Bayi Ini Lahir Dengan Dua Wajah Namun Satu Kepala, Apa Yang Terjadi?

lead image

Bayi berwajah dua dengan keadaan seperti bayi kembar siam ini telah lahir di Batam Indonesia. Ibu bapa kini sedang mencari bantuan untuk pembedahan.

Seorang bayi kembar siam telah menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk Batam, Indonesia baru-baru ini. Apa tidaknya, bayi kembar siam itu dilahirkan dengan berwajah dua, dua otak tapi satu kepala!

Bayi luar biasa bernama Gilang Andika ini adalah anak lelaki kepada Mustafa dan Erlinasari. Dia dilahirkan melalui pembedahan czer di Hospital Camatha Sahidya Muka Kuning.

Pada awalnya, doktor telah merahsiakan keadaan ini dari kedua ibu bapa tersebut. Walaupun bayi ini mempunyai satu badan, Erlina dan suaminya menganggap bayi mereka sebagai kembar.

“Kami anggap mereka sebagai anak kami dan kami sayangkan Gilang Andika,” kata Mustafa seperti disebut dalam Kompas.

Bayi kembar siam: Apa pendapat pakar kesihatan?

src=https://sg Bayi Ini Lahir Dengan Dua Wajah Namun Satu Kepala, Apa Yang Terjadi?

Dalam kes Gilang Andika – bayi lahir dengan dua wajah, dua otak dan satu kepala adalah perkara yang sangat jarang berlaku.

Ia sama dengan kelahiran bayi kembar siam yang badan mereka melekat antara satu sama lain.

Didi Kusmajardi, Ketua Khidmat Kesihatan di Batam berkata, bayi kembar siam terjadi kerana pemecahan sel telur yang tak lengkap, ia boleh terjadi kerana demam atau pendedahan kimia.

Bayi kembar siam berlaku sekali dalam 250,000 kelahiran. Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, kembar siam biasanya berlaku apabila telur yang sepatutnya berpisah untuk menjadi bayi kembar berhenti sebelum proses tersebut selesai.

Bayi kembar siam: Ibu bapa tekad kumpul dana pembedahan Gilang

src=https://sg Bayi Ini Lahir Dengan Dua Wajah Namun Satu Kepala, Apa Yang Terjadi?

Walaupun kedua-dua ibu bapa ini sedar prosedur untuk memisahkan “bayi kembar siam” mereka ada risiko yang tinggi, pasangan ini masih berkeras untuk melakukan pembedahan buat si kecil mereka. 

Kerana keadaan luar biasa ini, Gilang tak boleh diberi susu ibu. Dia hanya boleh minum susu formula melalui tiub. Dia juga mengalami masalah pernafasan.

Bayi kembar siam: Apa itu craniofacial duplication?

Keadaan yang dialami oleh Gilang dipanggil sebagai Craniofacial dupliation atau duplikasi wajah atau dalam bahasa perubatan dipanggil Diprosopus. Disprosopus bermaksud “dua wajah” dalam bahasa Yunani.

Keadaan ini terjadi apabila kembar seiras melekat dan tak terpisah sepenuhnya. Kembar ini akan lahir dengan badan yang tercantum dan hanya satu anggota kadang-kadang semua bahagian berganda dalam satu kepala.

Bayi berwajah dua biasanya tak selamat kerana mereka biasanya akan lahir mati.

Bayi dengan dua hidung adalah pembentukan yang ringan manakala bayi berwajah dua dikira sebagai penyakit ekstram.

Bayi berwajah dua biasanya tak ada otak, jantung tak normal dan kecacatan lain. Jika otak mereka terbentuk, ia mungkin akan duplikasi bahagian lain juga.

Macam mana nak tahu kalau anak dalam kandungan berwajah dua?

Craniofacial dupliation boleh didiagnos dari dalam kandungan dengan menggunakan:

  • imbasan ultrasound
  • imbasan CT
  • imbasan MRI
  • dan MR angiografi.

Amaran untuk keadaan jarang berlaku ini adalah apabila air ketuban dalam kantung amniotik terlalu banyak dan tak normal.

Setakat ini, doktor masih belum menemui cara untuk merawat diprosopus kerana ia jarang berlaku.

Tapi, pakar biasanya akan mencadangkan untuk menggugurkan kandungan jika keadaan ini dapat didiagnos awal.

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga: 

Peluang Hamil Kembar Tinggi Dengan Petua Semula Jadi & 3 Posisi Seks Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!