Apa Ibu Bapa PATUT BUAT dan TAK PATUT BUAT Bila Bayi Demam

lead image

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi demam. Ikuti maklumat ini tentang apa yang patut anda buat dan tidak ketika anak demam.

Apabila bayi demam

Anda pasti sudah tahu tanda-tanda bayi demam, kan? Badannya panas, dia rasa tidak selesa dan matanya berpinar-pinar.

Waktu itu, semua ibu bapa akan mula risau. Lebih-lebih lagi kalau suhu badan mereka pula makin meningkat. 

Artikel ini akan memberi maklumat lengkap tentang demam pada anak yang harus anda tahu.

bayi demam

Ia termasuklah juga tentang bagaimana anda boleh menguruskan hal ini dan apa benda yang anda patut dan tak patut buat.

Jadi, jom kita semak sekarang!

Demam itu apa?

Suhu badan biasa bagi manusia adalah sekitar 36-37 °C. Suhu badan ini dipengaruhi oleh aktiviti yang kita lakukan seperti bersenam, tidur atau makan.

Suhu badan paling tinggi pada pukul 6 petang dan paling rendah pada pukul 3 pagi.

Menurut Dr Ratna Sridjaja dari SBCC Baby and Child Clinic, Gleneagles Hospital, demam terjadi apabila “thermostat” dalam badan meningkatkan suhu.

Thermostat atau hypothalamus adalah sebahagian daripada minda manusia. Ia bertugas untuk menstabilkan suhu badan

Akan tetapi, apabila anak anda terkena jangkitan atau jatuh sakit, hypothalamus akan meningkatkan suhu badan untuk “melawan” jangkitan.

Jadi, apabila suhu badan anak anda meningkat – itu tandanya sistem imun badan mereka sihat dan sedang melawan jangkitan atau penyakit.

Peringatan: Demam bukan penyakit, ia cara untuk melawan jangkitan.

bayi demam

Kredit: BabyCenter

Bagaimana nak ambil suhu badan bayi demam?

Anda boleh mengambil suhu badan pada bayi yang demam dengan beberapa cara seperti melalui rektum, mulut, ketiak dan dahi. 

Guna termometer digital berbanding termometer merkuri untuk memudahkan kerja. 

Pertama sekali, pastikan termometer itu bersih dan telah dicuci dengan sabun dan air. Kemudian, letakkan jeli petroleum sekitar bulb termometer sebelum masukkan ia perlahan-lahan dalam mulut anak.

Ini antara bacaan suhu badan yang menandakan anak anda telah demam:

  1. 38 °C pada rektum
  2. 37.5 °C jika diukur melalui mulut
  3. 37 °C jika diukur melalui ketiak

5 punca mengapa anak demam

bayi demam

Kredit: oohs N coos

Menurut Seattle Children’s Hospital, ada beberapa sebab kenapa anak anda demam. Sebab utamanya kerana jangkitan. 

Antara punca-punca lain adalah:

  • Jangkitan yang menular – seperti demam panas atau selesema. Anak yang duduk di daycare 7 kali lebih mudah dijangkiti jangkitan ini.
  • Jangkitan bakteria – jangkitan bakteria sering terjadi pada anak perempuan. 
  • Bakteria sinus
  • Demam selepas diberi vaksin – dalam masa 12 jam pertama selepas dicucuk vaksin, bayi biasanya akan demam dan ia adalah perkara normal.
  • Terlampau panas 

Apa yang anda PATUT BUAT apabila bayi demam

Walaupun demam adalah tanda yang sistem imun badan si manja anda itu sihat, namun ibu bapa harus bijak mengendali situasi ini.

Kalau demam mencecah hampir 40-41 °C, anak anda terbuka pada bahaya. Jadi, ini antara 5 benda yang anda patut buat ketika anak demam:

bayi demam

Kredit: Baby Center

  1. Beri paracetamol atau ibuprofen berdasarkan berat dan umur bayi. Jarum seakan suntikan (syringe) adalah cara terbaik untuk beri dos ubat yang tepat.
  2. Beri anak minum banyak air agar mereka kekal hidrasi. Jika bayi berusia 6 bulan ke bawah, beri dia minum lebih banyak susu ibu
  3. Beri kompres suam seperti Cool Fever yang boleh diletakkan pada ketiak, dahi atau celah pangkal paha anak
  4. Pakaikan pakaian yang tidak terlalu tebal pada anak. Elak mereka dari terlampau panas
  5. Galakkan anak untuk berehat. Berlari mampu meningkatkan suhu badan mereka

Apa yang anda TIDAK PATUT BUAT apabila bayi demam

Jika tadi adalah benda yang ibu bapa patut buat, ini pula 7 benda yang kalian tidak patut buat jika bayi demam:

  1. Jangan beri ibuprofen jika anda syak anak mungkin kena demam denggi. Ini kerana virus denggi menebalkan darah. Ibuprofen juga berfungsi untuk menebalkan darah.
  2. Jangan beri aspirin, melainkan jika ia dibenarkan doktor. Aspirin berkait rapat dengan Sindrom Reye
  3. Jangan beri ubat demam pada bayi yang berusia bawah 2 bulan, melainkan dengan kebenaran doktor
  4. Jangan rendam bayi yang demam dalam air sejuk. Cukuplah sekadar mengelap badan mereka.
  5. Jangan terlebih beri mereka makan ubat demam
  6. Jangan biar anak yang demam kelaparan. Mereka perlu tenaga untuk melawan jangkitan!
  7. Jangan hantar anak ke sekolah atau daycare jika mereka demam.

Kalau anda ada sebarang kerisauan lain tentang demam pada anak, sila dapatkan bantuan daripada doktor dengan kadar segera. 

Jangan berlengah, demi keselamatan anak anda!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini diterjemah hasil sumbangan theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Well Being Kid

Baca juga:

5 Simptom Bahaya Ketika Bayi Demam Yang Tidak Harus Dihirau!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner