Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

Air sememangnya tidak perlu ditakuti tetapi ibu bapa harus mengawasi anak ketika mereka mandi atau main air. Anak kecil boleh lemas dan tengelam di dalam air sekelip mata, seperti yang berlaku kepada seorang bayi malang ini.

Seorang ibu dari Texas telah ditahan selepas bayinya Zayla, lemas dalam tab mandi ketika dia sibuk mesej di Facebook.

Cheyenne Summer Stuckey, 21, telah meninggalkan anak perempuannya yang berusia 8 bulan di dalam tab mandi dengan paip air terbuka “selama beberapa minit,” kata Pejabat Sheriff Parker County.

Stuckey memberitahu polis bahawa selepas dia keluar dari bilik mandi, dia telah mengalih perhatiannya kepada anaknya yang seorang lagi kerana bunyi televisyen yang dipasang terlalu kuat.

Tetapi penyiasat mendapati Stuckey telah berbohong.

Dia sebenarnya tengah sibuk bermain mesej dengan dua orang lain di Facebook Messenger selama 18 minit.

Zayla telah ditinggalkan dalam tab mandi tanpa pengawasan.

Tidak responsif

Apabila sedar dia telah melupakan Zayla, Stuckey telah berlari ke bilik mandi.

Namun, badan Zayla sudah dalam keadaan meniarap, dengan mukanya di dalam air dan dalam keadaan tidak responsif.

Stuckey tidak tahu cara yang betul untuk menyelamatkan anaknya yang telah lemas.

Pihak berkuasa berkata keputusan bedah siasat mengesahkan bahawa Zayla mati akibat lemas.

Stuckey telah didakwa bawah akta kanak-kanak kerana menyebabkan kecederaan atau kematian akibat kecuaian dan pengabaian.

Tiga anaknya yang lain pula telah diletakkan dalam penjagaan keluarga angkat.

Berapa lama sebelum anak lemas?

Menurut YMCA, seorang kanak-kanak boleh tenggelam dalam tab mandi dalam masa sesingkat ibu bapa keluar untuk mengambil tuala mandi!

Kanak-kanak juga boleh pengsan dalam masa 2 minit: contohnya apabila ibu bapa menjawab telefon.

Apabila kanak-kanak telah tenggelam di dalam tab mandi atau kolam renang selama 4-6 minit, dia mungkin boleh mengalami kerosakan otak.

Bayi Berusia 8 Bulan Lemas Ketika Ibu Sibuk Main Facebook

foto kredit : Alberton Record

Bayi dan kanak-kanak kecil boleh lemas walaupun ditinggalkan dalam tab mandi dengan beberapa inci air sahaja. 

Malah, hanya sebaldi air dan apa-apa jumlah air yang boleh menutupi mulut dan hidung sudah mampu untuk melemaskan seorang kanak-kanak.

Mengikut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak, kira-kira 500 kanak-kanak menjadi mangsa lemas setiap tahun di Malaysia.

Ia juga penyebab kematian kedua tertinggi, untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 18 tahun.

Air tidak perlu ditakuti tetapi ibu bapa harus mengawasi anak ketika mereka mandi atau main air.

Jangan pandang ringan dan ingat anak kecil tidak boleh lemas dalam air yang cetek.

Mereka masih boleh lemas dan tengelam ke dalam air dalam sekelip mata!

Sumber: Yahoo, Malay Mail Online

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!