4 tip macam mana nak bagi anak lihat anda sebagai ayah yang cool

lead image

Bapa zaman moden lebih banyak membantu ibu menguruskan anak berbanding dahulu. Ini adalah cara untuk anda jadi bapa moden yang cool untuk anak.

Zaman sekarang ni, sudah tak ada istilah ayah pergi kerja, layan anak sikit, kemudian masuk tidur. Ramai suami kini mula rajin bantu isteri urus anak.

Tapi selain jadi hero anak, ramai juga yang nak jadi ayah yang cool kan?

Zbyszek Kalenik yang menjalankan pemerhatian ke atas bapa zaman moden mengatakan

“Bapa zaman moden dapat mengatasi segala tugas dan cabaran termasuk yang sebelum ini hanya dilakukan oleh seorang ibu.”

Macam susah kan? Tapi tak! Ikuti 4 tip macam mana nak jadi bapa zaman moden yang cool ini. Gerenti ramai puji!

image 44 4 tip macam mana nak bagi anak lihat anda sebagai ayah yang cool

5 tip untuk jadi bapa zaman moden yang berjaya

1. Berjaga malam

Berita baik untuk ibu, ayah zaman sekarang menghargai peranan mereka sebagai bapa dengan melibatkan diri membesarkan anak. Ini termasuk menjaga anak tengah malam!

Jaga anak tengah malam adalah cara terbaik untuk menolong satu sama lain dan menjadi satu team. Jadi ayah kena belajar cara nak tukar pampers ya.

2. Jadi pakar dalam media sosial

shutterstock 658472605 760x506 4 tip macam mana nak bagi anak lihat anda sebagai ayah yang cool

Mungkin anda rasa anda terlalu sibuk atau tak pandai teknologi untuk ada akaun online, tapi ini adalah salah satu perkara asas kemahiran bapa zaman moden yang anda perlu tahu.

Instagram, Facebook dan Snapchat hanyalah beberapa nama yang akan disebut oleh anak. Takkan anda nak mereka panggil anda ketinggalan kot?!

Mengetahui platform seperti ini bukan saja buat anda cool, malah anda boleh mengambil kesempatan atas manfaatnya juga! Ini adalah cara terbaik untuk anda pantau aktivit anak.

3. Guna Spotify atau YouTube untuk muzik dan menari

Muzik adalah cara paling bagus untuk hiburkan anak. Buka lagu dari CD atau download lagu adalah sangat ketinggalan zaman untuk bapa zaman moden.

Ketahui muzik terkini dan nyanyi bersama anak anda!

4. Tocangkan rambut anak

888731514171108 4 tip macam mana nak bagi anak lihat anda sebagai ayah yang cool

Anda pasti fikir yang ini adalah “kerja ibu”. Tapi kalau nak jadi bapa moden, anda perlukan kemahiran yang meluas.

Siapkan anak ke sekolah, tocangkan rambut anak dan main bola dengan anak adalah beberapa perkara yang perlu anda biasakan.

Ia mungkin mengambil masa untuk belajar perkara ini, tapi jika anda rajin meluangkan masa dengan aktiviti anak, mesti ia jadi senang.

 

 

 

 

 

 

 

Baca juga:

Adakah Bapa Lebih Rapat Dan Mesra Dengan Anak Perempuan Daripada Anak Lelaki?