Bau Bayi Baru Lahir Boleh Buat Ibu Lebih Gembira Dan Ketagih Macam Dadah
Patutnya sedap saja gomol si manja ini! Sebenarnya, bau bayi baru lahir mencetuskan kegembiraan dan ketagihan pada ibu bapa baru.
Bau bayi baru lahir
Perasan tak bagaimana bau bayi baru lahir sungguh sedap dan menenangkan?
Lagipun, wanita mana yang tak suka bau bayi baru lahir? Kewangian yang terserlah dari bayi baru lahir itu sungguh sedap!
Walaupun bau tersebut boleh hilang selepas 6 minggu kelahiran, namun ibu bapa masih boleh membaunya pada baju dan rambut si manja.
Yang paling menggemparkan, kajian baru-baru ini mendapati bau bayi baru lahir boleh buat ketagihan, sama seperti dadah!
Menurut penyelidikan di University of Montreal itu, bau bayi baru lahir amat kuat hingga ia boleh mencetuskan perasaan puas dalam otak orang dewasa.
Cetusan itu sama seperti penagih yang mengambil dadah atau penggemar makanan yang makan makanan kegemarannya.
Ini kerana bau tersebut “menembusi” otak manusia, tidak serupa seperti bau-bau lain.
Dan yang lebih penting, walaupun tiada bayi baru lahir depan seseorang ibu, wanita itu tetap boleh mencium bau tersebut!
Ia dikenali sebagai chemistry antara ibu dan anak.
Apa ada dalam bau bayi baru lahir?
Menurut Dr. Johannes Frasnelli, kandungan molukel dalam wangian bayi baru lahir masih belum dapat dikenalpasti.
Namun, saintis percaya molukel wangian tersebut terdiri daripada cecair amniotik dan bahan putih yang melindungi janin dalam kandungan.
Walaupun bayi baru lahir dicuci oleh jururawat, namun molukel tersebut boleh bertahan selama 6 minggu. Ia melekat di kulit dan rambut si manja.
Wangian bayi baru lahir buat ibu bapa lebih gembira
Wangian bayi ini juga dapat mencetuskan kegembiraan dan rasa puas pada ibu bapa. Maka, saintis ingin mengetahui bagaimana ia terjadi.
30 wanita dan ibu (ada bukan ibu juga) diambil sebagai subjek kajian. Bau bayi baru lahir yang melekat di baju tidur si bayi juga diambil.
Di bawah imbasan fMRI, bau tersebut dilepaskan secara berasingan. Saintis juga memberi wanita-wanita ini menghidu bau udara dan bau ketiga yang tak diketahui.
Subjek kajian mendedahkan bau bayi baru lahir adalah “lebih sedap dan menggembirakan“. Lalu, pengkaji melihat reaksi otak mereka.
Imbasan otak mendapati sistem dalam minda semua wanita itu “sedikit berbeza” selepas menghidu bau bayi baru lahir.
Sebab itu Dr. Frasnelli mendedahkan mengapa ibu bapa baru excited apabila menerima bayi baru.
Ini kerana hormon endorfin dan dopamin telah dilepaskan oleh otak. Kedua-dua hormon ini adalah hormon “gembira” yang buat seseorang berasa puas.
Ha… sekarang terjawablah persoalan kita semua kenapa bau si manja ini amat sedap dan boleh buat kita seolah-olah ketagih!
Rupa-rupanya ia memberi kesan pada otak orang dewasa, terumatanya pada ibu bapa baru.
Semoga perkongsian ini menghiburkan. Jom pergi gomol si manja puas-puas sebelum bau itu lesap nanti!
Sumber rujukan: Baby Awesome Team dan Global News
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comfakta-bayi-perempuan/