Kaki bayi 6 minggu berdarah teruk akibat bassinet! Anda pakai katil bayi jenis ini tak?

lead image

Walaupun ciri bassinet bayi ini bertujuan untuk memastikan bayi anda selamat dan selesa, kini seorang ibu ingin menyebarkan kesedaran bagaimana ianya juga boleh memudaratkan bayi anda.

Apabila membeli bassinet bayi, ibu bapa jarang fikir panjang kerana menganggap semua peralatan bayi pasti selamat dan sesuai untuk si kecil.

Namun, tanpa disedari, masih ada peralatan bayi mempunyai ciri-ciri yang boleh menyebabkan kecederaan. Contohnya seperti kes bassinet atau katil bayi ini.

Inilah pengalaman ibu Erin Duffy dan bayinya, Parker yang luka teruk selepas menggunakan bassinet bayi yang dibeli oleh neneknya.

Kaki bayi berdarah teruk selepas menggunakan bassinet bayi 

bassinet bayi

Kali pertama Erin Duffy sedar tentang bahayanya bassinet bayi | tangkap layar dari laman Facebook Erin Duffy

“Pada mulanya, saya tidak perasan kaki bayi saya telah luka. Tetapi apabila saya mengangkatnya dari bassinet bayi itu, saya terkejut melihat tompok darah yang besar pada selimut dan katilnya!” tulis ibu itu.

Rupa-rupanya basinett bayi itu mempunyai lubang-lubang kecil untuk membantu pengaliran udara. Jari kaki bayinya yang baru berumur 6 minggu telah tersangkut pada lubang itu dan terluka.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya bassinet bayi boleh menyebabkan luka,” tegas ibunya.

Nasib baik luka pada kaki bayinya tidak besar, tetapi ibu Erin dan doktor rasa hairan kenapa bayi itu kehilangan banyak darah. Parker kini sudah pulih sepenuhnya dan untuk mengelakkan perkara ini dari berulang, ibunya Erin selalu memastikan bayinya memakai stokin kaki.

bassinet bayi

Kecederaan akibat bassinet bayi  | tangkap layar dari laman Facebook Erin Duffy

Bagaimana untuk mengelak kecederaan bassinet bayi

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, kira-kira 66,000 kecederaan telah dilaporkan berkaitan dengan produk dan peralatan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun setiap tahun.

Dari jumlah ini, 19.5% melibatkan carrier bayi dan 16.5% kes melibatkan baby walker bayi. 18.5% pula melibatkan kemalangan semasa menggunakan buaian dan tilam.

Selain memastikan jari kaki bayi sentiasa dilindungi, ibu bapa perlu menjadi konsumer yang baik dengan tips di bawah ini:

Baca tentang sejarah produk, berita terkini, serta pengalaman pelanggan. Pandangan ibu bapa lain boleh membantu anda membuat keputusan yang tepat.

bassinet bayi

Periksa dengan pengilang produk mana yang telah ditarik balik. Mungkin ibu bapa perlu pilih produk dari jenama yang lebih baik dan lebih selamat.

Isi borang pendaftaran produk. Isikan kad pendaftaran supaya pengeluar senang memaklumkan pelanggan apabila ada porduk yang perlu ditarik balik.

Baca buku panduan produk yang dibeli. Luangkan masa untuk membaca buku panduan itu dengan teliti kerana cara penggunaan yang salah juga boleh menyebabkan kecederaan.

Sekiranya anda diberi bassinet bayi terpakai, periksa dengan teliti terlebih dahulu untuk memastikan keselamatannya. Mungkin peralatan bayi itu terlalu dan tidak memenuhi standard keselamatan terkini.

Apabila menggunakan bassinet bayi, ingat langkah-langkah keselamatan ini:

  • Gunakan kain cadar yang betul-betul fit. Jangan gunakan bantal dan selimut cantik-cantik untuk mengurangkan risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • Baringkan bayi anda yang sudah tertidur. Tidur meniarap tidak selamat.
  • Jangan banyak sangat aksesori pada katil bayi. Elakkan dari menggunakan bumper katil dan sebagainya.
  • Pastikan tiada tali atau permainan bayi yang boleh mencekik atau terjatuh ke atas bayi anda.

Tak kira apa jenis katil yang ibu bapa pilih, kot bayi ataupun bassinet bayi, prinsipnya sama sahaja: keselamatan anak harus diberi keutamaan. 

Oleh itu, pastikan ruang tidur bayi anda rata, tidak menggunakan tilam yang lembut, dan bebas peralatan tidur yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Rujukan:  CNN, Healthline

Baca juga: 

Adakah anda sedang guna 9 barangan bayi yang berbahaya ini?