Bayi baru lahir cedera parah selepas dicampak ke tembok setinggi 6 kaki!

lead image

Seorang bayi baru lahir terbiar dijumpai oleh penduduk kampung dan khabarnya dia dicampak melepasi tembok 6 kaki dengan tali pusat dan uri masih melekat.

Kasihannya... Pihak berkuasa telah menyelamatkan bayi baru lahir terbiar di China. Penduduk menjumpai bayi baru lahir terbiar ini di halaman kotor dengan tali pusat dan uri masih melekat pada bayi malang terbabit.

Bayi baru lahir terbiar selepas dicampak melepasi tembok

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/abandoned newborn.jpg Bayi baru lahir cedera parah selepas dicampak ke tembok setinggi 6 kaki!

Penduduk Kampung Ziade di Bandar Fuzhou Daerah Mawei di Timur China telah menjumpai bayi baru lahir terbiar ini dulu. Mereka jumpa bayi ini di belakang tembok setinggi 6 kaki. Bayi malang ini dipercayai dicampak melepasi tembok itu sejurus selepas dilahirkan.

Pihak polis masih belum mengesahkan apa sebenarnya yang terjadi. Walaubagaimanapun, kesan luka dan trauma dilihat konsisten dengan keadaan bayi ini sekarang.

Laporan dari media mengatakan bayi ini mengalami tengkorak retak dan pendarahan dalaman. Ajaibnya, bayi ini selamat walaupun mengalami kecederaan yang parah!

Paramedik telah menghantar bayi ini ke hospital berdekatan, dia kemudiannya dipindahkan ke hospital yang lebih besar.

Seorang doktor berkata yang bayi ini dibawa ke mereka dengan lebam di sekitar mulutnya dan cedera di paru-paru dan jantung.

Syukur, bayi ini kini dalam keadaan stabil dan para doktor sedang menanti dia sembuh sepenuhnya.

Polis juga meminta orang ramai untuk berkongsi maklumat yang mereka tahu tentang ibu bapa bayi ini. Mereka akan didakwa kerana mengabaikan bayi.

Di China, bayi perempuan terbiar adalah satu perkara yang agak biasa kerana amalan mereka lebih suka mempunyai anak lelaki dari anak perempuan.

Ramai pasangan telah menunjukkan minat untuk mengambil bayi baru lahir terbiar ini sebagai anak angkat

Gambar dan video bayi baru lahir terbiar ini juga telah tular di media sosial.

Sejak berita tentang bayi baru lahir terbiar ini tersebar di sosial media Cina, ramai orang sudah melawat bayi ini.

Ramai pasangan yang menyatakan keinginan mereka untuk mengambil bayi ini sebagai anak angkat. Harapnya bayi ini ditempatkan dalam keluarga yang penyayang dan akan menjaganya dengan baik.

Jika anda ingin melihat bagaimana bayi baru lahir terbiar ini ditemui, sila tonton rakaman video di bawah ini.

Amaran: Video mengandungi kandungan sensitif yang tidak sesuai untuk semua orang.

[video width="636" height="378" mp4="my-admin.theasianparent.com/wp-content/uploads/sites/6/2018/06/636x382_MP4_6050423061547301635-1.mp4"][/video]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber dari: theAsianparent Singapore

Baca juga:

my.theasianparent.com/mayat-bayi-di-tempat-pelupusan-sampah