"Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke?" Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai

lead image

Sebuah video tular bapa mertua berang anak perempuannya dipukul suami. Dia telah memukul dan merotan menantunya hingga berdarah!

Bapa adalah orang pertama yang akan melindungi kita dari dunia luar. Inilah yang dapat dilihat dalam video tular bapa mertua memukul menantunya kerana telah memukul anak perempuannya ini.

Bapa mertua pukul menantu di tepi jalan

src=https://www.worldofbuzz.com/wp content/uploads/2018/10/i did not raise my daughter for you to abuse her msian father schools son in law on street world of buzz.png Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke? Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai

Baru-baru ini, tular satu video lelaki tua memukul lelaki muda di tepi jalan sehingga mulut dan hidung lelaki muda itu berdarah.

Menurut laporan, lelaki tua yang memakai baju berwarna putih tersebut adalah bapa mertua kepada lelaki yang dipukul dan sebab lelaki itu dipukul adalah kerana menantunya ini telah mendera anak perempuannya (isteri lelaki tersebut).

Bapa mana yang tak marah apabila mengetahui anak perempuannya telah didera suami sendiri? Bapa ini juga begitu. Dia telah pergi mencari menantunya untuk “mengajarnya”.

Dalam video ini, lelaki tua ini dapat dilihat memarahi menantunya dengan berkata, 

“Aku besarkan anak aku dari dia bayi hingga dewasa dan hari ini kau dera dia? Aku dah beri amaran banyak kali, aku benarkan kau kahwin dengan anak aku, tapi ini cara kau layan dia?”

Bapa mertua ini yang ditemani beberapa lelaki lain telah mengarahkan salah seorang dari mereka untuk membawa rotan bagi mengajar lelaki ini.

Dia kemudiannya memukul dan menendang menantunya yang tak melawan dan hanya mengangkat tangannya bagi melindungi diri sendiri.

Dalam video ini juga, dapat disahkan juga yang lelaki tua ini marah dengan tindakan menantunya yang mengabaikan anaknya dan tak menjalankan tanggungjawab untuk menjaga keluarganya.

src=https://www.worldofbuzz.com/wp content/uploads/2018/10/i did not raise my daughter for you to abuse her msian father schools son in law on street world of buzz 4.png Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke? Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai

“Kau minta maaf sekarang? Masa kau pukul anak aku, ada kau minta maaf dekat dia?

Kau ingat aku nak biarkan benda ini macam itu saja? Kau tahu tak apa yang kau buat salah?

Kalau kau bagus sangat pukul orang, kau bangun sekarang dan pukul aku. Cepat, pukul!”

Tak lama kemudian, seorang individu tidak dikenali telah memberikan lelaki tua ini sebatang rotan tebal dan dia menggunakan rotan tersebut untuk memukul menantunya.

Dia berkata – 

“Kalau ibu bapa kau tak pandai nak ajar kau, aku akan ajar kau. Kau tahu tak ibu bapa kau datang merayu kat aku untuk kesiankan kau?” 

Selepas beberapa pukulan, mereka meninggalkan lelaki yang dipukul ini kesakitan di atas jalan.

src=https://www.worldofbuzz.com/wp content/uploads/2018/10/i did not raise my daughter for you to abuse her msian father schools son in law on street world of buzz 6.png Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke? Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai

Dakwaan mengatakan kejadian ini berlaku di Kuching, Sarawak. Netizen yang menonton video ini kebanyakannya menyokong tindakan bapa terbabit dan mengatakan yang lelaki tersebut layak dipukul.

Ada juga yang mengatakan ada cara yang lebih sesuai untuk mengajar lelaki tersebut. Beberapa orang lain pula mengatakan yang mereka tak menyokong keganasan, tapi lelaki tersebut memang layak dipukul sedemikian.

Bapa pukul mertua: Kes keganasan rumah tangga perlu diberi perhatian

Ramai wanita yang masih takut untuk memberitahu keluarga atau orang lain tentang penderaan yang berlaku di rumah.

Tapi, dengan sokongan orang ramai yang tahu perkara ini salah, sedikit sebanyak ia boleh memberi keberanian untuk wanita-wanita yang didera agar bersuara.

Ini adalah antara keganasan yang sering dilakukan:

  • Sengaja / cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan
  • Mencederakan secara fizikal
  • Memaksa / mengancam melakukan perbuatan seksual
  • Mengurung / menahan tanpa kerelaan
  • Khianat / merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan / kegusaran.

Mangsa keganasan rumah tangga boleh terdiri daripada suami, isteri, anak, dan siapa-siapa ahli keluarga yang tinggal serumah.

Cara untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga

Jika mangsa menghadapi keganasan yang tidak serius, mereka boleh mengenal pasti punca berlakunya keganasan rumah tangga dengan berbincang dengan pasangan mereka ataupun dengan kaunselor.

Tetapi kalau keganasan tidak berkurangan selepas usaha untuk perbaiki keadaan dan sebaliknya menjadi lebih serius, sehingga mencederakan mangsa, mangsa haruslah pertimbangkan tindakan untuk menyelamatkan diri. 

Mangsa boleh mendapatkan sokongan dan bantuan daripada pelbagai organisasi serta pertubuhan contohnya, Jabatan Pembangunan Wanita, Women’s Aid Organisation, dan sebagainya.

Orang ramai dan mangsa sendiri boleh melaporkan kejadian keganasan:

  • ke balai polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • Menghubungi Talian Kasih 15999src=https://my Aku Besarkan Anak Aku Untuk Kau Pukul Dia Ke? Viral Bapa Mertua Belasah Menantu Hingga Lunyai
  • Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan

Walaupun kebanyakkan mangsa keganasan adalah kaum wanita ataupun kanak-kanak, kes lelaki didera tidak terkecuali dari masalah ini juga.

Jadi, jangan takut untuk melaporkan penderaan yang anda terima kerana ramai yang akan menyokong anda untuk melawan keganasan rumah tangga.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: World Of Buzz

Baca juga:

Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!