X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Berjaga Semalaman Semasa Pantang? Tolong Saya, Kenapa Bayi Baru Lahir Susah Tidur?

4 min bacaan
Berjaga Semalaman Semasa Pantang? Tolong Saya, Kenapa Bayi Baru Lahir Susah Tidur?

Kenapa bayi dalam pantang tidur tak menentu ya? Ibu terpaksa bersengkang mata melayan anak bermain pula pada waktu malam!

Setelah 9 bulan mengandung, akhirnya ibu ayah boleh mendukung bayi comel anda. Tetapi anda harus bersiap sedia ya, kerana umum mengetahui yang bayi baru lahir susah tidur dan ini akan mengganggu waktu tidur anda juga!

Bayi Baru Lahir Tidak Mempunyai Waktu Tidur Tetap

Memang di awal kehidupan si manja, bayi memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan dunia luar. Bagi membuatkan ibu ayah lebih faham, mari kaji dulu mengenai fakta bayi baru lahir susah tidur ini ya!

Bayi Baru Lahir Susah Tidur: Tidak Tahu Membezakan Siang dan Malam

bayi baru lahir susah tidur, bayi susah tidur, bayi dalam pantang, doa untuk bayi susah tidur, kenapa bayi tidur sekejap, ibu tidak cukup tidur, bayi tidur sebentar bangun, bayi susah tidur malam, bayi susah tidur siang, terapi bayi susah tidur, cara tidurkan bati dengan mudah, pola tidur bayi, pola tidur bayi 40 hari, pola tidur bayi dalam pantang, malay

Bayi yang baru lahir menghabiskan 9 bulan di dalam rahim ibu tanpa mengetahui perbezaan siang dan malam. Jadi bayi masih belum tahu beza siang dan malam.

Jadi ibu jangan hairan pula bila si kecil anda lebih aktif di malam hari!

Jika bayi kerap terjaga waktu malam, ia mungkin kerana bayi kelaparan, lampin penuh atau sekadar ingin dipeluk. Namun ibu harus ingat, walaupun bayi tidur nyenyak sekalipun ibu harus mengejutkannya untuk memberi susu setiap 2 jam.

Tetapi ibu jangan risau ya, kerana fasa ini akan berlalu. Apabila bayi semakin membesar, pola tidur mereka akan berubah dan akan banyak tidur pada waktu malam berbanding siang hari, dan akan tidur pada pola ibu ayah setelah 2-3 bulan.

Bayi Baru Lahir Susah Tidur: Pola Tidur Belum Teratur

bayi baru lahir susah tidur, bayi susah tidur, bayi dalam pantang, doa untuk bayi susah tidur, kenapa bayi tidur sekejap, ibu tidak cukup tidur, bayi tidur sebentar bangun, bayi susah tidur malam, bayi susah tidur siang, terapi bayi susah tidur, cara tidurkan bati dengan mudah, pola tidur bayi, pola tidur bayi 40 hari, pola tidur bayi dalam pantang, malay

Bayi baru lahir biasanya tidur sekitar 14-18 jam, tetapi berkemungkinan tidur hanya 1-3 jam sekali sesi.

Setiap bayi berbeza, malah ada yang tidur seharian. Jika ibu mengalami keadaan ini, semestinya ini memudahkan ibu membuat kerja lain namun harus ingat untuk kejutkan untuk sesi penyusuan.

Seperti orang dewasa, ada bayi yang tidur nyenyak namun ada yang mudah terjaga. Walaupun ada yang risau bayi terjaga sehingga hanya berbisik untuk tidak mengejutkan bayi, namun hakikatnya bayi akan terus tidur walaupun ada bunyi bising.

Ini kerana sepanjang 9 bulan dalam rahim, bayi sudah terbiasa tidur dalam ruang yang berbunyi kuat. Namun oleh kerana semua bayi berbeza, ada juga yang kerap terjaga walaupun mendengar bunyi yang perlahan!

Apapun peribadi anak anda, tidak ada salahnya bagi melatih anak anda memiliki pola tidur yang baik.

Bayi Baru Lahir Susah Tidur: Tidur Yang Selesa

bayi baru lahir susah tidur, bayi susah tidur, bayi dalam pantang, doa untuk bayi susah tidur, kenapa bayi tidur sekejap, ibu tidak cukup tidur, bayi tidur sebentar bangun, bayi susah tidur malam, bayi susah tidur siang, terapi bayi susah tidur, cara tidurkan bati dengan mudah, pola tidur bayi, pola tidur bayi 40 hari, pola tidur bayi dalam pantang, malay

Jangan samakan tidur selesa bayi seperti tidur selesa anda ya, mungkin anda selesa dengan bantal yang banyak, berselimut tebal dan cuaca dingin, namun citarasa bayi mungkin berlainan.

Bayi tidak memerlukan semua itu, malah ia mungkin berbahaya untuknya. Bayi hanya memerlukan tilam yang rata, tanpa bantal dan baju yang selesa. Alihkan barang-barang seperti anak patung, bantal, selimut dan mainan yang boleh mengakibatkan SIDS.

Membentuk Pola Tidur Yang Baik

Walaupun bayi sering terjaga waktu malam itu normal, namun anda boleh melatih bayi dengan pola tidur yang betul dengan mengikut beberapa tips di bawah:

  • Jangan paksa bayi untuk terjaga di siang hari. Mungkin ibu ingin bayi berasa penat pada waktu siang dan tidur pada waktu malam akibat kepenatan, namun memaksanya untuk terjaga di siang hari hanya akan membuatnya terlalu penat dan akhirnya mengamuk. Biarkan si manja anda tidur siang seperti biasa.
  • Bantu si manja membezakan siang dan malam. Lakukan aktiviti biasa di waktu siang dengan bunyi bising dan cuaca yang terang, dan jangan bagi bayi anda keliru dengan menutup tirai langsir pula. Pada malam hari, tutup lampu dan biarkan dalam keadaan sunyi.
  • Buat rutin malam dengan memakaikan bayi dengan baju tidur, alunan senandung tidur dan mengucapkan selamat malam.
  • Kenali si manja anda. Ketahui bahasa tubuhnya sekiranya dia penat atau mengantuk seperti menggosok mata, menarik telinga atau merengek supaya lebih mudah anda bawa dia masuk tidur.
  • Semoga bermanfaat.

Ada tak urutan untuk bayi baru lahir?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Devi Agustina dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compola-tidur-bayi

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Berjaga Semalaman Semasa Pantang? Tolong Saya, Kenapa Bayi Baru Lahir Susah Tidur?
Kongsikan:
  • Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

    Ibu Lepas Bersalin Susah Tidur Malam? Tanganinya Dengan Petua Mudah Ini!

  • Penatnya Anak Kerap Berjaga Malam, Ini 5 Terapi Bayi Susah Tidur Wajib Ibu Ayah Cuba!

    Penatnya Anak Kerap Berjaga Malam, Ini 5 Terapi Bayi Susah Tidur Wajib Ibu Ayah Cuba!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.