5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi Anda

lead image

Sesetengah barangan dan produk isi rumah amat berbahaya untuk bayi anda. Ia mampu menjejaskan kesihatan dan hormon badan bayi!

Tahukah anda yang pelbagai barang-barangan dan produk di rumah mengandungi bahan yang berbahaya dan boleh menjejaskan hormon badan? 

Ya! Jangan tak tahu. Sebenarnya, bermacam-macam jenis produk rumah yang mengandungi bahan kimia dan mampu memberi kesan pada anda, malah si manja tercinta! Bayi anda yang paling terdedah dengan bahaya, jika anda tak berjaga-jaga.

Menurut WebMD, hal ini kerana badan bayi masih belum "matang sepenuhnya", maka ia tak berupaya untuk membersihkan mana-mana bahan kimia yang masuk ke dalam badan dengan cepat.

Dr Kimberly Yolton dari Pusat Perubatan Hospital Kanak-Kanak Cincinnati menjelaskan - bayi paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya bahan kimia kerana mereka mungkin akan bernafas dan memakan bahan kimia tersebut!

Biasanya, zarah kimia yang terjatuh dan ada di lantai akan menjadi habuk dan berpeluang untuk masuk dalam mulut bayi. Oleh itu, anda diminta untuk tidak menyimpan beberapa barangan ini, atau anda kena kerap menvakum rumah.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/WhatsApp Image 2017 03 16 at 15.03.52.jpeg 5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi Anda

Jangan panik! Mari semak apakah barang-barangan isi rumah yang berbahaya kepada bayi anda. Hati-hati ya selepas ini!

5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi

1. Racun Perosak

Racun pembunuh ini sering dikaitkan dengan penyakit kanser, masalah imunisasi badan dan kerosakan sistem saraf.

Satu kajian mendapati kanak-kanak yang memiliki sisa racun perosak dalam air kencing mereka lebih cenderung untuk menghidap tanda-tanda penyakit ADHD.

Jadi, hati-hati ya! Jika anda memiliki gangguan perosak, cuba guna produk gangguan perosak yang bersifat semulajadi atau sticky traps.

2. Bahan Pencuci

Produk pembersih rumah mengandungi pelbagai bahan kimia seperti klorin, formaldehid, dan pelarut yang boleh melecurkan kulit, merengsakan mata, merosakkan paru-paru dan meningkatkan risiko penyakit kanser.

Jadi, jangan guna bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia. Anda tak tahu bila si kecil itu akan tiba-tiba memegang lantai yang ada bahan pencuci, lalu memasukkan ia ke dalam mulut mereka! 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/cosmetics 106982 640.jpg 5 Barangan Isi Rumah Yang Berbahaya Untuk Bayi Anda

3. Sabun, syampu, dan krim

Hampir semua produk penjagaan kecantikan dan penjagaan diri yang anda beli mengandungi bahan kimia yang digelar sebagai phthalates.

Kajian awal daripada pakar mendapati bahan kimia ini mampu menjejaskan kesihatan, mengakibatkan kanser, masalah untuk hamil dan isu-isu lain. 

Cuba guna produk penjagaan kecantikan yang bebas wangian, atau beli produk yang bebas daripada phthalate.

4. Penebat api

Sofa, kusyen, permaidani malah televisyen - merupakan penebat api yang mengandungi polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).

Bahan ini mampu menjejaskan hormon badan kanak-kanak. Kajian mendapati kaitan antara pendedahan awal kepada barangan yang bersifat penebat api dengan perkembangan badan yang lambat, akil baligh lebih cepat, dan kesan-kesan kesihatan lain pada kanak-kanak.

5. Plastik

Barangan dan produk plastik mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) yang berfungsi meniru kesan hormon estrogen dalam badan. Akan tetapi, bahan kimia ini amat berbahaya dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan; termasuklah masalah kegemukan, akil baligh terlalu awal, kanser ovari dan kanser prostat.

Jangan masukkan botol plastik dan cawan sippy anak anda dalam ketuhar gelombang mikro, juga ya semua ibu bapa! Haba yang terhasil mampu memecahkan sejumlah kecil bahan kimia terbabit lalu ia masuk ke dalam makanan dan minuman.

Pastikan persekitaran anak-anak anda selamat ya, semua? Usah ambil mudah akan bahaya ini! Kita tidak tahu bila bahaya yang tercetus benar-benar mampu memberi kesan pada tumbesaran si manja kita.

Apa yang boleh kita buat kini hanyalah dengan mengurangkan penggunaan barang-barangan isi rumah yang berbahaya ini, demi anak tercinta. Selamat berjaya, semua!

Sumber rujukan: WebMD

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!