Bakal Bersalin Tak Lama Lagi? Ini Senarai Keperluan Newborn Yang WAJIB Ibu Ayah Beli!

Keperluan bayi baru lahir amat penting bagi memudahkan penjagaan harian. Namun jangan sampai membazir, ini items yang wajib ibu ayah sediakan

Keperluan bayi baru lahir apa yang anda rasa macam masih belum beli? Mmm… Lampin untuk bayi baru lahir? Ada. Pam untuk payudara? Ada. Tong sampah untuk lampin? Alamak! Lupa!

Justeru ibu ayah hendaklah memastikan setiap barang wajib ada untuk bayi baru lahir telah disediakan dengan lengkap. Anda pasti tak mahu kelam-kabut suruh pasangan pergi beli sesuatu yang anda lupa pada last minute.

Senarai keperluan bayi baru lahir yang wajib ibu ayah beli

Keperluan bayi baru lahir #1: Set penjagaan bayi

Kulit bayi baru lahir sangat lembut dan sensitif. Ibu ayah hendaklah menyediakan set penjagaan bayi yang lengkap bagi memudahkan kerja seharian anda.

Antara items yang perlu ada dalam set ini ialah:

  • Losen bayi
  • Krim ruam
  • Tisu basah
  • Minyak telon
  • Putik kapas (cottonbud)
  • Sikat bayi
  • Termometer digital

#2. Lampin bayi baru lahir

Buat ibu ayah baru, anda mungkin keliru dalam memilih lampin bayi baru lahir terbaik memandangkan di pasaraya tersusun pelbagai jenis jenama. 

Walau bagaimanapun hal yang utama anda kena tahu adalah bayi baru lahir akan kerap membuang air kecil dan  besar setiap hari. Justeru pilihlah jenama mengikut kemampuan poket anda. Biasanya bayi hanya memerlukan lampin saiz newborn sedikit sahaja kerana si manja cepat membesar.

#3. Cadangan jenama krim ruam untuk bayi

Ruam adalah masalah kulit yang paling biasa terjadi kepada bayi. Antara penyebabnya ialah pendedahan terhadap air kencing dan najis, alahan susu serta ruam panas.

Antara beberapa jenama krim ruam yang terbaik untuk bayi ialah:

  • PUREEN Nappy Rash Cream for Babies
  • Himalaya Diaper Rash
  • Drapolene Nappy Cream
  • Buds Nappy Time Change
  • SUDOCREAM Nappy Cream 

Keperluan bayi baru lahir #4: Set pakaian

keperluan bayi baru lahir

  • 1 pek baju-T
  • 6 pakaian terus sarung dengan snap di bahagian kelangkang bayi (tangan panjang dan tangan pendek)
  • 4 set baju tidur
  • 6 pasang sarung kaki (yang matching, kalau anda suka!)
  • 6 pasang sarung tangan lembut (untuk elak bayi cakar muka sendiri)
  • 3 pasang seluar kain kapas yang boleh meregang
  • 3 bib
  • Baju sejuk kain kapas
  • Topi
  • 15 penggantung baju bayi
  • Sabun dan produk basuh baju semulajadi (untuk bayi kerana kulit mereka sensitif)

Keperluan bayi baru lahir #5: Barangan untuk menyusu

Kalau ingin menyusu badan, lebih selesa jika anda sediakan:

  • Bib (yang dipakai di leher)
  • Kain untuk sendawa
  • Pam payudara
  • Bekas menyimpan susu badan (jika perlu)
  • Bantal (untuk keselesaan anda)
  • Nursing bra (senang untuk menyusu bayi)
  • Pad payudara
  • Losyen untuk puting yang akan sakit

Namun, kalau anda akan memberi susu formula, sediakan:

  • Bib
  • Kain untuk sendawa
  • 8 botol susu bersaiz empat auns (sekali dengan puting)
  • 6 botol susu bersaiz lapan auns (sekali dengan puting
  • Botol dan berus membasuh puting
  • Set pencuci botol yang mesra pengguna dan dari bahan semulajadi
  • Susu formula (semak tarikh luput dulu!)
  • Termos untuk menyimpan air panas

Persediaan bayi baru lahir #6: Set mandian

checklist barang bayi

  • 1 tab mandi bayi
  • 3 tuala lembut dengan sarung kepala
  • 2 pek kain lembut untuk membersihkan bayi
  • Pemutik kapas
  • Syampu dan sabun badan bayi
  • Pemotong kuku bayi
  • Berus dan sikat lembut
  • Jeli petroleum
  • Termometer digital

#7: Barangan untuk tidur

Jika anda akan menggunakan katil bayi, sediakan:

  • Katil bayi (yang selamat dan kukuh)
  • 3 pelapik tilam yang kalis air
  • 4 set sarung tilam
  • 4 selimut
  • Karung untuk tidur

Jika anda akan tidur dengan bayi:

  • Tilam empuk (jangan guna tilam air)
  • 3 pad pelapik kalis air (untuk letak bawah bayi)
  • Selimut
  • Karung untuk tidur

#8: Set wajib ada untuk “on-the-go

  • Tempat duduk bayi dalam kereta (dengan padding kepala)
  • Kereta sorong (yang selesa)
  • Penapis cahaya matahari untuk tingkap kereta (anda taknak dia menangis kan!)
  • Playpen yang mudah alih
  • Beg lampin
  • Pembawa bayi di hadapan (yang lembut atau boleh sling)

#9: Alatan bagi memudahkan urusan harian

  • Meja salin lampin (atau pelapik boleh letak atas katil)
  • Kerusi goyang untuk beri makan
  • Playpen
  • Puting (jika anda pilih untuk beri)
  • Barang permainan bayi
  • Picagari (untuk beri ubat)
  • Lampu malam
  • Monitor bayi dengan 2 set penerima
  • CD lagu lullaby atau Spotify saja

Senarai barang bayi ke hospital (baby bag) 

persiapan bayi baru lahir

foto: iman abdul rahim

Hari Pertama

  • Lampin pakai buang
  • Bedung
  • Baju lengan panjang yang berlubang

Hari Kedua

  • Lampin
  • Barut
  • Baju lengan panjang biasa
  • Sarung tangan dan kaki
  • Bedung

Hari Ketiga

  • Lampin
  • Barut
  • Baju lengan panjang berlubang
  • Sarung tangan dan kaki
  • Bedung

Bila anda perlu menyediakan keperluan barang bayi?

 Orang tua-tua dulu ada berpesan ketika kandungan trimester pertama, ia adalah sangat fragile dan berisiko terjadinya keguguran.  Bila dah masuk trimester ketiga, waktu ini kandungan dah stabil.

Adalah lebih baik anda tunggu usia kandungan 7 bulan dahulu barulah sediakan keperluan bayi yang bakal lahir.

Senarai barang untuk ibu bersalin ke hospital (hospital bag)

Untuk memudahkan urusan ibu di wad bersalin nanti, sediakan dua jenis beg iaitu:

Tote bag– untuk urusan pendaftaran, pemeriksaan awal dan bersalin

  • Kad pengenalan
  • Buku pink
  • Telefon dan powerbank
  • Air mineral, kurma, roti dan biskut
  • Beg plastik untuk isi baju kotor
  • Maternity pads
  • Disposal panties
  • 1 set pakaian bayi (baju, topi, lampin pakai buang, bedung)

Luggage (wad bersalin)

  • Maternity pads 5 keping
  • Stoking
  • Kain batik
  • Termos dan tisu
  • Nursing bra
  • Tuala mandi
  • Tudung sarung
  • Keperluan mandi (berus gigi, sabun)

Senarai barang ibu berpantang di rumah

Sekiranya anda dan suami membuat keputusan untuk berpantang di rumah, ada beberapa keperluan wajib yang perlu disediakan iaitu:

  • Bengkung. Bersalin secara normal atau caesar perlu memakai bengkung bagi mengelakkan perut ibu daripada menggeleber
  • Herba mandian
  • Krim param, pilis, losen panas: Biasanya ketiga-tiga krim ini digunakan sebaik sahaja ibu siap mandi air herba
  • Batu tungku
  • Stoking
  • Kain batik (sediakan lebih)
  • Pam susu badan

Sumber: New Parent, Today’s Parent

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Memilih Keperluan Bayi Baru Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli- Tips Jimat & Lengkap

Baca juga: Begini Cara Pack Barang Bayi Bila Nak Keluar, Jimat Masa & Elak Barang Tertinggal

Baca juga: Sebelum Excited Beli Baju Baru Lahir, Ibu Semak Perkara Ini Supaya Tidak Membazir!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!