Elak Barang Bayi Tertinggal Bila Keluar, Begini Caranya Nak Packing, Jimat Masa

undefined

Barang bayi & keperluannya sentiasa perlu dibawa bila keluar bersama, ini cara mudah agar dapat jimatkan masa dan tiada barang tertinggal!

Asal nak keluar bawa bayi saja berkecah ibu bapa nak mengemas barang bayi dan barang keperluan si manja. Mana tidaknya, time itulah nak cari mana lampin, mana alat mainan yang boleh menjadi hiburan bila si manja menangis nanti, botol susu, snek anak, tisu lembap dan macam-macam lagilah. 

Lagi-lagi sekarang pusat asuhan telah dibuka, dan anda boleh hantar anak anda seperti biasa. Jadi bermulalah hari-hari anda untuk mengemas dan pack barang bayi ke rumah pengasuh. 

Tahu tak kami punyai cara bagaimana anda jadikan hari-hari anda untuk keluar lebih mudah dan terurus? Dan apa yang paling penting cara ini dapat memastikan tiada barang keperluan yang tertinggal walaupun satu almari anda angkut. 

Cara pack barang bayi dengan mudah

barang bayi

#1. Simpan bag siap-siap dalam kereta

Saya sentiasa amalkan pepatah sediakan payung sebelum hujan. Jadi sebelum saya terlupa bawa barang itu ini, saya sudah pack siap-siap barang kelengkapan bayi yang penting satu set dalam kereta. Ini saya gunakan bila ada kecemasan saja ya, kalau dah nak cepat sangat dan memang tak sempat nak mengemas barang-barang keperluan bayi bila nak keluar. 

Dengan cara ini juga, saya sentiasa ada backup bila lupa bawa salah satu barang keperluan. Mudah kan?

#2. Sentiasa beli barang ekstra

Ya, sediakan krim lampin bayi ekstra, tisu basah ekstra, kain lampin ekstra, botol susu ekstra dan apa-apalah yang penting. Beli dua siap-siap. Jika tak mampu, sentiasa simpan sampel-sampel yang anda dapat ketika jualan promosi. Itu menjadi penyelamat setiap kali nak travel ke nak keluar sekejap ke.  

#3. Dahulukan apa yang penting

Sekiranya anda pun tidak mahu bawa bag lebih kerana nak pergi membeli barang dapur. Yelah, nanti nak bawa pula barang-barang yang dibeli tak cukup tangan pula. Jadi sentiasa bawa apa yang penting sahaja. Contohnya lampin bayi dan tisu basah, dan susu yang dah disiap bancuh. Jika anda masih menyusu badan lagi mudah! Dan kalau nak lagi senang anda boleh tukarkan lampinnya siap-siap di rumah supaya anda tahu lampin baru boleh tahan berapa lama. Tapi pastikan dia sudah siap ‘poopoo’ untuk hari itu ya. Jangan anda mendapat kejutan pula. 

#4. Tetapkan rutin

Bagi anda yang baru saja menjadi ibu bapa, tahniah diucapkan. Dan jika anda mahu membawa bayi anda keluar waktu ini ketahui rutin bayi anda dahulu. Waktu sekarang mesti anda sudah tahu bila waktu tidurnya, bila waktu makannya. Jadi anda boleh tetapkan waktu bila dia tidur untuk anda bawa bayi anda keluar dengan aman. 

#5. Sediakan satu sudut barang bayi

barang bayi

Kunci untuk anda kemas barang bayi dengan efisien adalah dengan menyediakan satu sudut barangan keperluan bayi. Di situlah anda letakkan semua barang yang mudah dicapai. Ada seorang ibu ini dia berkongsi, “saya akan letakkan barang keperluan anak saya dengan kunci kereta, dompet semua dalam stroller anak saya, jadi mudah untuk saya angkut semua bila keluar!

Antara barang bayi yang TIDAK penting
1. Bantal

NICHHD mengesyorkan bahawa anda mengelakkan bantal untuk bayi di bawah umur satu tahun. Mereka mengesyorkan untuk TIDAK meletakkan bayi anda di atas bantal untuk tidur atau menambah bantal untuk tidur bayi. Ini adalah untuk mengurangkan risiko SIDS.

Kepala kanak-kanak adalah lebih kecil dan menggunakan bantal yang salah untuk kepala bayi adalah satu idea yang kurang bijak.

Bukan sahaja ia boleh meningkatkan risiko SIDS yang seperti yang saya nyatakan di atas, tetapi bayi boleh roll off jika ia tidak mempunyai sokongan sampingan.Jika bayi mencapai umur membolehkannya untuk bergerak dan bantal adalah terlalu besar, bantal mungkin bergerak di atas bayi, menjadikannya berbahaya baginya.

2. Termometer mandian

Termometer mandi adalah satu pembaziran wang kerana anda hanya perlu menggunakan akal untuk memeriksa suhu mandi bayi anda. Anda juga boleh menggunakan tangan atau badan anda sendiri untuk menganggarkan suhu mandian anak anda.

barang bayi

3. Mainan/ Mainan lembut

Bayi anda hanya memerlukan susu, kasih sayang dan pakainan untuk hidup. Apa yang mereka perlukan terutamanya adalah kasih sayang daripada ibu bapa.

Mereka tidak tahu main mainan bayi sehingga umur 6 bulan. Tambahan pula, mainan lembut menggalakkan kuman dan mengumpul hama dan habuk, yang boleh memburukkan alahan dan asma.

Rencana ini pula mendakwa bahawa 80% mainan lembut bayi anda mempunyai kuman dan bakteria.

Aksesori bayi

Walaupun aksesori bayi nampak comel tetapi, ia sangat berbahaya. Terdapat banyak kes yang bayi tercekik kerana memakai cekak rambut, rantai ataupun topi.

Terutamanya dengan bayi perempuan yang amat comel dengan cekak rambut dan pelbagai aksesori rambut. Seperti kes ini dan ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline

Baca juga: Checklist Barang Ibu & Baby Untuk Bawa Ke Hospital, Ini Senarai Lengkap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!