Bapa kejam sanggup kurung anak dan cucuh belakang badan dengan rokok!

lead image

Tak adakah sekelumit perasaan simpati terhadap anak yang didera itu hingga bapanya sanggup melakukan kekerasan terhadap si kecil? Jom kita ikuti kisah tragis ini yang berlaku, baru-baru ini.

Sedih dan sungguh menyayat hati apabila ada bapa pukul anak kandung hingga cedera teruk. Di manakah letaknya sikap perikemanusiaan dalam diri?

Tak adakah sekelumit rasa kasihan bila ibu bapa memperlakukan anak sebegitu rupa? 

Sayu hati apabila membaca kisah bapa pukul anak seperti yang berlaku pada insiden ini, di mana bapa pukul anak perempuan berumur empat tahun.

Mereka ini seolah-olah tak layak digelar bapa!

Apalah yang terdaya anak itu untuk melawan tenaga ayah yang lebih kuat darinya. Apa yang boleh dilakukannya hanya bertahan walaupun kudrat kecilnya tak mampu. 

Apabila diamati gambar yang diambil, kanak-kanak malang itu cedera di bahagian belakang badan dan kaki. Malah kedua-dua matanya lebam dan bengkak teruk. 

Akibat di bawah pengaruh alkohol, bapa pukul anak kandung 

bapa pukul anak, bapa rotan anak, bapa pukul, bapa bunuh anak, bapa kejam pukul anak, mata anak lebam dipukul bapa kandung, bapa kandung pukul anak, ayah jahat pukul anak, penderaan kanak-kanak, dera anak hingga lebam mata, tubuh anak dicucuh rokok, bapa dera anak kecil, bapa dera anak perempuan

Menurut laporan media tempatan, saudara dan jiran terdekat kepada mangsa melihat keadaan kanak-kanak perempuan itu lalu ambil gambar anggota badannya yang tercedera.

Menurut cerita yang dikongsi, bapa tersebut turut mengunci anaknya di bilik mandi dan memaksanya membasuh pakaian. Jika ingkar, padah bakal diterima. 

Apatah lagi di belakang tubuh dan tangan dicucuh rokok kerana bapanya di bawah pengaruh alkohol.

Kini, bapa pukul anak itu ditahan pihak polis dan kanak-kanak perempuan itu dirawat di hospital. 

Bapa pukul anak – kesan penderaan terhadap kanak-kanak 

bapa pukul anak, bapa rotan anak, bapa pukul, bapa bunuh anak, bapa kejam pukul anak, mata anak lebam dipukul bapa kandung, bapa kandung pukul anak, ayah jahat pukul anak, penderaan kanak-kanak, dera anak hingga lebam mata, tubuh anak dicucuh rokok, bapa dera anak kecil, bapa dera anak perempuan

Terdapat pelbagai kesan buruk yang boleh terjadi pada anak-anak jika mereka didera. Antaranya seperti:

  • Tekanan emosi mempengaruhi kehidupan seharian. 
  • Hilang kepercayaan terhadap diri sendiri apabila sudah meningkat dewasa
  • Takut berhadapan dengan masyarakat akibat trauma penderaan itu 
  • Bersikap agresif dan fikiran sering terganggu 
  • Melakukan keganasan terhadap diri sendiri 
  • Diri yang tak terurus apabila dewasa 

Bapa pukul anak – jenis-jenis penderaan terhadap kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 

Penderaan terhadap kanak-kanak bukan hanya melibatkan penderaan fizikal seperti memukul, mencubit dan sebagainya. Tapi, ia juga melibatkan beberapa jenis ini:

1)Penderaan fizikal 

  • Kecederaan yang boleh dilihat seperti menggunakan objek tumpul atau tajam hingga nampak kesan jelas pada tubuh kanak-kanak itu. 

bapa pukul anak, bapa rotan anak, bapa pukul, bapa bunuh anak, bapa kejam pukul anak, mata anak lebam dipukul bapa kandung, bapa kandung pukul anak, ayah jahat pukul anak, penderaan kanak-kanak, dera anak hingga lebam mata, tubuh anak dicucuh rokok, bapa dera anak kecil, bapa dera anak perempuan

Kredit gambar: Daily Times

2)Penderaan emosi 

  • Berlakunya kecelaruan mental dan emosi kanak-kanak hingga menyebabkan mereka resah, murung dan menyendiri. Malah perkembangan diri juga agak terlewat. 

3) Penderaan seksual 

  • Penderaan seksual ini berlaku jika kanak-kanak itu merupakan mangsa seksual atau melihat aktiviti berunsur seks di hadapan mata bagi memuaskan nafsu orang tersebut. 

Kesimpulan, anak bukan untuk dikasari atau dipukul tapi mereka perlu dijaga dengan sepenuh kasih sayang.

Merotan dan memukul tanpa belas ehsan adalah tidak patut berlaku. Semoga artikel ini memberi kita pengajaran yang berguna. 

 

 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore , Ikim , JKM

Baca juga

Ibu tiri kejam dera kanak-kanak 7 tahun suruh minum air panas menggelegak!