Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

undefined

Adakah bapa lebih menyayangi anak perempuannya berbanding anak lelaki? Kajian membuktikan ya! Patutlah mereka dipanggil "daddy's little girls"!

Anda fikir “daddy’s litte girls” atau ungkapan anak perempuan akan lebih rapat dan manja dengan bapanya sebuah klise dan mungkin sekali tidak betul? Fikir sekali lagi.

Baru-baru ini, NBC News telah menyiarkan sebuah hasil kajian yang amat mengejutkan!

Menurut kajian yang diterbitkan melalui Behavioral Neuroscience itu, seorang bapa terbukti lebih prihatin dan peka tentang keperluan anak perempuannya berbanding keperluan anak lelaki yang memiliki umur yang sama.

Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian antara seorang bapa dan anak-anaknya. Sekumpulan bapa dijadikan sebagai bahan kajian.

Rakaman interaksi seharian terbabit mendedahkan kumpulan bapa ini akan menyanyi dan bercakap dengan lebih terbuka tentang emosi, kepada anak perempuan mereka, berbanding pada anak lelaki.

Mungkinkah kerana anak perempuan lebih sensitif?

Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

Bukan! Kajian juga mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah terbabit tidak hanya didorong kerana anak perempuan lebih sensitif.

Mereka juga terbukti menyebut sesuatu yang nyata berbeza pada anak perempuan, berbanding pada anak lelaki.

Bapa dengan anak lelaki akan cenderung memberi tumpuan kepada “pencapaian” dan permainan fizikal. Antara perkataan yang sering disebut oleh bapa kepada anak lelaki adalah “menang”, “bangga” dan “bagus sekali”. 

Manakala, untuk anak perempuan, bapa akan lebih bersifat kreatif dan terperinci. Lalu, mereka akan lebih menyebut perkataan seperti “semua” dan “banyak”. 

Mengapa layanan berbeza ini terjadi?

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Akan tetapi, kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza seperti ini terjadi. 

Adakah otak ibu bapa telah “diwayar” untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza?

Ataupun ia berpunca daripada norma-norma sosial yang asas seperti anak perempuan lebih manja dan memerlukan lebih perhatian malah perlindungan?

Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

Dr. Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory mendedahkan –

Jika seorang kanak-kanak menangis, si ayah akan menyahut dan pantas berlari ke arah anak perempuannya, berbanding ke arah anak-anak lelaki.

Daddy’s little girl, sangat ya!

Kesan perhatian lebih daripada seorang bapa kepada anak perempuannya

Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan seorang bapa kepada anak perempuannya, akan tetapi ada sesuatu perkara yang memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.

Si bapa lebih kerap merujuk bahagian badan anak perempuan mereka dengan istilah manja seperti “belly” atau “tummy” berbanding memanggilnya sebagai “perut”. 

Penyelidikan telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada anak perempuan, berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.

Anak perempuan terbabit akan tidak berpuas hati tentang badan mereka, dan berasa lebih rendah diri. 

Apa yang harus dilakukan oleh seorang bapa?

Tiada yang salah dalam memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki. Lagipun, memang terbukti seorang bapa akan lebih memberi perhatian penuh pada anak perempuannya, berbanding pada anak lelaki.

Tetapi, jangan terlampau bersifat berat sebelah. Mungkin si ibu akan lebih rapat dengan anak lelaki, dan si bapa sebaliknya. Tapi… apa kata anda layan mereka secara sama rata?

Contohnya seperti bercakap tentang emosi. Anak lelaki juga berhak untuk didedahkan kepada isu “emosi”. 

Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh seorang bapa (malah ibu yang rapat dengan anak lelakinya), untuk “mengimbangkan” kasih sayang yang telah diberi:

  1. Jangan takut untuk “sedikit lasak” – penyelidikan membuktikan yang bermain di atas lantai atau secara fizikal (tetapi dengan selamat) bersama kedua-dua anak lelaki atau perempuan – akan membantu mengawal emosi mereka.
  2. Pemilihan perkataan anda penting – jadi, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua-dua anak lelaki atau perempuan.
  3. Beri perhatian yang sama – Tak semestinya anda boleh cakap tentang emosi dengan anak perempuan saja. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang mencukupi akan membesar dengan lebih empati. 

Sumber rujukan: NBC News dan American Psychological Association

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!