Bayi alami kerosakan otak kekal akibat jatuh katil, ibu hati-hati ya!

lead image

Ibu ini kongsikan benjolan di kepala anaknya selepas bayi jatuh katil. Sudahlah kesannya bayi itu mengalami kerosakan otak kekal!

Malang tidak berbau, ia boleh berlaku dalam sekelip mata. Contohnya seperti kes ini, bayi jatuh katil dan mengalami kerosakan otak kekal sepanjang hayatnya. Bayangkan…

Bayi jatuh katil, menderita kerosakan otak berkekalan

Ibu bayi ini Paige Ferguson, 26 dan tunangnya Blake Linton, 31 berada di rumah semasa kejadian berlaku.

Menurut People, Paige meninggalkan bayi lelakinya itu di atas katil saiz queen. Tidak lama selepas itu, dia terdengar bunyi hentakan kuat.

“Dia menangis serta merta. Saya tak pernah lihat ayahnya bergerak sepantas itu. Blake terus berlari ke bilik untuk mendapatkannya,” Paige memberitahu People dan menambah yang dia melihat benjolan di kepalanya.

Sebagai ibu buat pertama kali, dia dipenuhi rasa takut. Dia membawa anaknya Conlton berjumpa doktor secepat mungkin.Selepas menjalani imbasan CT, ibu bapa ini terkejut apabila mendapati tengkorak anaknya retak!

Mengimbas kembali momen semasa mereka menerita berita, Paige berkata dia tidak boleh mengawal tangisannya. Dia juga menyalahkan dirinya sendiri atas apa yang terjadi.

bayi jatuh katil, anak benjol, kepala anak terhantuk, anak jatuh dari tempat tinggi, anak terjatuh

Gambar: Facebook Paige Ferguson

Selepas pembedahan kecemasan otak di hospital Memphis, bayi ini mendapat serangan jantung tetapi dia selamat.

Selepas sebulan di hospital dan menjalani pembedahan otak sekali lagi serta beberapa pemindahan darah, Colton bersedia untuk pulang ke rumah.

Walaupun ibu bapa ini bersyukur yang anak mereka selamat, tapi anak mereka akan hidup dengan kerosakan otak berkekalan.

Disebabkan kejadian ini, Colton mengalami sawan yang teruk dan dia perlukan ubat untuk mengawal sawannya. Apabila dia membesar, dia akan mengalami kesukaran berjalan dan bercakap.

Bayi jatuh katil: Langkah keselamatan untuk ibu bapa

Tiada siapa yang salah tentang apa yang terjadi. Paige tidak akan tinggalkan Colton kalau dia tahu ini akan berlaku.

Tapi pengajaran dari kisah ini adalah: Jangan biarkan anak anda tidur di katil dewasa.bayi jatuh katil, anak benjol, kepala anak terhantuk, anak jatuh dari tempat tinggi, anak terjatuh

Anda boleh tinggalkan si kecil anda tidur di dalam bilik seorang diri. Tapi pastikan anda sudah periksa semua langkah keselamatan ini;

  • Biarkan mereka tidur terlentang
  • Untuk mengelakkan lemas, pastikan baju mereka tidak terlalu longgar atau besar
  • Kosongkan kawasan tidur dari mainan lembut atau bantal kecil untuk elakkan bayi anda lemas.
  • Pastikan wayar dari mainan elektrik atau lampu jauh dari pencapaian mereka
  • Jangan gunakan alas tepi katil kerana ia membahayakan.

Apa yang perlu anda lakukan jika anak anda terhantuk kepala

Malangnya, benjol kecil juga boleh menyebabkan kesan dalaman yang bahaya. Ini kerana, otak kanak-kanak masih mengembang dan kecederaan boleh menyebabkan kesan berpanjangan.

Jika kepala anak anda terhantuk, pertama sekali anda perlu bertenang. Reaksi semulajadi selalunya adalah anda akan periksa rupa, keterukan dan lokasi benjolan.

Seterusnya, periksa jika anak anda ada simptom seperti pengsan atau kekeliruan. Ada juga yang menasihatkan untuk tidak membiarkan anak anda tidur selepas kepala terhantuk kerana gegaran yang dialami.

Apa yang penting adalah anda perlu biarkan mereka tenang dan bawa anak anda ke klinik yang berhampiran.

Benjol di kepala adalah perkara yang normal. Apabila bayi membesar, perasaan ingin tahu mereka bertambah. Jadi pastikan apabila mereka menyelami rasa ingin tahu mereka tidak akan letakkan diri mereka dalam bahaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Gambar: Facebook Paige Ferguson

Baca juga

Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner