan mereka. Jadi, apabila menyiram pokok, pastikan air secukupnya dan tidak berlebihan. Tandas juga salah satu tempat kegemaran mereka di cuaca panas, jadi, pastikan tandas anda tidak mempunyai lubang terbuka yang boleh dilalui ular.
- semak juga merupakan kawasan kegemaran ular untuk menyorok dan berehat. Pastikan dikeliling rumah anda tidak mempunyai semak-samun.
- sekiranya rumah anda terdapat haiwan yang menjadi makanan mereka, ini akan menjadikan rumah anda sasaran mereka. Sekiranya haiwan ternakan, pastikan kawasan sekeliling bersih dan berpagar.
- sekiranya tempat yang anda jarang pergi seperti stor barangan, pastikan anda membuat bising dahulu seperti mengetuk dinding dengan kayu bagi memastikan tiada ‘pelawat’ yang tidak diingini.
Apa yang perlu dilakukan jika dipatuk ular?
Sekiranya anda atau orang berdekatan dipatuk ular, cuba ikut saranan berikut:
- jangan cuba menghisap racun ular tersebut dengan mulut anda
- jangan membasuh kawasan luka kerana bisa yang berbaki dikeliling luka dapat membantu mengenal pasti jenis ular
- cuba kenal pasti ular yang telah mematuk mangsa (ambil gambar jika boleh)
- segera dapatkan bantuan (telefon ambulans atau talian kecemasan) atau bergegas ke bahagian kecemasan hospital
- kurangkan pergerakkan mangsa dan pastikan mereka tenang (kerana panik akan meningkatkan kadar degupan jantung)
- tidak memberikan mangsa makan atau minum (supaya kadar metabolism di kadar terendah)
- maklumkan pegawai kesihatan jenis ular yang telah mematuk mangsa
Sumber: Lifespire, healthdirect, mayo clinic