Bayi MAUT Lepas Diberi Urutan (Bukannya Ubat) Ketika Alami Batuk Teruk!

Gara-gara memberi terapi urutan batuk, seorang bayi 4 bulan meninggal dunia!

Ibu mana yang tak risau bila melihat batuk bayi semakin teruk setiap hari hingga membuatkan si kecil itu gelisah, sukar tidur dan kurang menyusu. Keadaan ini tentunya membuatkan ibu rasa kasihan dan tentunya langkah pertama adalah dengan membawa anak berjumpa doktor.

Setelah sampai di hospital, doktor yang merawat tidak memberikan ubat tapi merawat batuk bayi tersebut dengan terapi urutan. Apa reaksi anda jika doktor berbuat demikian?

Hal ini kerana, terdapat satu kejadian di China di mana seorang bayi empat bulan meninggal dunia selepas doktor memberi terapi urutan bagi merawat masalah batuk yang dialami si kecil itu tanpa memberikan sebarang ubat-ubatan.

Batuk bayi diberi terapi urutan

batuk bayi

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh China Press, ibu mangsa menyedari anak perempuannya itu batuk pada waktu pagi, lalu membuat keputusan untuk membawanya berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Selepas tiba di hospital, doktor memeriksa tekak dan paru-paru bayi tersebut. Kemudian doktor mendapati segalanya dalam keadaan yang baik dan tiada keperluan untuk memberinya ubat atau suntikan kerana pesakit masih kecil.

Akan tetapi, doktor tersebut menyarankan supaya bayi berkenaan menjalani urutan terapi di Jabatan Rawatan Tradisional Cina bagi merawat penyakit batuk itu lebih kurang 20 minit.

Ibu menyedari bayi keluar buih dari hidung

batuk bayi maut

Namun begitu, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ibu mangsa menyedari ada keluar buih berwarna merah jambu di lubang hidung anaknya.

Selepas itu, dia melihat anak kecilnya itu seperti tidak sedarkan diri, apabila berkali-kali cuba dikejutkannya.

Lantas dengan itu, mereka berpatah balik ke hospital dan sesampai saja di sana, doktor terus berusaha menyelamatkan anak kecil itu.

Namun apa yang menyedihkan, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia akibat beberapa organ badannya gagal berfungsi hingga menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Tradisional Cina menyangkal dakwaaan bahawa punca kematian bayi berkenaan adalah disebabkan kakitangan mereka kerana menurut pihak berkenaan, staf di bawah jabatan itu mempunyai kelayakan dalam bidang mengurut.

Pun begitu, mereka tetap mahu memberi kerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Teknik dan cara urutan bayi yang betul

Fakta ini dipetik dari MyHealth.gov iaitu sebelum memulakan urutan, sapu dahulu beberapa titis minyak dan pelembab pada tangan.

#1. Kaki

Sapu sedikit minyak pada salah satu paha bayi dan turun ke bahagian bawah. Kemudian selang seli dengan satu lagi tangan seperti menyapu minyak di seluruh kakinya. Selepas itu, buat pada kaki yang lain dan ulang urutan ini sebanyak tiga kali.

#2. Tapak kaki

Pegang salah satu tapak kaki dan pusingkan ke beberapa arah. Setelah itu, urut tapak kaki bermula dari tumit hingga jari kaki. Selepas itu, lakukan pula pada kaki yang satu lagi dan ulang urutan ini.

#3. The Soles

Caranya guna ibu jari untuk membuat bulatan pada bahagian tapak kaki dan lakukan sebanyak tiga kali.

#4. Jari kaki

Ambil hujung ibu jari kaki dan bahagian jari kedua, urut sehingga penghujung jari kaki dan ulang tiga kali.

#5. Lengan & tangan

Pegang salah satu tangan dan lakukan urutan hingga ke pergelangan tangan. Kemudian, pusing pergelangan tangan beberapa arah. Buat pada tangan lain dan ulang tiga kali.

#6. Dada

Letak dua tapak tangan di atas dada si kecil. Selepas itu, urut dengan mengurut keluar dari bahagian dada. Ulang tiga kali.

#7. Belakang badan

Pusing bayi mengadap ke belakang atau meniarap. Kemudian, guna jari dan lakukan urutan secara bulat pada kedua dua tulang belakang bermula leher hingga punggung.

Apapun, sebelum mulakan teknik urutan ini, make sure tangan anda sudah bersih ya dan sentuh dengan rasa sepenuh kasih sayang agar si kecil rasa selesa.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dari pihak theAsianparent Malaysia.

Bayi MAUT Lepas Diberi Urutan (Bukannya Ubat) Ketika Alami Batuk Teruk!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: thereporter, MyHealth

Baca juga:

https://my.theasianparent.competua-hilangkan-batuk-berkahak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!