Ibu Kecewa Mentua Suap Bayi 3 Hari Makan Solid Food, Dada Jadi Bengkak & Naik Ruam

undefined

Bayi disuap makanan pejal bayi sepatutnya bila memasuki enam bulan. Namun wanita ini kecewa apabila ibunya suapkan biskut kepada bayi 3 hari

Hancur hati seorang ibu tatkala melihat keadaan bayi lelakinya berusia 3 hari dikatakan mengalami bengkak dada selepas disuap makanan pejal.

Menerusi perkongsian video akaun TikTok Yustii Ridayantii, kelihatan bayi itu dipegang oleh neneknya dan sedang menangis.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bayi disuap makanan pejal tiga kali sehari
  • Risiko bahaya bagi bayi yang bawah enam bulan disuap makanan pejal

Bayi disuap makanan pejal tiga kali sehari

Berdasarkan keterangan video, ibu tersebut mendakwa bayinya diberi makanan oleh ibu mentuanya 3 kali sehari.

“Hati saya hancur liat (melihat) anak dadanya bengkak kerana baru 3 hari udah (sudah) disuapin (disuapkan). Saya gak (tak) tau (tahu) kalau bayi 3 hari belum boleh dikasih (diberi) makan. Maafin (maafkan) bunda (ibu) nak”.

bayi disuap makan pejap

Bukan sahaja mengalami bengkak dada, ibu itu mendakwa timbul bintik merah pada wajah bayinya. Lalu ibu tersebut memakaikan dengan tepung kanji dipercayai mahu menghilangkan bintik-bintik tersebut.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada bayi itu sudah dibawa bertemu doktor atau belum. Dalam video yang lain pula, ibu itu memaklumkan bayinya kini berusia 4 bulan dan dalam keadaan sihat.

Risiko bahaya bagi bayi yang bawah enam bulan disuap makanan pejal

bayi disuap makanan pejal

kredit TikTok

Sedia maklum pemberian makanan pejal kepada bayi sebelum usia enam bulan adalah tidak dibenarkan. Dibimbangi bukan hanya mengundang bahaya kepada kesihatan malah, risiko kehilangan nyawa.

Pernah juga dilaporkan kes kematian bayi akibat disuap makan pejal sebelum usia tersebut.

Berdasarkan perkongsian pada laman web parenthub.com.au, ini 7 bahaya dan risiko mengapa bayi bawah usia enam bulan tidak boleh disuap makanan pejal.

1- Risiko kekurangan zat

Susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk menyokong pertumbuhan bayi sehingga enam bulan. Memberi makanan pejal kepada bayi sebelum tersebut tidak bermakna boleh menggantikan sumber nutrien yang diperolehi daripada susu ibu.

Jika bayi diberi makanan pejal terlalu awal, dikhuatiri mereka tidak akan menolak minum susu. Ini akan menyebabkan kehilangan nutrien dan tenaga yang penting untuk pertumbuhan.

Pemberian makanan pejal terlalu awal turut memberi kesan kepada ibu apabila ia mengurangkan penghasilan susu badan. 

2- Risiko bayi tercekik

Rahang dan mulut bayi di bawah usia enam bulan belum sempurna tumbesarannya untuk menelan makanan pejal. Pemberian makanan pejal seawal usia akan menyukarkan bayi selain mengundang risiko tercekik.

Adalah penting untuk memastikan bayi boleh mengawal lidahnya di dalam mulut sebelum mula memberikan makanan pejal.

3- Masalah berlebihan pemakanan

Pemberian makanan pejal sebelum usia enam bulan boleh meningkatkan kecenderungan bayi untuk makan secara berlebihan dan mengganggu tabiat pemakanan sehingga membawa kepada obesiti. Sekiranya makanan pejal diberikan sebagai tambahan untuk memenuhi pemberian susu sewaktu usia tersebut, mereka akan makan terlalu banyak dan terbiasa dengan tabiat itu.

Satu kajian melaporkan bayi yang diberi susu formula dan kemudian diberikan makanan pejal sebelum usia empat bulan adalah enam kali ganda cenderung untuk gemuk berlebihan pada usia tiga tahun.

4- Masalah sistem penghadaman bayi

bayi bawah umur 6bulan makanan pejal

Komponen air liur bayi untuk mencerna karbohidrat tidak lengkap sepenuhnya sehingga umur tiga bulan malah, ia masih tidak mencukupi sehingga mencapai usia enam bulan.

Bayi dalam usia tersebut tidak boleh mencerna karbohidrat yang terkandung di dalam makanan pejal dengan sempurna.

5- Masalah fungsi daya tahan dan risiko jangkitan

Sistem daya tahan bayi belum terbina sewaktu kelahiran dan ini bermakna, ia lebih cenderung untuk mendapat jangkitan melalui makanan dan minuman. Makanan pejal dan air turut mengandungi kandungan tidak baik seperti bakteria dan parasit yang mana tiada di dalam susu ibu.

Pengenalan makanan pejal dalam usia yang terlalu awal bermakna, ia memberi risiko kepada bayi untuk mendapat penyakit seperti cirit-birit.

6- Alahan pada bayi 

Susu ibu membantu melindungi bayi daripada alahan dan pengenalan makanan pejal sewaktu awal usia belum mencapai enam bulan akan meningkatkan risiko alahan.

Biarpun terdapat beberapa manfaat dari segi alahan, manfaat dari segi pemberian susu ibu secara eksklusif sehingga usia enam bulan adalah jauh lebih baik.

7- Masalah buah pinggang

Buah pinggang bayi belum sepenuhnya matang, jadi ia belum mampu untuk menerima makanan pejal lebih-lebih lagi dengan kandungan garam. 

Tiktok Parenthub | Free online resource for Australian parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Panduan Menyediakan Makanan Pejal Bayi Buat Kali Pertama, Take Note 5 Perkara Ini Ibu!

Baca juga:Anak 6 Bulan Sedia Untuk Makan? Guna 4 Days Rule Sebelum Memperkenalkan Makanan Pejal, Ini Sebabnya!

Baca juga: Resepi DIY Makanan Pejal Bayi Yang Sedap & Pasti Menjimatkan Masa Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!