Senarai semak: 8 keperluan dan barang wajib ada untuk bayi baru bahir

Senarai semak ini akan membantu anda menentukan keperluan bayi baru lahir apa yang masih belum ada. Jom bersedia untuk menyambut ketibaan bayi tercinta!

Keperluan bayi baru lahir apa yang anda rasa macam masih belum beli? Mmm... Lampin untuk bayi baru lahir? Ada. Pam untuk payudara? Ada.

Tong sampah untuk lampin? Alamak! Lupa!

Nasib baik anda sempat jumpa senarai semak keperluan bayi baru lahir ini. Disediakan oleh New Parent dan Today's Parent, jom pastikan setiap barang wajib ada untuk bayi baru lahir telah disediakan dengan lengkap!

Anda pasti tak mahu kelam-kabut suruh pasangan pergi beli sesuatu yang anda lupa nanti, kan?

8 keperluan bayi baru lahir yang wajib dibeli ibu bapa

Keperluan bayi baru lahir #1: Barangan lampin

keperluan bayi baru lahir

Jika anda akan menggunakan lampin yang boleh diguna semula (re-usable), sediakan:

  • Beberapa kain/lampin boleh diguna semula
  • Sarung kalis air
  • Pad menukar lampin
  • Baldi
  • Minyak untuk bayi atau krim ruam
  • Pin keselamatan (untuk pin lampin)
  • Kain lap pakai buang/tisu basah (untuk lap kesan kotoran)

Jika anda akan menggunakan lampin pakai buang:

  • Dua pek lampin pakai buang untuk bayi baru lahir (jangan beli banyak sangat, nanti bayi akan membesar dengan cepat)
  • Baldi
  • Minyak untuk bayi atau krim ruam
  • Pad menukar lampin
  • Barang permainan kecil (untuk alih perhatian bayi)
  • Tisu basah atau kain kapas
  • Termos kecil untuk air suam (bagi membersihkan bayi kurang dari 6 minggu)
  • Beg plastik (untuk buang lampin)
  • Tong sampah lampin

Keperluan bayi baru lahir #2: Set Pakaian

keperluan bayi baru lahir

  • 1 pek baju-T
  • 6 pakaian terus sarung dengan snap di bahagian kelangkang bayi (tangan panjang dan tangan pendek)
  • 4 set baju tidur
  • 6 pasang sarung kaki (yang matching, kalau anda suka!)
  • 6 pasang sarung tangan lembut (untuk elak bayi cakar muka sendiri)
  • 3 pasang seluar kain kapas yang boleh meregang
  • 3 bib
  • Baju sejuk kain kapas
  • Topi
  • 15 penggantung baju bayi
  • Sabun dan produk basuh baju semulajadi (untuk bayi kerana kulit mereka sensitif)

Keperluan bayi baru lahir #3: Barangan untuk feeding

Kalau anda akan memberi susu badan, lebih selesa jika anda sediakan:

  • Bib (yang dipakai di leher)
  • Kain untuk sendawa
  • Pam payudara
  • Bekas menyimpan susu badan (jika perlu)
  • Bantal (untuk keselesaan anda)
  • Nursing bra (senang untuk menyusu bayi)
  • Pad payudara
  • Losyen untuk puting yang akan sakit

keperluan bayi baru lahir

Namun, kalau anda akan memberi susu formula, sediakan:

  • Bib
  • Kain untuk sendawa
  • 8 botol susu bersaiz empat auns (sekali dengan puting)
  • 6 botol susu bersaiz lapan auns (sekali dengan puting
  • Botol dan berus membasuh puting
  • Set pencuci botol yang mesra pengguna dan dari bahan semulajadi
  • Susu formula (semak tarikh luput dulu!)
  • Termos untuk menyimpan air panas

Keperluan bayi baru lahir #4: Set untuk mandi olala!

  • I tab mandi untuk bayi (atau bayi mandi dengan anda!)
  • 3 tuala lembut dengan sarung kepala
  • 2 pek kain lembut untuk membersihkan bayi
  • Pemutik kapas
  • Syampu dan sabun badan bayi
  • Pemotong kuku bayi
  • Berus dan sikat lembut
  • Jeli petroleum
  • Termometer digital

Keperluan bayi baru lahir #5: Barangan untuk tidur

Jika anda akan menggunakan katil bayi, sediakan:

  • Katil bayi (yang selamat dan kukuh)
  • 3 pelapik tilam yang kalis air
  • 4 set sarung tilam
  • 4 selimut
  • Karung untuk tidur

Jika anda akan tidur dengan bayi:

  • Tilam empuk (jangan guna tilam air)
  • 3 pad pelapik kalis air (untuk letak bawah bayi)
  • Selimut
  • Karung untuk tidur

keperluan bayi baru lahir

Keperluan bayi baru lahir #6: Set wajib ada untuk "on-the-go"

  • Tempat duduk bayi dalam kereta (dengan padding kepala)
  • Kereta sorong (yang selesa)
  • Penapis cahaya matahari untuk tingkap kereta (anda taknak dia menangis kan!)
  • Playpen yang mudah alih
  • Beg lampin
  • Pembawa bayi di hadapan (yang lembut atau boleh sling)

Keperluan bayi baru lahir #7: Barang permainan

  • Kerusi bouncy
  • Buku untuk bayi
  • CD muzik untuk bayi atau pita audio
  • Lapik permainan
  • Bola bayi yang boleh dipicit

Keperluan bayi baru lahir #8: Set untuk memudahkan hari kalian!

  • Meja salin lampin (atau pelapik boleh letak atas katil)
  • Kerusi goyang untuk beri makan
  • Playpen
  • Puting (jika anda pilih untuk beri)
  • Barang permainan bayi
  • Picagari (untuk beri ubat)
  • Lampu malam
  • Monitor bayi dengan 2 set penerima
  • CD lagu lullaby atau Spotify saja!

Ibu jangan lupa dapatkan rehat secukupnya!

Semua benda-benda ini wajib anda sediakan kerana ia adalah keperluan bayi baru lahir yang penting, tapi apa yang lagi penting adalah anda perlu rehat! Anda perlu rehat bagi menjadi seorang supermom untuk menjaga si comel baru lahir ini!

Jangan risau kalau awal-awal pulang dari hospital nanti, rumah bersepah sangat. Anda boleh saja minta bantuan ahli keluarga, pasangan atau kawan-kawan.

Jangan tertekan, dapatkan rehat secukupnya dan tahniah! Selamat bergembira dengan bayi tercinta.

 

 

Sumber rujukan: New Parent dan Today's Parent