5 barang bukan mainan yang kanak-kanak gemar main!

lead image

Siapa cakap yang anda perlu membeli barang mainan mahal untuk anak main? Kanak-kanak ada daya imaginasi yang hebat, cukuplah 5 barang ini pun sudahlah!

Kanak-kanak sangat kreatif. Mereka boleh bermain dengan sebarang benda yang anda berikan kepada mereka! Tetapi, ada beberapa barang bukan mainan yang anak-anak kecil sangat suka! Berikut adalah senarai 5 barang bukan mainan yang kanak-kanak gemar main!

1. Kotak

box 295029 960 720 5 barang bukan mainan yang kanak kanak gemar main!

 

Selalunya, jika anak anda dapat mainan baru, paling lama mereka main dengan mainan tersebut adalah 15 minit, selepas itu mereka akan mula bermain dengan kotak.

Memang agak pelik, tetapi secara jujurnya, bolehkah anda menyalahkan mereka? Kanak-kanak boleh memikirkan pelbagai perkara kreatif yang boleh dilakukan pada sebuah kotak; anda pasti akan berasa kagum dengan betapa luasnya imaginasi mereka.

Ada kanak-kanak yang mengubah kotak menjadi kubu, ada yang berangan ia adalah sebuah kapal angkasa, dan ada juga yang akan berpura-pura menganggap ia adalah sebuah gua gelap.

Sememangnya, ia satu hiburan tanpa henti untuk kanak-kanak ini! Cuma, pastikan anda mengawasi anak anda semasa mereka bermain kerana kotak-kotak ini bukanlah dicipta untuk dijadikan mainan.

2. Bakul Dobi

24978874031 cee7ab4152 b 5 barang bukan mainan yang kanak kanak gemar main!

Kredit: Flickr

Iya, kanak-kanak sukakan bakul dobi. Kami pasti anda pernah mengalami keadaan di mana semua baju ahli keluarga anda bergelimpangan di seluruh pelusuk rumah, hanya kerana anak anda ingin masuk ke dalam “kapal angkasa” dia.

Kami tahu untuk mengemas semula adalah satu perkara yang menyusahkan, jadi apa kata anda sertai anak anda dalam “kapal angkasa”nya itu buat sementara waktu?

3. Alat Kawalan Jauh

remote control 1863437 960 720 5 barang bukan mainan yang kanak kanak gemar main!

Oh, alat kawalan jauh. Ramai kanak-kanak yang sudah menonton filem Star Wars akan berpura-pura yang alat kawalan jauh mereka di rumah itu adalah pedang cahaya light sabers. Kami pun pasti anda pernah melakukannya sekali dalam hidup anda!

Tetapi, pastikan yang mereka meletakkan semula alat kawalan jauh tersebut di tempat asalnya kerana alat kawalan jauh ini memang ada perangai pelik untuk menghilang dikala anda sangat perlu menggunakannya!

Juga, pastikan yang mereka tidak cuba untuk mengeluarkan bateri, kerana bateri boleh mendatangkan bahaya tercekik, terutamanya buat anak-anak kecil.

4. Botol Minuman

water 19659 960 720 5 barang bukan mainan yang kanak kanak gemar main!

Kanak-kanak suka meletakkan barang ke dalam botol, dan mereka meletakkan pelbagai benda pelik di dalamnya, selalunya gabungan barangan yang mereka jumpa di dalam rumah dan sabun serta syampu dari bilik air.

Cuma pastikan yang botol yang anak anda main adalah botol plastik, kerana botol kaca boleh pecah dan mencederakan mereka.

5. Telefon Bimbit

cellular phones 300x199 5 barang bukan mainan yang kanak kanak gemar main!

Kalau anda selalunya bermain game di telefon bimbit anda, kanak-kanak pula tidak kisah sangat pasal main game apps tersebut.  

Mereka lebih suka untuk mencampak telefon anda atau cuba untuk menghidupkan lampu flashlight. Kanak-kanak memang ada hubungan pelik dengan telefon bimbit kerana kebanyakkan anak-anak yang ternampak telefon, tanpa mengira usia, pasti akan bergerak menuju ke peranti tangan tersebut.

Sebab itulah anda perlu pastikan yang iPhone mahal anda jauh daripada jangkauan mereka, terutamanya sebab anak-anak kecil memang ada habit untuk mencampak barang ke sekeliling mereka.

Pastikan anda melawat theAsianparent Community untuk lebih banyak cerita menginspirasikan, soalan dan jawapan daripada ibu bapa dan pakar. Jika anda ada sebarang cadangan, soalan atau komen berkaitan topik ini, kongsikannya di ruangan komen di bawah. Like kami di Facebook untuk dapatkan maklumat terkini daripada my.theAsianparent.com!!