5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi - Parents Wajib Tahu

lead image

Penting untuk parents tahu 5 jenis bayi kejang atau bayi sawan yang biasa terjadi selepas bayi lahir ini kerana ia boleh membahayakan nyawa si kecil itu!

Pasti semua ibu bapa gembira bila melihat bayi mereka sihat. Namun, kadang-kadang, kita mungkin terlepas pandang sesetengah isu kesihatan bayi baru lahir, hingga kita tidak sedar bayi kejang.

Ada bayi yang dilahirkan dengan penyakit tertentu contohnya gangguan bayi sawan ini. 

Untuk itu, hari ini kami di theAsianparent Malaysia akan menyenaraikan lima jenis bayi kejang atau bayi sawan yang mungkin dialami si kecil dan mereka harus mendapatkan rawatan segera di hospital. 

Jom kita semak!

5 jenis bayi kejang yang sering terjadi – parents wajib peka!

Bayi sawan #1. Encephalopathy mioklonik 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/kejang pada bayi.jpg 5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi   Parents Wajib Tahu

  • Bayi sawan jenis ini dikaitkan dengan myoclonus iaitu kecutan otot yang muncul semasa kelahiran bayi.
  • Electroencephalogram (EEG) akan dipasang pada bayi untuk melihat kelainan otak
  • Lebih dari setengah bayi menderita gangguan ini dan rata-ratanya meninggal pada tahun pertama. 

Bayi kejang #2. Sindrom Ohtahara 

  • Encephalopathy epilepsi turut dikenali dengan nama Sindrom Ohtahara dan ia sangat mempengaruhi bayi ketika berusia beberapa minggu atau bulan.
  • Jenis bayi kejang ini akan kerap berlaku dan amat teruk sekali! 
  • Pesakit yang hidup tapi mengalami kekejangan jenis ini biasanya mengalami kecacatan kekal yang dapat dilihat dari kelemahan perkembangannya

Bayi sawan #3. Sindrom West 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/gue sehat.jpg 5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi   Parents Wajib Tahu

Kredit: Gue Sehat

  • Sindrom West diambil daripada nama seorang doktor Inggeris – William James West yang menemui penyakit ini pada tahun 1841. 
  • Ia dikaitkan dengan sawan infantil, pola EEG kurang normal yang biasanya disebut hypsarrhythmia dan perkembangan yang sederhana. 
  • Ubat yang sesuai untuk rawatan adalah seperti vigabatrin dan corticotropin. Namun, ia ini tidak memberi kesan mendalam untuk sembuhkan bayi kejang. 
  • Ada juga kanak-kanak yang menderita kejang Sindrom West ini akan lupa semua perkara yang dipelajari termasuk cara ketawa dan tersenyum. Malah, ia boleh ubah keperibadian si kecil itu.

Bayi kejang #4. Kejang Parsial 

  • Biasanya, kejang pada bayi ini terjadi sekitar tujuh bulan pertama kehidupan bayi.
  • Kejang jenis ini jarang terjadi, tapi frekuensi kejang akan meningkat ketika menjelangnya 50 hari usia bayi. 
  • Kejang jenis ini juga boleh berlaku dalam beberapa minit. 
  • EEG akan menunjukkan gangguan kejang yang dimulai pada otak dengan cara yang sama. 
  • Gangguan jenis ini sangat sukar dikawal dan boleh menyebabkan perkembangan terganggu

Bayi sawan #5. Sindrom Dravet 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/klikdokter.jpg 5 Gangguan Sawan Atau Kejang Yang Selalu Berlaku Pada Bayi   Parents Wajib Tahu

Kredit: Klikdokter

  • Ia bermula pada tahun pertama selepas bayi dilahirkan, walhal sebelum ini si kecil itu nampak sihat. Simptom kekejangan ini dapat dilihat ketika anak demam. 

Jangan ambil mudah jika bayi kejang atau bayi sawan!

Dalam usia anak satu hingga empat tahun, si kecil itu akan mengalami gangguan kejang mahupun sawan dan hilang tahap pertumbuhan.

Malah gangguan kejang dan sawan ini sukar disembuhkan meskipun setelah mencuba pelbagai jenis ubat. 

16 hingga 18 peratus kanak-kanak meninggal setelah mengalami gangguan serangan kejang kerana epilepsi atau kematian secara tiba-tiba. 

Jika gangguan sawan hanya berlaku beberapa minit, ia tidak memberi kesan pada otak bayi tapi jika berlaku lebih dari lima minit, maka otak bayi boleh rosak sekaligus mengganggu tahap pertumbuhannya. 

Sebelum membawa bayi ke hospital untuk dirawat, anda disarankan untuk memperhatikan beberapa perkara ini iaitu: 

  • Berapa lamakah tempoh sawan berlaku? 
  • Bahagian tubuh bayi mana yang nampak kejang? Adakah mata, kaki, tangan atau punggung? 
  • Ketika sawan, apa yang bayi buat? Adakah dia menggeliat, melutut, kaku atau membuat gerakan lain yang menampakkan dia sedang sakit? 
  • Adakah bayi berkenaan sudah makan atau berehat sebelum terjadinya kekejangan? 

Melihat anak yang kita sayangi mengalami sawan sudah tentunya membuatkan hati resah dan bimbang. 

Dalam masa sama, anda harus memastikan tiada benda keras yang menimpanya atau tiada objek yang menyakiti kaki atau tangan si kecil daripada membuat sebarang gerakan tertentu. 

Di hospital, doktor akan melakukan beberapa ujian gelombang listrik otak bagi menentukan punca gangguan kekejangan itu. 

Semoga artikel ini menambahkan informasi berguna untuk anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Syahar Banu. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Bayi ini kena sawan 30 kali sehari! Ibu, ketahui tanda sawan pada bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!