Tak Salah Pakaikan Bayi Barut, Tapi Pastikan Dulu 4 Perkara Ini!

Barut bayi mungkin satu keperluan bagi sesetengah ibu bapa. Namun ada saja yang tidak menggunakannya, kerana menganggap ia tidak perlu.

Barut bayi mungkin satu keperluan bagi sesetengah ibu bapa. Namun ada saja yang tidak menggunakannya, kerana menganggap ia tidak perlu.

Tetapi bagi ibu bapa yang ingin menggunakannya, mereka harus ingat ada beberapa perkara yang perlu dielak bagi memastikan barut itu tidak membahayakan nyawa bayi.

Pelbagai mitos timbul kesan akibat pemakaian barut pada anak antaranya berkata yang perut anak tidak boleh membesar dengan baik jika dipakaikan barut selain itu ia juga boleh menganggu pernafasan anak.

Barut bayi jika betul gaya pakai selamat je

barut bayi

Menurut portal majalahpama, seorang jururawat berkongsi info mengenai barut bayi terutama mengenai mitos dan fakta sebenar pemakaiannya.

Bagi yang tidak tahu, barut adalah kain kecil yang biasanya bertali dan kini ada juga dalam bentuk strap yang digunakan ibu bapa untuk membalut perut bayi.

Ia dikatakan boleh mengelakkan perut bayi kembung kerana dilindungi kain yang biasanya diikat sedikit.

4 perkara perlu perhatian bila pakaikan bayi barut

Menurut artikel itu, jururawat berkenaan tidak melarang sesiapa saja memakaikan baru untuk bayi mereka tetapi ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian supaya ia tidak memudaratkan bayi anda.

#1. Pilih material yang sesuai

Pastikan anda memilih barut yang menggunakan kain yang lembut supaya tidak menyakitan bayi anda. Juga pastikan anda anda memilih daripada kain kapas bagi memastikan bayi anda tidak berpeluh yang boleh menimbulkan kerengsaan pada kulitnya.

Kulit bayi sangat sensitif, jadi material yang dipakaikan kepadanya mestilah dipastikan benar-benar selesa.

#2. Elak sapu herba ketika pakaikan barut

Elakkan menyapu sebarang herba kerana ia mungkin menimbulkan iritasi pada kulit anak. Herba kadangkala ada yang panas, takut anak tak tahan dengan haba yang datang daripada herba itu.

Sudahlah perut dibalut, diletak pula dengan herba sebarangan, boleh jadi iritasi pada kulit bayi kecil ini.

#3. Jangan tutup pusat yang belum tanggal

Ibu bapa yang memakaikan barut pada anak mereka yang baru dilahirkan diingatkan supaya tidak menutup kawasan pusat yang belum tannggal.

Ketika bayi berpeluh ia akan mengakibatkan perpeluhan di kawasan berkenaan yang akan membuatkannya basah sedangkan bahagian itu perlu sentiasa kering untuk memudahkan ia tertanggal.

Memakaikan bayi dengan barut yang menutupi bahagian pusat boleh menyebabkan pengumpulan lembapan di tali pusat yang akan melambatkan proses luruh tali pusat dan menyebabkan pembiakan bakteria akibat lembapan.

#4. Jangan pakai terlalu ketat

Anda diingatkan supaya tidak memakaikna barut dengan terlalu ketat kepada anak. kerana ia akan menggangu proses tumbesaran anak.

Ia juga akan membuatkan anak berasa tidak selesa.

Barut bukanlah penghalang kembung

barut bayi

Barut bukanlah penghalang kembung seperti yang dipercayai sesetegah ibu bapa. Masalah kembung perut yang terjadi biasanya kepada bayi di bawah 6 bulan.

Ia terjadi kerana ruang perut bayi yang masih kecil berbanding organ di dalamnya. Disebabkan itulah ada bayi yang memang sering mengalami kembung perut yang mengakibatkannya sering tidak selesa dan asyik menangis.

Pening juga kan kepada ibu dan ayah, jadi eloklah jika kita tahu faktor lain yang boleh menyebabkan bayi kembung supaya dapat mengelakkannya daripada berlaku.

Faktor bayi kembung perut

  • Cara penyusuan tidak betul

Bagi yang menggunakan botol susu – boleh jadi ketika bayi menyusu botolnya terlalu condong, lubang puting terlalu besar hingga bayi menelan udara bersama

Bagi yang direct feeding dan menyusu botol – bayi tidak disendawakan selepas menyusu. Memberi botol susu kosong dengan alasan supaya bayi tidak menangis juga antara punca bayi kembung perut kerana menyedut udara saja

  • Bayi menangis terlalu banyak

barut bayi

Menangis terlalu banyak juga boleh menyebabkan bayi kembung perut kerana ketika menangis bayi juga akan menyedut udara

  • Penghadaman, susu tidak sesuai

Masalah penghadaman juga menjadi antara faktor perut bayi kembung selain susu yang tidak sesuai dengannya. Ada bayi yang mengalami lactose intolerant, yang mana mereka tidak sesuai dengan protei susu lembu jadi bayi jenis ini perlu minum susu berasaskan soya sahaja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: majalahpama

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenjagaan-bayi-baru-lahir

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!