Dugaan bayi tak henti menangis? Ini 5 cara bantu tenangkan si kecil anda

Dugaan bayi tak henti menangis? Ini 5 cara bantu tenangkan si kecil anda

Cara salah tenangkan bayi boleh menyebabkan si kecil itu teriak lebih teruk! Jadi, adalah penting untuk ibu bapa tahu cara betul bagi tangani anak kecil yang selalu menangis ini.

Ya Tuhan, apa nak buat bila bayi kerap menangis? Bila tidur baru keadaan sunyi, tapi kalau dia bangun saja dari tidur, pasti dia sambung menangis semula.

Ini antara dilema mak-mak yang ada anak kecil di rumah. Sebab itu kadang-kadang ia boleh menyebabkan ibu tak cukup tidur sebab kena berjaga malam supaya bayi tak berterusan menangis.

Benar, menangis merupakan alat komunikasi utama bayi untuk memberitahu dan meluahkan sesuatu. Adalah sangat penting untuk ibu dan ayah tahu dan memahami isyarat tangisan itu supaya anda boleh menghentikan si kecil dari terus menangis.

Bayi kerap menangis antara usia tiga ke usia 16 minggu. Kemudian, ia memuncak sekitar dua bulan. Biasanya dikenali sebagai kolik atau sawan tangis.  

bayi kerap menangis, sawan tangis, bayi sawan tangis, anak kerap menangis, bayi tak henti menangis, bayi menangis, bayi teriak, bayi berterusan mennagis, sebab bayi menangis, sebab bayi kerap menangis, punca bayi kerap menangis

Kredit: PAMA

Perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah memahami kenapa bayi menangis.

Hal ini kerana, ada ketikanya, mendengar suara anda boleh membantunya untuk bertenang.

Kemudian tengok sama ada dia sakit, lapar atau lampin sudah penuh. Atau mungkin dia mahu dibelai dan didodoikan sekejap di atas bahu ibunya. Lama kelamaan, anda akan dapat belajar dan mengenali tangisan bayi itu.

Bayi kerap menangis: 5 tips bantu meredakan tangisan si kecil
  • Peluk dan pegang bayi menghadap anda. Kemudian, perlahan-lahan letak dagunya di atas bahu anda sambil bergoyang sedikit. Bacalah zikir, doa atau nyanyian yang berentak perlahan.
  • Sesetengah bayi suka diletakkan di tempat yang selamat untuk bertenang dan mungkin membuatnya tertidur. Oleh itu, anda boleh meletakkan bayi atas katilnya sampil menepuk lembut punggung atau mengusap rambutnya
  • Jika bayi kerap menangis, cuba beri bayi menghisap sesuatu seperti menyusukannya. Secara tak langsung berat badannya juga akan bertambah.
  • Cuba tenangkan si kecil itu dengan mandian atau urutan lembut.
  • Bedung juga adalah salah satu cara membantu tenangkan bayi yang menangis. Malah dia merasakan seolah masih berada dalam rahim ibunya.

Walau bagaimanapun, jangan pula anda mencuba semua tips di atas dalam satu masa.

Sesetengah bayi akan teriak lebih teruk jika ibu bapa mereka mencuba perkara yang berbeza dalam masa yang sama. Tengok yang mana buat bayi henti menangis, mungkin itu yang terbaik buatnya.

bayi kerap menangis, sawan tangis, bayi sawan tangis, anak kerap menangis, bayi tak henti menangis, bayi menangis, bayi teriak, bayi berterusan mennagis, sebab bayi menangis, sebab bayi kerap menangis, punca bayi kerap menangis

Kredit: Papo Da Mae

Namun begitu, memang sedikit letih jika terpaksa berhadapan dan menjaga bayi kerap menangis ini.

Akan tetapi, kesihatan dan penjagaan diri anda juga adalah penting bagi mendapat rehat yang mencukupi dan kongsilah saat sukar ini bersama suami.

Sekiranya anda mendapati diri sangat kecewa dengan keadaan yang berlaku (bayi tetap menangis walaupun puas dipujuk), adalah lebih baik anda meletakkannya perlahan-lahan atas katil dan kemudian anda masuk ke bilik lain selama lima minit untuk tenangkan diri.

Ambil sedikit masa itu untuk bernafas dan menangis dengan baik.

Ingatkan diri anda bahawa bayi kecil itu memerlukan anda di sampingnya. Kemudian jika hati anda sudah kembali tenteram, terus dakapnya semula. InsyaAllah, semuanya akan baik.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Sirap Limau 

Sumber: Baby Centre

Baca juga

5 Tanda Bayi Atau Anak Menangis Kerana Percaya Dan Memerlukan Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner