Anak pakai barang kemas - selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

lead image

Tahukah ibu bapa yang barang kemas kanak-kanak sebenarnya boleh memudaratkan anak anda?

Menghiaskan anak gadis dengan barang kemas kanak-kanak adalah rutin kegemaran ibu bapa yang suka melihat anak memakai rantai kalung emas atau gelang yang cantik. Ada sesetengah parents bagi pakai barang kemas dari silver, tapi ada juga yang beri pakai barang kemas dari emas.

Namun, tahukah anda yang barang kemas kanak-kanak ini boleh menimbulkan risiko pada anak anda? Ketahui tentang 4 risiko bahaya yang anda tak sedar bila anak memakai barang kemas dan tip untuk membeli barang kemas kanak-kanak yang selamat.

4 risiko bahaya barang kemas kanak-kanak yang anda tak sedar

1. Keracunan logam

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/barang kemas kanak kanak toksik.jpg Anak pakai barang kemas   selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

Gaun dan rantai leher yang didapati mempunyai logam kadmium oleh Pejabat Ecologi  Washington. Sumber gambar: q13fox.com

Sesetengah barang-barang perhiasan, termasuk yang dibuat khas untuk kanak-kanak, mungkin mengandungi logam toksik seperti plumbum, kromium, kadmium dan nikel.

Jangan lupa kanak-kanak kecil suka menghisap atau memasukkan barang-barang kemas mereka ke dalam mulut dan ini akan menyebabkan mereka terdedah kepada logam toksik ini. Ramai ibu bapa tidak tahu plumbum mempunyai rasa yang manis.

Ini pasti akan menggalakkan kanak-kanak untuk terus menghisap tanpa menyedari mereka sebenarnya mungkin keracunan plumbum. Kanak-kanak tahu apa, kan?

Akibat keracunan logam: 

  • kadmium boleh menjejaskan buah pinggang, sistem kardiovaskular dan tulang.
  • plumbum boleh menjejaskan perkembangan otak, merosakkan sistem imun, sistem pembiakan dan sistem kardiovaskular.

2. Risiko tercekik 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/barang kemas kanak kanak rantaipanjang.jpg Anak pakai barang kemas   selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

Rantai barang kemas kanak-kanak yang panjang mungkin nampak cantik pada leher anak, tapi anak boleh tercekik manik atau dicekik rantai panjang jika ia tersangkut pada barang di rumah.

Rantai manik yang panjang mungkin nampak cantik pada leher anak, tapi anak berisiko tercekik jika manik ditelan. Selain itu, rantai yang panjang boleh tersangkut pada barang-barang di rumah dan menyebabkan anak tercekik juga.

Jika rantai barang kemas kanak-kanak itu mempunyai kancing, pastikan kancing tersebut tidak tersangkut pada benda-benda lain.

Awas ibu bapa yang gemar membeli barang kemas kanak-kanak yang mempunyai loket kecil atau manik yang melekat padanya. Pastikan ia dipasang dengan kukuh dan tidak senang putus atau tertanggal ketika anak bermain dengan barang kemas itu.

Jika ada manik yang tertanggal, ibu bapa boleh terlepas pandang dan anak mungkin boleh tercekik.

3. Calar dan kecederaan kecil yang lain

Sesetengah barang kemas kanak-kanak mempunyai batu-batu permata, kancing dan tepi-tepi yang tajam dan boleh mencalarkan kulit anak dan menyebabkan kecederaan kecil kepada mereka. 

Tak pasal-pasal nanti kulit anak ada parut pula!

4. Alahan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/barang kemas kanak kanak alahan.jpg Anak pakai barang kemas   selamat ke? Ini 4 risiko anda tak sedar

Sumber gambar: Do Amore

Kadang-kadang kanak-kanak boleh mempunyai alahan terhadap logam tertentu seperti nickel yang terdapat dalam barang kemas kanak-kanak.

Walaupun reaksi alahan jarangnya serius, namun ia boleh menyebabkan ruam gatal atau lepuh kulit dalam kes teruk.

Tip: jika anak ada alahan terhadap nikel, jangan beli rantai emas putih.

Apa ibu bapa perlu ingat bila ingin beli barang kemas kanak-kanak:

  • Sentiasa semak label dan pastikan barang kemas kanak-kanak itu selamat digunakan.
  • Beli barang kemas kanak-kanak dari kedai atau sumber yang boleh dipercayai.
  • Sekiranya ia ada batu permata, pastikan ia dipasang dengan betul untuk mengelaknya dari terkeluar dan ditelan oleh anak.
  • Semak jika barang kemas kanak-kanak itu rapuh atau mudah pecah. Elak dari membeli barang kemas yang ada banyak bahagian-bahagian kecil yang boleh meningkatkan risiko anak tercekik.
  • Jika anak mempunyai alahan, belikan barang kemas yang tidak akan menyebabkan alahan.
  • Elak dari membeli barang kemas kanak-kanak yang mengandungi magnet atau bateri. Kedua-dua bahan ini apabila ditelan boleh menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.
  • Tanggalkan semua barang kemas sebelum anak tidur atau tengah sibuk melakukan kegiatan aktif.
  • Pastikan belakang anting-anting pertama anak dipasang dengan ketat supaya ia tidak terkeluar and ditelan anak. 
  • Pastikan ada orang dewasa yang memantau apabila anak bermain bersolek dengan barang kemas mainan
  • Ketahui berita terkini barang kanak-kanak yang telah ditarik balik atau didapati tidak selamat.

 

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething – 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!