Gambar paling ironis di dunia? Bayi dilahirkan memegang implan yang bertujuan untuk MEMBERHENTIKAN ibunya daripada mengandung

Implan perancang, yang dipercayai 99 peratus keberkesanannya, ditemui oleh bidan selepas melahirkan anaknya Dexter Tyler minggu lepas.

Setelah gegelung hormon dimasukkan, perkara terakhir Lucy Hellein harapkan adalah untuk mengandung.

Ironinya, ini adalah apa yang menimpa ibu kepada dua anak dari Alabama ini, apabila dia mendapati dirinya mengandung pada Disember lepas.

Implan perancang, yang dipercayai 99 peratus keberkesanannya, telah ditemui oleh bidan selepas melahirkan anaknya Dexter Tyler minggu lepas.

Ms Hellein, dari Alabama, dipercayai telah mengandung hanya beberapa hari selepas ia diletakkan di dalam rahimnya.

Pada masa itu, bidan memberitahunya yang gegelung telah mungkin jatuh keluar kerana ia tidak muncul semasa ultrasound.

Tetapi ia kemudiannya ditemui di belakang plasenta apabila dia menjalani pembedahan.

Gambar paling ironis di dunia? Bayi dilahirkan memegang implan yang bertujuan untuk MEMBERHENTIKAN ibunya daripada mengandung

Satu gambar dipaparkan di halaman Facebooknya yang menunjukkan Dexter Tyler memegang peranti itu, memberi gambaran dia telah dilahirkan memegangnya.

Tetapi ia telah dianggap bahawa imej itu telah direka, dan bayi yang baru lahir telah bergambar dengan perancang.

Sejak dimuat naik di laman sosial, gambar Dexter Tyler telah mendapat lebih daripada 71,000 perkongsian di laman sosial.

Ms Hellein memberitahu Metro: “Dexter telah ditakdirkan untuk dilahirkan.” 

‘Walaupun dia tidak dirancang, kami sekeluarga rasa sangat diberkati.’

Gambar paling ironis di dunia? Bayi dilahirkan memegang implan yang bertujuan untuk MEMBERHENTIKAN ibunya daripada mengandung

Ibu kepada dua orang anak berkata: ‘Bagi mereka yang tertanya-tanya, saya tidak melahirkan secara normal, dia  dilahirkan secara c-seksyen yang dijadualkan.

“Anak perempuan saya dilahirkan secara c-seksyen kerana kecemasan, jadi saya memilih c-seksyen yang dijadualkan terutamanya kerana saya tidak mahu mengambil risiko kemungkinan akan melalui satu lagi c-seksyen kecemasan.”

Ms Hellein menambah bahawa ia sebenarnya adalah peranti Mirena yang ketiga, yang merupakan satu bentuk hormon gegelung, juga dikenali sebagai IUS.

Walaupun dilengkapi dengan kontraseptif yang 99 peratus berkesan pada Ogos tahun lepas, dia mendapati dia mengandung sebelum Krismas.

Dia diberitahu dia sudah 18 minggu berlalu, menunjukkan dia telah mengandung hanya beberapa hari selepas ia ditanam dalam rahimnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila gegelung itu ditemui berada di dalam tangan bayinya seberat 9lbs 1oz yang baru lahir!

Untuk mengelakkan satu lagi kehamilan yang tidak dijangka seperti ini, Ms Hellein telah memotong tiub fallopionya.

Sejauh mana keberkesanan kontraseptif?

Kontraseptif tidak boleh dipercayai 100 peratus dan ada juga yang boleh memberikan kesan sampingan, kata NHS.

Berikut adalah beberapa kaedah kontraseptif yang paling biasa dan bagaimana ia berkesan.

Kondom lelaki: 98 peratus berkesan jika digunakan dengan betul. Ini bermakna bahawa 2 daripada 100 wanita yang pasangannya menggunakan kondom akan hamil dalam setahun.

Kondom wanita: 95 peratus berkesan jika digunakan dengan betul. 5 daripada 100 wanita yang menggunakan kondom wanita akan hamil dalam setahun.

Gabungan pil perancang: lebih daripada 99 peratus berkesan jika diambil dengan betul.

Kurang daripada 1 daripada 100 wanita akan hamil dalam setahun semasa mengambil gabungan pil perancang.

Pil Progestogen sahaja: 99 peratus berkesan jika diambil dengan betul. Seorang daripada 100 wanita akan hamil dalam setahun semasa mengambil pil progestogen sahaja.

Suntikan kontraseptif: lebih daripada 99 peratus berkesan. Ia bertahan selama 8 atau 12 minggu, bergantung kepada jenis suntikan.

Kurang daripada 1 di kalangan 100 wanita akan hamil dalam setahun apabila menggunakan suntikan perancang.

Implan perancang: lebih daripada 99 peratus berkesan. Boleh bertahan selama tiga tahun tetapi boleh dibawa keluar lebih awal.

Kurang daripada satu wanita di kalangan 100 wanita akan hamil dalam tempoh tiga tahun apabila menggunakan implan perancang.

Sistem dalam rahim (IUS): lebih daripada 99 peratus berkesan. IUS biasanya berkesan selama lima tahun tetapi boleh dikeluarkan lebih awal.

Kurang daripada satu wanita di antara 100 wanita akan hamil dalam tempoh lima tahun apabila menggunakan IUS.

Alat kontrasepsi (IUD): lebih daripada 99 peratus berkesan. IUD boleh bertahan selama 5 hingga 10 tahun bergantung kepada jenisnya, tetapi boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Kurang daripada 1 wanita di kalangan 100 wanita akan hamil dalam setahun, bergantung kepada jenis IUD. IUD jenis yang lama adalah kurang berkesan.

Sumber: Pilihan NHS 

Gambar dan Rencana diterjemahkan daripada Daily Mail 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!