Walaupun Di Mekah, Bapa KEJI Ini Sanggup Rogol & Liwat Anak 623 Kali!

lead image

Akhirnya keadilan mengheret bapa yang merogol dan meliwat anak sendiri sebanyak 600 kali (3 kali sehari) ini! Dia akan dihukum penjara bersama 24 sebatan.

Bapa rogol anak lebih 600 kali

Rogol tetap rogol!

Itulah tegas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Kata putus telah diambil. Bapa durjana berusia 36 tahun yang merogol dan meliwat anak perempuannya sebanyak lebih 600 kali ini akan dihukum!

Malah, menurut Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali – lelaki ini merupakan lelaki pertama di Malaysia yang dihukum kerana beratus pertuduhan seksual

Dia akan dihukum penjara selama 48 tahun. Namun, kekejaman yang dilakukan oleh bapa durjana ini tak boleh ditoleransi.

Dia pertama kali meliwat anaknya ketika dalam bilik hotel di Mekah semasa mengerjakan Umrah.

Menurut laporan Straits Times, lelaki itu mengaku bersalah di atas 623 tuduhan mendera secara seksual dan meliwat anaknya yang berusia 15 tahun sejak 2 tahun lalu.

Hakim Yong Zarida menjatuhkan hukuman 28 tahun untuk kesalahan sumbang mahram, mencabul secara seksual dan mendera, manakala lagi 20 tahun atas kesalahan meliwat.

bapa rogol anak

Kredit gambar: THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Hukuman tersebut diminta untuk dijalankan dengan serta merta bersama 24 hukuman sebatan.

Bapa ini rogol anaknya 3 kali sehari

Ketika hadir di mahkamah pada pukul 8.40 pagi, bapa ini menundukkan mukanya. Dia kelihatan tenang ketika hukuman dijatuhkan.

Untuk pengetahuan anda, bapa durjana ini telah meliwat dan merogol anaknya sebanyak 3  kali sehari sepanjang bulan Januari hingga Julai!

Bayangkan betapa terseksanya anak perempuan itu?

Kejadian berlaku di rumah mereka di Petaling Jaya, sejak bapanya bercerai 2 tahun lalu. Selepas bercerai, hak penjagaan anak diperoleh oleh si bapa.

bapa rogol anak

Kredit gambar: Indian Express

Hanya 2 hari sebelum Ramadhan dan hari pertama puasa saja dia “berhenti” melampiaskan nafsu syaitan tersebut.

Malah, anak perempuannya tak terlepas menjadi habuan si haruan makan anak ini ketika mereka mengerjakan Umrah di Mekah pada 3 April 2015.

Remaja perempuan terbabit hanya berani membuka mulut pada ibunya tentang insiden kejam ini apabila mengetahui bapanya merancang untuk ambil 2 lagi adik perempuan mangsa.

Nekad tidak mahu adik-adiknya menjadi mangsa, beliau memberitahu ibunya. Ibu terbabit terus membuat laporan polis. 

Pesalah rogol tidak boleh lari

Rogol tetap rogol. Walaupun ada “lelaki” yang mengatakan perbuatan merogol anak sendiri lebih baik daripada merogol jiran.

Malah, rang undang-undang baru tentang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 juga telah dipinda dan diperbaharui. 

Pindaan itu diperbaharui dengan definisi rogol diperluas. Ia tidak terhad kepada penetrisi zakar secara paksa saja.

bapa rogol anak

Kredit gambar: Lifenews

Malah, orang dewasa yang menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak secara seksual atau memaksa mangsa menyentuh mana-mana bahagian mereka juga boleh dihukum.

Pesalah rogol turut tak akan dibiarkan terlepas daripada hukuman, walaupun jika mereka mahu mengahwini mangsa.

Ini berikutan kerana ada petuduh yang memohon ingin mengahwini mangsa rogolnya untuk “menutup aib”.

Hukuman jenayah rogol, liwat dan sumbang mahram di Malaysia

Kesalahan jenayah seksual seperti merogol, meliwat dan sumbang mahram tidak sewajarnya dipandang ringan dan dilepaskan begitu saja. Keadilan harus ditegakkan untuk mangsa-mangsa ini. 

Bagi kesalahan jenayah seksual, rang undang-undang memperuntukkan sekurang-kurangnya penjara sehingga 30 tahun beserta sebatan

Minimum hukuman pula sebanyak 10 tahun. 

Hukuman merogol secara berkumpulan juga membawa hukuman penjara tak lebih daripada 10 hingga 30 tahun

Hukuman sumbang mahram membawa tempoh pemenjaraan selama 20 hingga 30 tahun.  Semua hukuman jenayah ini turut disertakan dengan hukuman sebatan. 

Jenayah rogol, liwat dan sumbang mahram tetap adalah satu bentuk jenayah. Dan pelaku jenayah ini tidak boleh dilepaskan dari muka keadilan. 

Semoga lebih banyak kes tentang gangguan seksual ini berjaya diselesaikan agar kita dapat mengheret lebih ramai pelaku durjana yang telah memusnahkan mana-mana kanak-kanak dan wanita ke muka keadilan. 

Sumber rujukan: The Straits Times, Sinar Harian dan Free Malaysia Today 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Penderitaan Wanita Dirogol Pada Hari Perkahwinannya

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner