Bayi Menangis dengan Kerap Sebab Kembung? Itu Simptom Colic, Ketahui 9 Cara untuk Hilangkannya

Bayi kembung menjadi antara salah satu perkara yang menghantaui ibu bapa terutama yang baru memiliki anak. Bayi kembung akan menangis tidak henti selalunya.

Bayi kembung perut menjadi antara salah satu perkara yang menghantui ibu bapa terutama yang baru memiliki anak. Bayi kembung akan menangis tidak henti selalunya. Kadangkala, ianya merupakan salah satu simptom colic yang sebenarnya agak biasa terjadi pada bayi.

Mereka ini akan kelihatan serba tidak kena, segala yang dilakukan akan membuatkan mereka rasa tidak selesa disebabkan itu mereka menangis.

Mereka memang hanya tahu menangis saja bila kembung perut, kerana ini saja bahasa yang mampu mereka buat untuk buat orang di sekeliling faham bahawa mereka tidak selesa.

Jadi apa yang ibu bapa boleh buat jika bayi kembung?

Baca juga: Gripe Water Untuk Masalah Colic Dan Perut Kembung, Selamat Atau Tidak?

Bayi Kembung Perut Kerap Menangis Lebih Dari 3 Jam Sehari

Bayi kembung

Apakah maksud kembung sebenarnya? Apa yang bayi kembung rasakan bila ia terjadi? Menurut hellodoktor, bayi kembung perut atau masalah colic adalah normal dan kerap berlaku pada bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

Bayi yang mengalami colic selalunya akan menangis berpanjangan tanpa henti dan meragam. Keadaan ini selalunya berlaku beberapa kali dalam seminggu.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu risau kerana masalah colic ini akan berkurangan apabila bayi makin membesar. Perut kembung adalah keadaan paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat.

Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai masalah perut kembung sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama.

Tanda Bayi Kembung Perut

Perut kembung biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.

Tanda-tanda bayi kembung perut yang perlu ibu bapa ambil perhatian termasuklah: 

  1. Episod menangis yang boleh dijangka: Bayi akan menangis pada waktu sama setiap hari, biasanya pada lewat tengah hari atau petang. Episod ini mungkin bertahan dari beberapa minit hingga tiga jam atau lebih pada hari tertentu.
  2. Tangisan yang keterlaluan: Tangisan colic adalah keterlaluan, kedengaran kesusahan dan selalunya pada nada yang tinggi. Wajah bayi anda mungkin berjuraian air mata, dan dia adalah sangat sukar untuk ditenangkan.
  3. Menangis tanpa sebab yang jelas: Menangis yang berkaitan dengan masalah perut kembung berlaku tanpa sebab yang jelas.
  4. Perubahan postur: Menggulung kaki, mengepal tangan dan otot perut yang tegang adalah biasa semasa bayi kembung perut.

Perhatikan tanda-tanda ini pada anak anda ya! Jangan biarkan dia terus tersiksa.

9 Cara Hilangkan Kembung Perut Bayi

Mungkin ada yang pernah buat tips-tips di bawah dan ia ternyata berjaya. Bagi ibu-ibu yang belum mencubanya lagi, anda boleh cuba buat pada bayi kembung perut.

1. Teknik penyusuan

Anda perlu memastikan bayi melekap pada puting susu dengan betul. Ini akan membantu memberikan posisi paling selesa supaya bayi dapat menyusu tanpa menelan ‘angin’. Teknik lekapan baik juga mengelakkan anda daripada melecet atau terkena nipple crack yang amat pedih!

2. Tukar susu formula

Masalah perut masuk angin pada bayi mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu formula tertentu. Sesetengah bayi tidak sesuai dengan susu formula tertentu disebabkan oleh alahan terhadap protein susu lembu, laktosa, atau ususnya yang belum matang.

3. Puting atau botol yang sesuai

Jika bayi anda menyusu daripada botol, pastikan anda menggunakan saiz puting yang bersesuaian. Saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu sehingga menyebabkan bayi tidak selesa perut.

4. Menjaga pemakanan

Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelakkan beberapa jenis makanan yang diketahui menyebabkan masalah perut masuk angin pada bayi. Antara jenis makanan yang harus dielakkan adalah kubis, brokoli, bunga kubis, kafein, atau makanan daripada sumber tenusu.

5. Sendawakan bayi

Bayi kembung

Bayi kurang disendawakan anda berpotensi mengalami kembung perut kerana mempunyai ‘angin’ terperangkap. Gunakan teknik yang betul untuk sendawakan bayi.

Jika bayi anda muntah sedikit selepas menyusu seperti jeluak adalah biasa dan ia merupakan satu keadaan tidak berbahaya bagi bayi.

6. Alihkan perhatian

Alihkan tumpuan bayi dengan membawanya bersiar-siar dan mengambil angin di halaman rumah. Persekitaran baru mungkin akan menarik perhatian bayi untuk melupakan ketidakselesaan dan berhenti menangis.

7. Mengurut

Gunakan minyak yang sesuai untuk disapu pada perut bayi dan urutkan dengan lembut. Sebaiknya anda perlu memastikan teknik urutan yang anda gunakan adalah betul dan tidak mendatangkan bahaya kepada bayi.

Ada pelbagai minyak telon yang berkesan dalam melegakan kembung perut bayi tapi yang plaing kami syorkan adalah Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil kerana ianya dihasilkan dengan mengguna bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk si kecil.

Ia juga menggunakan minyak Chamomile, Lavender dan minyak Nutmeg yang mampu melegakan kembung perut sekaligus menenangkan bayi dan mengurangkan simptom colic. Ibu ayah tidak perlu risau kerana formulasi yang digunakan adalah vegan menjadikannya lembut untuk kulit sensitif bayi.

8. Dodoikan

Ada masanya masalah kembung perut pada bayi boleh diatasi dengan memujuk bayi anda. Dodoikan bayi dengan lembut, dan jangan sesekali meninggikan suara pada bayi. Cuba untuk memberikannya ketenangan.

9. Pegang secara tegak semasa penyusuan

Bayi kembung

Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hellodoktor

Baca juga: Kenali 5 Makanan Penyebab Kembung Di Kalangan Bayi, Jangan Salah Beri!

Baca juga: Bayi Menangis Tanpa Henti? Itu Mungkin Colic Atau Sawan Tangis

Baca juga: Perut Masuk Angin, Colic Atau Sembeli Pada Bayi? Ini Cara Atasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!