Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?

lead image

Anda bimbang tentang bayi anda yang kerap muntah? Mari ketahui adakah ini perkara biasa untuk bayi baru lahir dan bila ibu bapa perlu bimbang.

Normal ke kalau bayi selalu muntah?

Adalah perkara biasa jika bayi anda kerap muntah pada minggu-minggu awal kehidupan kerana sistem penghadaman mereka belum matang.

Tambahan pula bayi anda juga sedang belajar menyesuaikan diri dengan cara penyusuan.

Tapi bagaimana kita boleh membezakan sama ada bayi itu muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit)?

Bilakah ia dianggap normal dan bilakah ibu bapa perlu bergegas ke klinik untuk berjumpa doktor?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/Penyebab Bayi Muntah Setelah Minum Asi.jpg Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?

Beza antara muntah dan jeluak

Jika anda pernah nampak orang mabuk muntah teruk, sudah pasti anda tahu membezakan antara muntah dan jeluak!

Jadi apakah perbezaan antara muntah dan jeluak yang dialami bayi baru lahir?

Jeluak adalah susu yang dikeluarkan semula melalui mulut, dalam jumlah yang sedikit dan diikuti dengan sendawa.

Ini adalah perkara biasa yang selalu dialami bayi dibawah umur 1 tahun. 

Manakala muntah adalah pengeluaran isi kandungan perut yang lebih kuat.

Apabila seseorang muntah, otot abdomen dan diafragma akan meregang dengan kuat sambil otot perut dilonggarkan (tindakan refleks).

Sebab mengapa bayi baru lahir muntah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/bayi baru lahir senang muntah 1.jpg Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?

Untuk beberapa bulan pertama, bayi mungkin akan jeluak atau muntah hampir setiap kali selepas menyusu.

Ini berlaku disebabkan injap esofagus ke perut bayi yang belum cukup matang untuk berfungsi dengan betul.

Injap itu akan matang apabila bayi anda kira-kira 4 – 5 bulan dan kekerapan berlaku jeluak sepatutnya berhenti apabila anak mencapai umur 1 tahun.

Sebab-sebab lain yang menyebabkan bayi baru lahir muntah termasuk:

  • Mabuk kereta
  • Masalah pencernaan
  • Menangis berlebihan
  • Batuk
  • Selesema
  • Jangkitan telinga
  • Alahan makanan
  • Jangkitan air kencing

Jika bayi anda sering jeluak, muntah atau batuk-batuk selepas menyusu sehingga lebih dari 5 kali sehari, doktor mungkin akan menyarankan ibu bapa menambahkan ejen penebalan susu.

Doktor juga mungkin akan memberi ubat antacid khas untuk bayi yang boleh dicampur kepada susu bayi.

Fungsi ubat antacid ini ialah untuk untuk meneutralkan asid dalam perut bayi anda.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/11/bayi baru lahir senang muntah 2.jpg Bayi Baru Lahir Sering Muntah. Adakah Ini Normal?

Jangan meniarapkan bayi anda selepas susu

Tips mengurangkan muntah

Jika ibu bapa ingin mengurangkan kekerapan bayi jeluak atau muntah, berikut ada beberapa langkah mudah yang anda boleh cuba:

Langkah 1 – Setelah menyusu, dukung bayi anda secara menegak selama kira-kira 30 minit 

Langkah 2 – Elak sebarang tekanan pada perut bayi selepas makan untuk 30 minit, contohnya carseat. 

Langkah 3 – Kerapkan menyendawakan bayi anda untuk membuang angin di dalam perut.

Langkah 4 – Jangan biar anak bermain terlalu aktif selepas menyusu.

Bila ibu bapa perlu bimbang?

Jika anak menunjukkan tanda-tanda berikut, anda harus membawanya berjumpa doktor dengan segera:

  • Mata yang kelihatan tenggelam
  • Kurang daripada 5 lampin basah sehari
  • Kulit, mulut, dan lidah yang kering
  • Fontanelle yang tenggelam (bahagian lembut di kepalanya)
  • Tidak mahu menyusu
  • Muntah tanpa berhenti lebih dari 4-6 jam
  • Cirit-birit sampai 6 kali dalam satu hari
  • Pernafasan yang cepat
  • Kulit yang sejuk dan berwarna kelabu
  • Muntah hijau

Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)

Dr Chua Mei Chien, seorang Perunding Kanan di Jabatan Neonatologi KKH, mengatakan ibu bapa tidak perlu bimbang jika bayi mereka jeluak atau mengeluarkan sedikit susu.

“Sekiranya bayi masih aktif, dengan berat badan yang baik dengan pemakanan dan pola tidur yang normal, ibu bapa tidak perlu bimbang.”

Walaubagaimanapun, jika bayi anda sering muntah, tidak mahu menyusu, kuat merengek dan menangis semasa atau selepas menyusu, suka membengkokkan badan ke belakang serta mempunyai berat badan yang kurang baik, ini adalah tanda-tanda Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD).

Bayi dengan GERD mungkin menunjukkan gejala berikut:

  • Ketidakselesaan dan kesakitan
  • Masalah pernafasan dalam apa jua bentuk (tercekik, batuk, atau pernafasan berdehis)
  • Pneumonia disebabkan penyedutan kandungan perut ke dalam paru-paru
  • Tidak berkembang dengan baik kerana tidak nutrien yang mencukupi

Sekiranya anda mendapati bayi anda mempunyai gejala-gejala ini, anda harus membawanya berjumpa pakar pediatrik untuk menentukan sama ada anak mempunyai GERD.

Muntah-muntah biasa dan jeluak akan berkurang dengan masa dan berhenti sebelum anak berusia 1 tahun. 

Walaubagaimanapun, ikutlah naluri anda dan bawa anak untuk diperiksa jika anda mempunyai sebarang kebimbangan.

Sumber: NUH

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

8 Posisi Yang Selamat Dan Lembut Untuk Memegang Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!