Momen Indah Bayi Baru Lahir Memeluk Ibunya Di Bilik Bedah
Hubungan erat antara seorang anak dan ibunya jelas terpampang dalam gambar ini. Bertuah sungguh melihat bayi comel ini memeluk ibunya seakan memberi ciuman selepas ibu selamat bersalin.
Bayi baru lahir peluk ibunya di bilik bedah
Video di bawah ini pasti akan membuatkan anda rasa ‘awww ini sungguh indah’. Terutamanya bagi mereka yang pernah mengalami sendiri bagaimana melihat bayi buat pertama kali selepas proses bersalin.
Ianya sungguh indah, kan!
5 Aprul lalu, di Hospital Santa Monica, Brazil, seorang bayi perempuan telah dilahirkan melalui operasi caesarean. Bayi tersebut telah dinamakan Ágata Ribeiro Coêlho.
Selepas selesai pembedahan caesarean, bayi itu telah diletakkan berhampiran muka ibunya, Brenda Coêlho de Souza, 24.
Serta-merta hubungan ibu dan anak dapat dilihat! Ágata terus memegang erat muka ibunya seolah-olah mencium muka ibunya.
Awww, akhirnya dapat jumpa ibu depan-depan, ya!
Pasukan medikal di dalam bilik bedah sangat teruja dengan momen ‘awww’ yang disaksikan mereka itu.
Menurut salah sorang pembantu administratif, Brenda telah menyifatkan momen tersebut sebagai menakjubkan. Ini kerana anak perempuannya telah memeluknya buat pertama kalinya.
Ágata kini sudah berusia tiga bulan dan Brenda telah merasakan setiap hari umpama kejutan yang baru sebagai ibu.
Hubungan erat antara seorang ibu dan anaknya
Hubungan antara bayi dan ibu wujud sejak dari di dalam kandungan lagi. Sebab itulah pentingnya untuk anda (ibu hamil) kerap berinteraksi dengan mereka.
Ini kerana selain daripada mendengar degupan jantung kita dari dalam, mereka juga akan merasakan kasih sayang yang diberikan sedari dalam rahim lagi.
Inilah salah satu keajaiban menjadi seorang ibu.
Momen-momen indah seperti inilah yang membuatkan wanita tidak serik untuk hamil dan beranak lagi. Segala sakit dan kepayahan semasa hamil dan beranak seolah-olah hilang apabila momen seperti ini tiba.
Kongsikan momen indah anda ketika bersalin dengan kami, di ruangan komen di bawah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: