Stres betul bila bayi taknak menyusu, tapi ibu tahu 12 sebab bayi taknak menyusu ini tak?

lead image

Ada beberapa punca bayi kurang menyusu yang ibu jarang perhatikan. Jangan sampai anak menangis kelaparan atau berat badan berkurangan!

Ibu mana yang tak risau bila bayi kurang menyusu. Dup dap dup dap jantung risau sungguh apabila bayi hanya minum 1 ke 2 onz saja. Selebihnya, si kecil hanya berkedip mata tak pun tidur sepanjang hari

Ada ketikanya, bayi hanya menutup malu mulutnya atau mengelak ketika diberi puting payudara ke arah mulut. Bagaikan mogok atau merajuk saja lagaknya! 

Kemudian mulalah ibu makan macam-macam untuk banyakkan lagi susu badan yang berkhasiat tapi bayi kurang menyusu juga. Alahai nak buat apa lagi ini, ya? 

Jangan risau ibu, pertama — apa yang patut anda lihat adalah punca bayi kurang menyusu. Adakah sebab bayi kurang sihat, perut kembung atau posisi ibu dalam kedudukan yang tak betul, tak pun sebab-sebab lain?

Keduanya, ibu perlu tahu bagaimana bayi kurang menyusu ini dapat diatasi. 

12 punca dan langkah penyelesaian jika bayi kurang menyusu 

bayi kurang menyusu, bayi kurang susu, tanda bayi kurang susu ibu, punca bayi kurang menyusu, langkah penyelesaian bayi kurang menyusu, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu dada, langkah-langkah atasi bayi kurang menyusu

Kredit : Ntvbd.com

#1 . Kedudukan bayi ketika menyusu salah hingga menyebabkan si kecil itu berasa tidak selesa. 

#2. Teknik penyusuan salah atau bayi mengalami masalah tongue tie.

#3. Bayi keliru puting. Biasanya berlaku apabila puting tiruan diberi terlalu awal. 

  • Langkah penyelesaian:

– Boleh perah susu dan berikan kepada bayi melalui tiub atau cawan jika tak boleh menyusu secara terus. 

– Berhenti dari memberi susu secara botol. 

-Beri susu menggunakan cawan atau sudu.

-Galakkan sentuhan kulit ke kulit. 

-Beri galakkan dengan lekapkan puting pada bayi tanpa paksaan.

-Rujuk ahli fisioterapi untuk rangsangan otot mulut. 

bayi kurang menyusu, bayi kurang susu, tanda bayi kurang susu ibu, punca bayi kurang menyusu, langkah penyelesaian bayi kurang menyusu, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu dada, langkah-langkah atasi bayi kurang menyusu

Kredit: Perawatan Bayi

#4. Bayi tidak sihat

#5. Bayi cerewet dengan bunyi bising atau bau ibu yang berbeza. 

  • Langkah penyelesaian: Pastikan keadaan selesa dan tiada bau-bauan yang berbeza ketika bayi menyusu. 

#6. Perkembangan fungsi motor sedang berkembang. Mereka masukkan jari ke mulut sedangkan sudah kenyang. 

#7. Ibu salah anggap bayi nak menyusu tapi sebenarnya si kecil ingin dimanja dan didukung ibu. 

  • Langkah penyelesaian: Fahami kehendak bayi dan beri perhatian pada bayi dengan cara yang lain. 

#8. Susu tak lancar atau tersumbat. Bayi merajuk bila rasa belum puas menyusu. 

bayi kurang menyusu, bayi kurang susu, tanda bayi kurang susu ibu, punca bayi kurang menyusu, langkah penyelesaian bayi kurang menyusu, susu ibu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu dada, langkah-langkah atasi bayi kurang menyusu

Kredit: Zenparent.in

  • Langkah penyelesaian: Jika bayi merajuk, tenangkan si kecil itu sebelum menyusu semula. Amalkan cara ini untuk merawat saluran susu tersumbat. 

#9. Bayi tersedak akibat pengeluaran susu yang terlalu laju. Selepas itu, bayi tak mahu lagi menyusu. 

  • Langkah penyelesaian: Sendawakan bayi di pertengahan penyusuan kemudian sambung semula. Ia mengelak bayi dari tersedak. 

#10. Payudara bengkak dan areola tegang tapi bayi tak boleh lekap lidah dengan betul kerana pendek.

  • Langkah penyelesaian: Perah susu sebelum menyusu bayi jika payudara membengkak supaya mulut bayi melekap di puting dengan lebih baik. Cuba rawat payudara bengkak dengan rawatan kobis.

#11. Bayi sudah mula minum susu melalui botol dengan terlalu kerap

  • Langkah penyelesaian: Elakkan guna botol susu atau tambahan susu formula terlalu awal.

#12. Bayi lemah seperti pramatang, kurang gula dalam darah, metabolik dan kurang hormon tiroid. Si kecil ini hanya kemam puting dalam mulutnya tapi tak menghisap. 

  • Langkah penyelesaian: Sekiranya bayi tak aktif, segera rujuk ke pakar perubatan.

Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang bersemangat untuk menyusukan bayi sehingga umurnya mencecah dua tahun.

Teruskan usaha itu dan kongsikan artikel ini untuk rujukan di masa hadapan. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Sirap Limau 

Sumber: Mithali moms

Baca juga

5 Kesalahan Yang Dibuat Ibu Menyusu Hingga Boleh Bawa Bahaya