Keguguran 6 kali tak halang ibu ini lahir bayi kembar 6! Ini rahsianya...

Anda yang pernah mengalami keguguran jangan sesekali berputus asa untuk terus hamil!

Seronoknya bila doktor beritahu kita bakal dapat bayi kembar. Wah! teruja bagai tak terkata. Ini yang berlaku pada seorang ibu, di mana dia mendapat bayi kembar enam selepas berhadapan dengan 6 kali keguguran.

Kini, Courtney dan  suami mempunyai sembilan orang anak dan bayangkan bagaimana riuh-rendah rumahnya dengan suara anak-anak setiap hari. Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana dia melahirkan bayi kembar enam itu selepas 6 kali keguguran? 

bayi kembar enam, bayi kembar, bersalin bayi kembar, pengalaman bersalin bayi kembar, nama bayi kembar,

Bayi kembar enam: Courtney memang teringin ramai anak 

Pasangan ini bernikah pada tahun 2004, namun selepas itu Courtney mengalami beberapa kali keguguran sebelum melahirkan anak sulung yang diberina nama Saylor pada tahun 2008.

Pasangan bahagia ini suka memiliki anak yang ramai dan kemudian berjaya menghasilkan anak kembar iaitu Wales dan Bridge melalui proses ibu hamil. 

Selepas beberapa tahun, suami isteri ini teringin lagi memiliki cahaya mata. Namun kali ini ia dilakukan secara semulajadi tanpa bantuan doktor dan pakar kesihatan. Akhirnya, awal tahun lalu, 2017 Courtney berjaya hamil tapi keguguran.

Walaupun telah gugur beberapa kali dalam hidupnya, tapi dia tak pernah putus harap untuk hamil lagi. Lantas Courtney membuat keputusan untuk berjumpa pakar dan menjalani proses ibu hamil sekali lagi.

Promil atau program ibu hamil bermaksud program hamil di mana ia perlu mengikut turutan yang betul hingga isteri berjaya untuk mengandung. Dalam beberapa bulan, dia menerima khabar gembira dan mengejutkan apabila disahkan mengandung bayi kembar enam. Sungguh menakjubkan! 

“Pada mulanya ketika mendapat tahu diri hamil bayi kembar enam, perasaan terkejut dan takut mula menghantui diri terutama kerana postur tubuh saya yang kecil. Lantas saya tertanya-tanya apakah saya boleh mengandungkan enam bayi sekaligus,” katanya.

Bayi kembar enam: Tetap mahu lahirkan bayi tanpa reduksi selektif 

Namun begitu, doktor mengatakan risiko cukup besar sekiranya ibu tetap mahu melahirkan bayi kembar enam itu. Kajian daripada American Pregnancy Association mengatakan jika ibu hamil bayi kembar terdapat beberapa risiko seperti strok, tekanan darah tinggi, jangkitan kuman pada saluran kencing, diabetes gestasional dan masalah uri. 

Oleh sebab itu bagi memastikan bayi selamat dilahirkan sempurna, doktor boleh melakukan reduktif selektif iaitu mengurangkan jumlah janin di dalam rahim seperti membuang 1 atau 2 janin.

Namun, setelah memikirkannya, Courtney dan Eric menolak untuk membuang beberapa jumlah janin dan tetap mahu meneruskan kandungan bayi kembar enam itu. 

bayi kembar enam, bayi kembar, bersalin bayi kembar, pengalaman bersalin bayi kembar, nama bayi kembar,

Bayi kembar enam: Selamat melahirkan dengan sihat dan sempurna

Akhirnya, kebimbangan Courtney membuahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi kembar enam secara caesarean dengan jantina 3 lelaki dan 3 permpuan pada 11 Disember 2017 di Hunstville Alabama. Ketika bersalin, dia dibantu seramai 40 orang kakitangan hospital tersebut. 

Kesemua bayi comel itu diberi nama Tag, Layke dan Blu (untuk kembar lelaki) manaka Rivers, Rawlings dan Rayne (untuk kembar perempuan). Berat masing-masing ketika dilahirkan 1.5kg. Bestkan? seronoknya rasa bila lahir kembar bukan 2 tapi 6! 

Tips program hamil

janin kembar

  • Kenali masa subur dan perlu tahu tanda-tanda diri sedang dalam keadaan subur 
  • Hentikan alat pencegah kehamilan 
  • Lakukan hubungan intim dengan posisi yang tepat di mana mulut rahim perlu dipenuhi dengan sperma. 
  • Elakkan stress kerana ia melambatkan pengeluaran horman dan telur tidak matang
  • Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat bagi meningkatkan kualiti sel sperma. Makanan seperti sayuran hijau, kekacang dan bijirin. 
  • Merasai keseronokkan ketika hubungan intim 
  • Berdoa

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia, Solusi cepat hamil

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combersalin-bayi-kembar-normal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!