Bayi koma selepas epal sengaja dibaling oleh budak dari tingkat 24!

lead image

Kasihan... Bayi koma kerana epal yang dibaling dari tingkat atas oleh seorang budak berusia 11 tahun. Ibu bapa, pastikan peristiwa ini tak berulang, ya!

Kasihan dan geram apabila mendapat berita seorang bayi koma kerana epal yang dibaling dari tingkat atas oleh seorang budak berusia 11 tahun!

Jika anda tinggal di bangunan yang tinggi seperti kondo atau apartment, anda tentu sedar tentang langkah-langkah keselamatan untuk anak anda – jangan bermain berdekatan tingkap dan balkoni contohnya.

Tapi ada juga kemalangan yang tidak dijangka yang perlu anda ingatkan pada mereka!

Selain dari memastikan keselamatan anak anda, anda juga perlu mengajar anak tentang tanggungjawab apabila mereka tinggal di bangunan yang tinggi dengan memastikan keselematan orang lain juga terjamin.

Bayi koma kerana epal: Epal jatuh buat tengkorak bayi retak dan koma!

bayi cedera kerana epal

Screenshots: Sohu video

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dikatakan telah membuang sebiji epal dari tingkap rumahnya di tingkat 24. Malangnya dia tidak tahu di tingkat bawah, ada seorang bayi berusia 3 bulan sedang dibawa oleh neneknya untuk pulang ke rumah selepas berjalan-jalan.

Epal itu telah jatuh ke atas kepala bayi terbabit dan membuatkan tengkoraknya retak hingga dia menghadapi kerosakan otak yang serius!

Selepas epal jatuh, kepala bayi tersebut bengkak dan kulitnya menjadi pucat lalu dia tidak sedarkan diri sehingga kini.

Semasa laporan ini dibuat, bayi ini masih dalam keadaan koma dan belum keluar dari zon bahaya walaupun 2 pembedahan telah dijalankan. Bayi itu masih bergantung pada alat pernafasan, menurut China Daily. 

Menurut China Daily lagi, kanak-kanak perempuan itu di rumah berseorangan. Dia dikatakan cuba untuk membuang cebisan epal kepada anjingnya di balkoni, tetapi sasarannya tersasar. Menurut Shanghai List, bapa kepada kanak-kanak berusia 11 tahun ini akan menanggung segala kos perubatan yang setakat ini berjumlah 130,00 yuan (RM 80,000). 

Bayi koma kerana epal: Apa yang ibu bapa perlu ajar anak-anak tentang risiko di bangunan tinggi

Insiden ngeri yang berlaku di China ini boleh dielak. Ada beberapa cara untuk ibu bapa ajar anak-anak tentang keselamatan tinggal di bangunan yang tinggi.

bayi koma kerana epal

Screenshot: Sohu video

Ini antara beberapa perkara yang perlu anda ingatkan anak-anak anda:

  • Jangan buang atau baling benda keluar tingkap walau kecil mana pun barang. Membuang sampah merata-rata merupakan amalan yang kotor malah membahayakan. Seperti contoh, remaja di Malaysia terbunuh baru baru ini kerana kerusi ofis yang dibuang dari tingkat atas. Tiada siapa sangka sisa epal yang kecil juga boleh membuatkan bayi koma, tapi benda kecil yang dibuang dari tempat tinggi akan menghasilkan had laju yang boleh membunuh.
  • Jadikan balkoni tempat larangan kanak-kanak. 
  • Pasang pagar keselamatan di tingkap. Ia bukan saja boleh menghalang anak anda dari jatuh, ia juga boleh menyelamatkan orang lalu lalang dari objek yang jatuh dari tingkat atas. 
  • Jangan sidai baju di tingkap. Tali ampaian dan hanger boleh menjadi bahaya. Jika anda tiada pilihan lain, pastikan yang ia tidak akan jatuh. 
  • Pastikan jiran anda melakukan perkara yang sama. Kumpulkan jiran-jiran anda atau pentadbiran bangunan untuk mengambil langkah keselamtan untuk penduduk dan orang yang berjalan di bawah.

Perubahan yang kecil boleh menyelamatkan nyawa.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Ajaib! Anak jatuh dari balkoni tingkat 4 tapi selamat. Rumah anda perlu cukup baby proof