5 Cara Hilangkan Bau Busuk Lepas Bayi Atau Anda Melunaskan "Hajat"

lead image

Memang memalukan bila kita baru lepas selesaikan hajat, ada pula orang tengah tunggu di luar. Jadi, gunakan 5 cara hilangkan bau busuk ini!

Kita semua pernah merasa situasi ini… Bila kita pergi tandas awam atau tandas di rumah orang lain, kita rasa malu dengan bau busuk yang kita tinggalkan. Semua najis berbau, tapi kita tetap malu kalau ada orang lain terbau.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan jika anda berada dalam situasi ini?

Tak kiralah sama ada bau busuk itu datang dari najis anda, mahupun najis bayi anda yang “dilepaskan” secara tiba-tiba itu, ini ada beberapa tip untuk anda hilangkan bau busuk najis di dalam tandas.

5 cara hilangkan bau busuk selepas anda guna tandas

1. Pam tandas dengan cepat

bau busuk, najis bau busuk, cara hilangkan bau tandas, bau tandas, tandas awam, penggunaan tandas

Ini cara terbaik untuk hilangkan bau busuk bila anda sedang buang besar. Caranya, anda perlu pam setiap kali anda mendengar percikan dalam lubang tandas untuk mengelakkan dari bau merebak.

Lebih cepat anda lakukan, lebih kurang bau akan merebak!

2. Pengudaraan

Anda boleh buka tingkap atau kipas ekzos dan biarkan ia terbuka atau berpusing selepas anda meninggalkan tandas. Membiarkan peredaran udara tak akan menyebabkan bau hilang serta-merta tapi ia boleh membantu.

3. Periksa beg anda

Anda mungkin ada sesuatu dalam beg yang boleh dijadikan sebagai pewangi. Letakkan losyen wangian tangan pada tangan dan kibaskan tangan ke udara. Anda juga boleh picitkan sedikit losyen tersebut ke dalam mangkuk tandas.

bau busuk, najis bau busuk, cara hilangkan bau tandas, bau tandas, tandas awam, penggunaan tandas

4. Periksa kabinet

Tak ada apa-apa dalam beg yang boleh membantu anda? Periksa kabinet untuk cari benda lain yang boleh menghilangkan bau seperti sabun basuh tangan, syampu atau sabun mandi. 

5. Beri amaran

Anda tak boleh buat semua cadangan di atas? Jalan terakhir anda adalah untuk keluar senyap-senyap atau jika ada orang sedang tunggu di luar, beritahu mereka yang mereka mungkin perlu tunggu sekejap sebelum masuk tandas.

Lagipun, semua orang buang air besar. Jadi, jangan risau sangat ya?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Cristina Morales dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Suami SENGAJA guna trik sembunyi dalam tandas untuk lari dari kena bebel, amboi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!