Ibu Bapa Jom Perhati 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Ini Pada Anak-Anak!

lead image

Sebagai ibu bapa, jangan ambil ringan jika anak anda asyik batuk. Ada 7 jenis batuk yang berbahaya pada kanak-kanak, tahu? Jom semak ia!

Bayi batuk juga bahaya!

Tidak semua jenis bayi batuk adalah sama. Sesetengah batuk boleh disebabkan oleh selesema biasa, tapi ada juga batuk lain yang menandakan masalah kesihatan yang lebih serius!

Jom semak jenis-jenis bayi batuk ini. Nanti senanglah anda nak faham apa kemungkinan yang terjadi pada anak-anak. 

Anak-anak pun mungkin boleh elak penyakit serius jika anda lebih peka dengan kesihatan mereka.

7 Jenis Batuk Yang Berbahaya

#1 Bayi batuk seperti menyalak

Jika batuk anak anda kedengaran seperti seekor anjing menyalak, dan anda lihat dia seperti sesak nafas, maka ia mungkin tanda-tanda batuk croup.

Croup adalah penyakit virus dalam tekak dan kotak suara yang boleh berlaku jika anak anda mengalami selesema. 

Pastikan anda beri si manja banyak air, dan batuk ini boleh baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik bawa anak anda ke klinik jika anda mengesyaki bahawa mereka mempunyai croup.

shutterstock 439397950 1 300x199 Ibu Bapa Jom Perhati 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Ini Pada Anak Anak!

#2 Bayi batuk dengan kahak

Jika bayi batuk berbunyi seperti ada banyak kahak, ia mungkin disebabkan oleh selesema. Seperti batuk croup, berikan anak anda minum banyak air untuk membantu melegakan batuknya. 

Anda juga boleh mandikan mereka dengan air hangat untuk membuat mereka berasa lebih tenang dan membantu mengurangkan batuk. 

Selsema biasanya akan berpanjangan selama 1-2 minggu, jadi jika anak mengalami selesema yang lebih lama, lebih baik bawa mereka jumpa dengan doktor.

#3 Bayi batuk kering waktu malam

Jika anak anda batuk pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk, atau apabila anak anda melakukan apa-apa aktiviti fizikal, maka ia mungkin tanda-tanda asma.

Asma adalah suatu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi radang dan mengecil dan ia menghasilkan lendir yang berlebihan.

Jika anda mengesyaki penyakit asma, bawa anak anda berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang betul. 

#4 Bayi batuk dengan sengsara

Jika anak anda mengalami batuk hingga serak suara, sakit otot, selesema, serta demam yang tinggi, ia mungkin boleh jadi tanda-tanda selesema influenza.

Influenza atau selesema, adalah penyakit virus yang memberi kesan pada sistem pernafasan.

Cara nak merawat selesema mudah saja – pastikan anak anda minum banyak air dan makan ibuprofen atau acetaminophen. 

Pastikan anak anda sudah mendapat vaksin selesema juga, ya!

cough2 Ibu Bapa Jom Perhati 7 Jenis Batuk Yang Bahaya Ini Pada Anak Anak!

#5 Bayi batuk berdehit

Jika bayi batuk kedengaran parau, gurgling atau seperti bunyi bersiul dan dia perlu menarik nafas dengan cepat, itu tanda-tanda jangkitan bronkiolitis!

Bronkiolitis adalah keradangan bronkiol yang merupakan saluran pernafasan yang paling kecil dalam paru-paru. Ia biasanya berlaku pada bayi semasa musim sejuk.

#6 Bayi batuk terkokol-kokol

Jika anak anda mengalami sawan batuk atau batuk lebih daripada 20 kali dalam satu nafas tunggal dan batuk mereka mempunyai bunyi “kokol”, maka ia mungkin batuk terkokol-kokol.

Batuk terkokol adalah disebabkan oleh sejenis bakteria pertusis yang menyerang lapisan saluran udara dan membengkak lalu menghalang saluran pernafasan.

#7 Bayi batuk berbunyi kasar, basah dan berkahak

Jika anak anda mengalami selesema selama seminggu dan batuknya berbunyi basah dan berkahak, maka ia mungkin boleh menjadi tanda pneumonia.

Pneumonia adalah suatu keadaan berbahaya yang boleh menyebabkan paru-paru anak anda untuk berisi penuh dengan cecair.

Jika anda mengesyaki pneumonia, pastikan anda bawa mereka ke doktor secepat mungkin supaya mereka boleh menjalankan Xray.

Mari kita lebih berhati-hati agar si manja kita sentiasa sihat tanpa mengalami sebarang penyakit, ya!

Hati-hati ibu semua.

Baca juga:

Tanda-tanda penyakit pneumonia yang harus diawasi pada kanak-kanak