Pengajaran Bayi Jatuh Katil Hingga Patah Tulang Kolar!

lead image

Seorang ibu menggesa ibu bapa lain untuk berwaspada jika bayi terjatuh dari katil. Jangan pandang ringan masalah ini! Anak anda mungkin boleh patah tulang kolar akibat terjatuh dari katil.

Bayi terjatuh dari katil

Baru beberapa hari yang lalu, seorang ibu dari Singapura panik dan terkejut apabila melihat anaknya terjatuh dari katil.

Selepas terjatuh, ibu itu perasan anaknya mula berkelakuan aneh lalu dia bergegas membawa anaknya ke hospital.

Rupa-rupanya tulang kolar anaknya yang baru berusia 7 bulan telah patah!

Anaknya telah diberi rawatan dengan segera dan dia menasihatkan ibu bapa supaya jangan pandang ringan jika bayi terjatuh. Bayi anda mungkin mengalami kecederaan teruk!

Kisah bayi terjatuh dari katil hingga patah tulang kolar

Ibu ini bernama Nur Aryaniiey. Beliau telah berkongsi tentang kisahnya di laman Facebook

Ikuti luahan hati ibu ini, seperti di bawah:

****

Pada 17 Oktober lalu, kira-kira 5 petang, bayi saya telah terjatuh dari katil. Dia menangis tanpa henti tapi saya anggap ia perkara biasa sahaja.

Tetapi anggapan saya itu salah. Dia mula berkelakuan lain dari biasa. Dia lemah dan cuma minum satu botol susu sahaja.

Yang paling menakutkan, dia tidak aktif seperti biasa dah tidak banyak bergerak.

Dia asyik tidur dalam posisi yang sama dan apabila dia bangun dia akan menangis dengan kuat.

Sakit betul hati saya melihat dia begitu, jadi saya memutuskan untuk pergi the KKH Kecemasan Kanak-kanak yang berdekatan.

Selepas doktor lihat gambar x-ray anak saya, dia mendapati tulang kolarnya telah patah.

Anak saya terpaksa ditahan di hospital untuk pemerhatian kerana mereka ingin memastikan dia tidak mempunyai sebarang kecederaan otak.

Alhamdulilah, keesokkan harinya doktor mengesahkan anak saya hanya patah tulang kolar dan tidak mempunyai sebarang kecederaan lain.

Anak saya dibenarkan pulang hari itu juga dan kini dia sudah bertambah baik. Jadi, ibu-ibu baik berhati-hati, anak boleh cedera teruk kalau terjatuh dari katil!

Bayi boleh patah tulang apabila terjatuh

Kekerapan dan cara tulang seorang bayi patah adalah berbeza dengan orang dewasa.

Sebanyak 1 daripada 5 kes tulang patah berlaku di kalangan kanak-kanak dan jenis kecederaan yang paling biasa adalah patah tulang di bahagian bawah lengan.

Patah tulang selangka pula berlaku kira-kira 1 dalam 12 kes. Apabila bayi terjatuh dari katil, ini tidak boleh dianggap sebagai normal.

Ibu bapa mesti berhati-hati dan menjauhkan anak-anak dari terjatuh, terutamanya dari ketinggian yang tinggi seperti dari katil bayi.

Dan inilah sebab mengapa kebanyakan peralatan bayi mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan.

Katil bayi juga hanya boleh digunakan sampai umur tertentu sahaja. Jadi pastikan ibu bapa harus mengikuti langkah keselamatan peralatan tersebut dan jangan tinggalkan bayi anda di atas katil tanpa pengawasan.

Kecederaan terjatuh dari ketinggian 3 kaki adalah berbahaya untuk bayi pada usia itu.

Keselamatan di rumah

Untuk mengelakkan kecederaan daripada berlaku pada kanak-kanak, anda perlu memastikan keselamatan yang betul di rumah.

Berikut adalah beberapa cara untuk menjaga keselamatan di rumah anda:

  • Guna rel katil untuk mengelak bayi dari terjatuh.
  • Dapatkan tikar beralas span atau permaidani tebal.
  • Gunakan kain lap kaki yang tidak licin di bilik tandas dan berdekatan dengan sinki.
  • Simpan semua bahan-bahan kimia rumah, sabun detergen, racun perosak dan sebagainya di tempat yang selamat.
  • Pastikan soket elektrik ditutup dengan penutup keselamatan.
  • Pastikan semua sudut tajam perabot dialas dengan span keselamatan supaya tidak mudah terhantuk.
  • Dapatkan pagar keselamatan kanak-kanak untuk dapur, tangga, bilik mandi, dan di mana sahaja ia diperlukan
  • Pastikan semua barang-barang tajam disimpan di tempat yang selamat.

Baca dengan lebih lanjut tentang keselamatan mainan anak di sini.

Jika bayi anda terjatuh dari katil, bawa anak jumpa doktor dengan segera.

Berikut adalah video yang menunjukkan langkah-langkah pertolongan cemas jika kanak-kanak terjatuh dan patah tulang. 

Pantau kelakuan anak terutamanya selepas mereka terjatuh dari tempat yang tinggi dan bawa mereka ke hospital dengan segera jika kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda berikut: 

  • lemah, lesu dan mengantuk
  • muntah-muntah
  • pucat dan badannya sejuk apabila disentuh

Sumber: Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ini Beri Amaran Bahaya Pengecas Telefon Pada Kanak-Kanak