X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi Baru Lahir Asyik Bersin, Perlukah Ibu Ayah Risau?

4 min bacaan
Bayi Baru Lahir Asyik Bersin, Perlukah Ibu Ayah Risau?Bayi Baru Lahir Asyik Bersin, Perlukah Ibu Ayah Risau?

Apabila mendengar si manja bersin, kita pasti akan terus risau jika si manja akan menghidapi selesema tetapi setelah diperiksa dengan teliti suhu badan bayi serta hidung mereka, tiada pula tanda-tanda hingus atau suhu yang menandakan demam. Tetapi, mengapa bayi kerap bersin dan adakah ia asbab untuk ibu ayah tidak lena tidur malam kerana risau?

Sekiranya bayi baru lahir kerap bersin tetapi tidak memberi tanda-tanda selsema, maka anda tidak perlu risau malah anda sepatunya berasa lega kerana ia bermaksud bahawa sistem dalaman badan cahaya mata anda berfungsi dengan baik!

Walaupun begitu, kami faham bahawa sebagai ibu dan ayah, anda pasti tidak akan lari dari perasaan risau dan gusar sekiranya anak anda kerap bersin. 

Oleh sebab itu, kami akan singkirkan segala kerisauan anda dengan menjelaskan mengapa bayi lebih kerap bersin berbanding orang dewasa dan bila sepatutnya anda mulai risau jika si manja bersin.

Bayi Baru Lahir Kerap Bersin Tanda-tanda Kesihatan Yang Bagus

bayi baru lahir kerap bersin

Foto: TAP ID

Terdapat beberapa sebab mengapa bayi baru lahir kerap bersin. Dan setiap puncanya bukanlah sesuatu yang anda perlu bimbangkan melainkan ia hadir dengan tanda-tanda serius yang lain seperti demam.

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa bersin adalah satu perkara yang bagus dan sihat yang dilakukan oleh cahaya mata anda. Ia bermakna sistem saraf mereka berfungsi dengan sepatutnya, kerana bersin ialah suatu refleks yang dikawal oleh sistem saraf seseorang individu.

Seperti jeluak bayi, sendawa, sedu dan sebagainya, bersin juga adalah salah satu tindakan semulajadi yang ada pada si kecil sejak hari kelahiran mereka lagi.

Setara dengan orang dewasa, tindakan bersin ini akan terjadi apabila saluran hidung mula mengalami gangguan seperti masuk habuk atau sebagainya. Tetapi, bagi bayi, terdapat beberapa punca normal mengapa mereka bersin dengan kerap.

  • Untuk membersihkan kotoran di dalam hidung

Si manja akan secara semulajadi bernafas menggunakan hidung dan ia boleh memakan masa 3 ke 4 bulan sebelum mereka belajar bernafas melalui mulut juga. Bagi bayi, sukar bagi mereka untuk menukar dari pernafasan melalui hidung ke pernafasan melalui mulut. Jadi, cahaya mata anda perlu bersin dengan agak kerap untuk membersihkan hidung mereka supaya mereka boleh bernafas seperti biasa.

  • Saiz hidung yang kecil

Hidung si manja yang kecil memang comel dan membuatkan kita geram! Tetapi, apabila saiz hidung mereka kecil, ia bermakna saluran hidung mereka juga akan bersaiz kecil. Ini akan memudahkan zarah-zarah habuk dari persekitaran untuk masuk ke dalam saluran hidung bayi lalu membuatkan mereka bersin.

  • Untuk melegakan hidung tersumbat
bayi baru lahir kerap bersin

Foto: Kanya.ID

Tahukah anda bahawa bayi seringkali berhadapan masalah hidung tersumbat? Terutamanya ketika waktu menyusu bayi dalam keadaan baring. Lubang hidung bayi yang kecil mungkin akan terpenyet ketika mereka sedang menekan muka mereka rapat ke dada anda ketika waktu menyusu, lalu menyebabkan hidung tersumbat yang dapat dilegakan melalui bersin sahaja.

  • Alahan

Si manja anda mungkin mengalami alahan terhadap perkara-perkara yang berada di dalam rumah anda seperti semburan pewangi automatik, habuk-habuk atau bulu haiwan peliharaan yang boleh menyebabkan saluran hidung mereka terganggu lalu bersin. Walaupun agak sukar untuk mengelak si manja dari berhadapan dengan zarah habuk, anda boleh menggunakan anti-histamin untuk melegakan simptom si kecil.

Bilakah Saya Patut Membawa Si Manja Berjumpa Doktor?

bayi baru lahir kerap bersin

Bersin pada bayi kecil, termasuklah bayi yang baru lahir adalah sangat normal. Tetapi, jika anda melihat perkara yang luar biasa ketika si manja bersin seperti yang akan disenaraikan di bawah, anda bolehlah membawa si kecil anda berjumpa dengan doktor untuk mendapat nasihat rawatan seterusnya.

  • Bersin diikuti dengan batuk
  • Kesukaran untuk bernafas (bernafas dengan laju atau kelihatan seperti sedang mengah)
  • Tidak mahu menyusu atau makan dan kelihatan tidak aktif
  • Pergerakan dada yang kelihatan seakan-akan dipaksa
  • Tidur lebih lama dari 8 hingga ke 10 jam sehari tetapi masih kekurangan tenaga
  • Demam-demam

Jika si manja menunjukkan simptom-simptom ini, tidak mustahil untuk anak anda menghidapi jangkitan pernafasan tetapi jika tidak, anda tidak perlulah terlalu risau kalau si manja kerap-kerap bersin kerana ia hanya bermakna si manja anda sihat dan membesar dengan baik.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent MalaysiaSumber: Healthline, VeryWell Family

Baca juga: Risiko Tahan Bersin Sangat Bahaya, Boleh Pecah Tekak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Baru Lahir Asyik Bersin, Perlukah Ibu Ayah Risau?
Kongsikan:
  • Tahan Bersin Terbukti AMAT BERBAHAYA, Risiko Boleh Jadi Sampai Tekak Pecah!

    Tahan Bersin Terbukti AMAT BERBAHAYA, Risiko Boleh Jadi Sampai Tekak Pecah!

  • 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

    5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Tahan Bersin Terbukti AMAT BERBAHAYA, Risiko Boleh Jadi Sampai Tekak Pecah!

    Tahan Bersin Terbukti AMAT BERBAHAYA, Risiko Boleh Jadi Sampai Tekak Pecah!

  • 5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

    5 Simptom Bahaya Ketika Suhu Demam Bayi Tinggi Yang Tidak Harus Dihiraukan!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.