Bayi 9 bulan mati lemas lepas terjatuh dari katil ibu - bahaya biar bayi tidur atas katil dewasa!

lead image

Insiden bayi jatuh katil sebab tidur di katil orang dewasa tidak sepatutnya berulang. Ibu bapa, amalkan gaya tidur bayi yang selamat jika taknak bayi lemas!

Walaupun telah banyak artikel tentang langkah menidurkan bayi dengan selamat telah dikongsikan kami, namun masih ada ibu bapa yang membenarkan bayi mereka tidur di atas katil orang dewasa. Akibatnya hingga ada bayi jatuh katil dan mati lemas!

Itulah yang terjadi baru-baru ini di sebuah flat Tuen Mun, di Hong Kong. Seorang bapa berusia 31 tahun melaporkan bayi jatuh katil dan mati lemas.

Bagaimana ia boleh berlaku?

Bayi jatuh katil orang dewasa dan mati lemas

bayi jatuh katil, bayi terjatuh katil, bayi jatuh katil terlentang, bayi jatuh katil hidung berdarah, bayi jatuh katil muntah, bayi jatuh katil 3 kali, bayi jatuh katil apa perlu buat

Bayi yang baru berusia 9 bulan itu dibiarkan tidur berseorang di atas katil orang dewasa. Hanya bapa, nenek, dan pembantu rumah mangsa saja yang ada di rumah ketika itu.

Selepas menidurkan bayi, si bapa tidak duduk dalam bilik yang sama. Menurut laporan, bayi itu telah terjatuh dengan mukanya terhempap di atas tilam di bawah katil.

Tilam itu sengaja diletakkan di bawah katil untuk melindungi insiden takut-takut bayi jatuh katil. Walaubagaimanapun, ia telah membuatkan bayi itu sendiri lemas!

Polis mempercayai mangsa maut kerana lemas selepas terjatuh dari katil kerana gagal menggolekkan badannya.

Walaupun pemeriksaan postmortem masih dijalankan, namun laman web Jabatan Kesihatan negara tersebut telah menyiarkan penyataan tentang betapa pentingnya ibu bapa mengamalkan langkah tidur yang selamat pada bayi.

Penyataan itu berbunyi –

Jangan pernah tinggalkan bayi anda (tanpa mengira usianya) secara bersendirian sama ada di atas alas salin lampin, meja, katil orang dewasa atau sofa.

Jika anda tidak boleh melihat bayi ketika itu, letakkan bayi dalam baby cot atau playpen.”

Pengajaran dari insiden bayi jatuh katil dan mati lemas

bayi jatuh katil, bayi terjatuh katil, bayi jatuh katil terlentang, bayi jatuh katil hidung berdarah, bayi jatuh katil muntah, bayi jatuh katil 3 kali, bayi jatuh katil apa perlu buat

Kejadian seperti ini sewajarnya membuka mata ibu bapa untuk lebih menitikberatkan tentang langkah keselamatan menidurkan bayi dengan betul.

Silap langkah, maut jawabnya! Berikut antara langkah keselamatan yang wajib anda ikut:

  • Sepanjang 1 tahun pertama bayi, tempat paling selamat untuk bayi tidur ialah di katil bayi, dan tidur dalam gaya terlentang
  • Walaupun bayi sudah pandai bergolek, tapi jika dia di dalam katil baby, bayi jatuh katil tidak akan terjadi
  • Bayi harus tidur di atas permukaan rata. Jangan letak bantal, tilam, kusyen atau peralatan lembut atau cadar tilam yang longgar
  • Jangan ganti katil baby dengan mana-mana car seat atau infant carrier
  • Jangan guna penghadang atau bolster untuk mengelak bayi dari tergolek
  • Pakaikan onesie pada bayi, jadi bayi tak memerlukan selimut
  • Jangan biar bayi seorang diri di atas katil dewasa, sofa, atau mana-mana kerusi
  • Jangan biar bayi dengan botol susu atau minuman
  • Pastikan katil bayi tiada ruangan terlalu besar untuk membuatkan kaki/tangan bayi tersekat
  • Pastikan cadar betul-betul muat dengan tilam
  • Jangan tutup kepala anak jika bilik terlalu terang
  • Jangan letak katil berhampiran langsir atau bidai. Anak boleh terbelit bidai tersebut!

Apa anda harus buat jika bayi jatuh katil?

Jika bayi anda terjatuh katil, menunjukkan tanda-tanda pendarahan dan tidak sedarkan diri, segera telefon bantuan. 

Sama juga jika bayi jatuh katil dengan kepala terhantuk pada permukaan keras — segera pergi ke Kecemasan.

Walaupun jika bayi anda terjatuh ke atas permukaan berlapik dan beralas, anda masih perlu melihat tanda-tanda kecederaan kepala atau badan padanya.

Segera hubungi doktor jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda ini:

  • Asyik menangis dan tidak boleh ditenangkan
  • Ada bengkak di bahagian kepala
  • Asyik menggosok-gosok kepalanya
  • Terlalu mengantuk
  • Ada cecair berdarah atau warna kuning dari hidung dan telinga
  • Menangis dengan lantang dan nyaring
  • Tidak boleh mengimbangi diri
  • Tidak boleh mengawal koordinasi badan
  • Anak mata yang tidak sama saiz
  • Terlalu sensitif pada lampu dan bunyi bising
  • Muntah-muntah

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini disumbang oleh: theAsianparent Singapore

Baca juga:

"Stay Close. Sleep Apart." – Langkah untuk ibu bapa elak bayi mati mengejut (SIDS)