Inilah bayi kembar pramatang terkecil dengan berat badan kurang 1 kg!

lead image

Bayi kembar pramatang terkecil di England ini lahir dengan berat kurang dari satu kilogram. Doktor hanya boleh janjikan 10% sahaja peluang untuk hidup.

Rylea dan Robyn Comer, dilahirkan sebagai bayi kembar pramatang. Jika anda lihat gambar mereka sekarang, tentu anda tak sangka yang mereka dilahirkan dengan berat kurang dari satu kilogram saja dulu!

Bayi kembar pramatang terkecil di England

Rylea dan Robyn dilahirkan ketika usia kandungan ibunya baru mencecah 23 minggu 3 hari. Mereka juga tersenarai sebagai bayi kembar terkecil di England dan yang ajaibnya, mampu hidup sehingga menjadi bayi yang normal.

Berat Robyn ketika lahir adalah 0.5 kg manakala Rylea hanya seberat 0.4 kg. Bayangkan, doktor mengatakan yang mereka hanya mempunyai 10% peluang untuk hidup.

Tapi, bayi ajaib ini membesar dengan sempurna!

bayi kembar pramatang, bayi pramatang, bayi pramatang 23 mingu, bayi pramatang selamat, bayi kembar

Robyn dan Rylea kini berusia 9 bulan dan ibu mereka, Claire Cunliffe, mengatakan yang dia sangat bertuah kerana dapat menyaksikan kuasa Tuhan dalam kedua anak-anaknya.

“Setiap kali mereka senyum, saya mencubit diri sendiri kerana tak percaya mereka boleh hidup hingga ke hari ini.

Ini adalah satu keajaiban, dan sekarang mereka membesar dengan sihat.” kata ibu yang berusia 41 tahun ini.

Bapa kepada bayi kembar pramatang terbabit, Jason Comer pula mengatakan yang dia merasa bangga dan tidak sabar untuk menyaksikan anak-anaknya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Dia tak menyangka yang dia dapat melihat anak-anaknya membesar dengan sempurna.

Bayi kembar pramatang lahir kerana ibu mereka terkena jangkitan saluran air kencing (UTI)

bayi kembar pramatang, bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, bayi pramatang selamat, bayi kembar

Pada awalnya, kandungan Claire berjalan dengan lancar sehingga dia mengalami jangkitan saluran air kencing ketika usia kandungannya mencecah 23 minggu.

Claire telah pergi ke Hospital Bolton untuk membuat pemeriksaan kerana dia merasa sakit di bahagian punggung.

Ketika sampai di hospital, Claire mengalami contraction dan doktor tidak boleh menghentikan proses bersalin yang terjadi.

“Saya sangat terkejut apabila mengetahui yang saya bakal bersalin. Salah seorang doktor berkata kedua anak perempuan saya hanya mempunyai 10% peluang untuk hidup.

Tapi saya dan Jason mahu memberi memberi anak-anak kami peluang walaupun harapan mereka tipis, cerita Claire.

Kami hanya dapat melihat anak kami sekejap saja sebelum mereka dibawa masuk ke NICU. Walaupun mereka kecil, mereka sangat sempurna,” tambahnya lagi.

Perjuangan bayi kembar pramatang untuk kekal hidup

bayi kembar pramatang, bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, bayi pramatang selamat, bayi kembar

Selepas lima hari di hospital, Claire dibenarkan balik, tapi si kembar perlu tinggal di hospital. Berat rasa hati Claire untuk meninggalkan anak mereka di hospital, mereka tidak boleh memeluk anak mereka selama sebulan.

“Rylea mengalami penurunan berat badan hingga badannya terlalu kecil dan tidak boleh keluar dari inkubator.

Manakala Robyn pula, fungsi paru-paru menurun dan mengalami demam kuning.”

Pada usia 3 bulan, Robyn mengidap penyakit sepsis. Doktor mengatakan salutan pernafasannya menurun.

Claire dan Jason sudah bersiap sedia untuk menerima berita buruk yang boleh terjadi. Tapi berkat usaha doktor, keadaan Robyn kembali stabil.

bayi kembar pramatang, bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, bayi pramatang selamat, bayi kembar

Bayi kembar pramatang pulang ke rumah

Akhirnya, bayi kembar pramtang tersebut dibenarkan pulang pada 18 April diusia 4 bulan. Tapi mereka masih memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Perlahan-lahan keadaan mereka menjadi lebih baik.

“Doktor percaya yang mereka akan membesar dengan sihat dan mampu menjalani pembesaran normal seperti bayi lain. Mereka juga sudah boleh duduk dan ketawa,” kata Claire dengan bangga.

Kini, Robyn dan Ryea memilki berat sebanyak 4 kg dan sering menarik perhatian orang lain dengan keletah mereka.

Kedua bayi ini juga murah dengan senyuman. Walaupun badan mereka lebih kecil berbanding bayi seusia mereka, mereka tetap sihat dan ceria.

bayi kembar pramatang, bayi pramatang, bayi pramatang 23 minggu, bayi pramatang selamat, bayi kembar

Cara merawat bayi pramatang

Selepas mendapat rawatan intensif di hospital, bayi pramatang memerlukan rawatan extra di rumah.

Ini adalah tip bagi ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang untuk memastikan pertumbuhan si kecil sentiasa sihat.

1. Skin-to-skin

Skin-to-skin antara bayi dan ibu bapa adalah berkesan untuk memanaskan badan bayi dan meningkatkan kesihatan serta merapatkan jalinan. Anda dinasihatkan untuk membuat skin-to-skin sekerap mungkin.

2. Memberi susu ibu

Bayi pramatang sangat memerlukan nutrisi yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu mempunyai antibodi untuk menguatkan badan dan melindungi mereka dari terkena jangkitan.

Oleh itu, sentiasa berusaha untuk menyusukan bayi pramatang.

Jika susu anda susah keluar atau bayi anda tidak boleh menyusu pada payudara anda, cuba untuk pam susu dan berikan dalam botol yang khas untuk bayi pramatang.

3. Jauhkan bayi dari terkena jangkitan

Bayi pramatang mempunyai tubuh badan yang lebih lemah berbanding bayi normal. Mereka lebih berisiko untuk terkena jangkitan.

Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan dan hygiene pada persekitaran bayi. Basuh tangan sebelum memegang bayi. Jangan lupa untuk pesan pada orang yang ingin mendukung bayi anda juga.

4. Waktu tidur

Bayi pramatang juga memerlukan waktu yang lebih lama untuk tidur dan mereka biasanya tidur dalam jangka masa yang singkat.

Tempatkan mereka dalam posisi terlentang untuk mengelakkan risiko bayi mati secara mendadak (SIDS)

5. Pemeriksaan rutin

Pemeriksaan ini dilakukan untuk memantau perkembangan anak anda termasuk tubuh badan dan pancaindera.

Pemeriksaan rutin ini dapat mengesan jika terdapat masalah dalam perkembangan si kecil anda dan mereka boleh dapatkan rawatan yang segera.

Jangan lupa untuk memberi vaksin yang sesuai untuk bayi anda bagi mengelakkan mereka terkena jangkitan penyakit.

Jika ibu-ibu di luar mempunyai pengalaman melahirkan anak pramatang, jom kongsikan kisah dan gambar anak anda di ruangan komen!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga

Perjuangan Bayi Pramatang Terkecil Di Dunia Yang Lahir 4 Bulan Lebih Awal!