Bayi Dengan Mata Satu Ini Hanya Sempat Hidup 7 Jam Kerana Keracunan Merkuri!

lead image

Seorang bayi dilahirkan dengan mata satu dan tanpa hidung kerana pendedahan terhadap persekitaran beracun. Baca kisah bayi mata satu ini.

Semasa mengandung, anda akan dinasihatkan untuk tak merokok, ambil dadah atau alkohol. Tapi, pendedahan secara rutin terhadap toksin persekitaran seperti plastik atau ekzos kereta juga berbahaya untuk janin. Bayi mata satu yang lahir di Indonesia ini menunjukkan betapa bahayanya pendedahan pada toksin persekitaran semasa mengandung.

Bayi mata satu tak boleh hidup lebih dari 7 jam

Pada 13 September lalu, seorang bayi mata satu dilahirkan tanpa hidung di Mandailing Natang Sumatera Utara, Indonesia. Kes ini pertama kali dikongsikan oleh pos di Facebook yang boleh dilihat di bawah ini.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/df.png Bayi Dengan Mata Satu Ini Hanya Sempat Hidup 7 Jam Kerana Keracunan Merkuri!

Malangnya, doktor meramalkan bayi perempuan ini tak boleh hidup sehingga dewasa. Malah, bayi ini perlu bergelut untuk hidup dalam masa seminggu.

Ketua agensi kesihatan, Syarifuddin Nasution mengatakan, “Sekarang pihak hospital sedang memberikan oksigen melalui mulut bayi,” menurut laporan Liputan 6.

Menurut Syarifuddin, “Dalam kes yang sama, kadar hidup adalah satu ke tiga hari. Tapi doktor mengatakan yang kita perlu bersyukur kalau bayi ini boleh hidup selama 5 jam.

Bayi ini mempunyai komplikasi pada jantung dan pernafasan. Kadar degupan jantungnya juga adalah bawah 100.”

Walau bagaimanapun, doktor masih berharap dan merancang mahu menghantar bayi ini ke hospital lain di ibu negeri, Medan sejurus selepas bayi ini dilahirkan.

Tapi, berita terbaru melaporkan yang bayi ini telah meninggal pada 13 September selepas hidup selama lebih kurang 7 jam.

Bayi mata satu: Kecacatan kelahiran ini berlaku kerana merkuri

Bapa bayi ini bekerja sebagai pelombong emas dan sering terdedah dengan bahan berbahaya. Ini adalah punca utama bayi ini lahir cacat.

Agensi kesihatan mengatakan yang bayi mata satu ini telah terdedah dengan keracunan merkuri.

Merkuri adalah besi berat yang sangat beracun untuk orang dewasa. Kesannya terhadap bayi baru lahir sering menjadi punca kecacatan kelahiran dan ketidakstabilan dalam sistem saraf.

Bahan berbahaya ini telah digunakan secara meluas untuk melombong emas. Laporan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu, mengatakan Indonesia adalah antara negara yang mempunyai lombong artisanal terbesar di dunia.

Apa yang perlu anda tahu adalah, anda tak perlu jadi pelombong emas untuk terdedah dengan merkuri atau bahan beracun yang lain.

Anda boleh terdedah dengan merkuri tanpa anda sedar!

Ada banyak sumber merkuri dalam dunia ini. Salah satu cara biasa untuk terdedah pada merkuri adalah melalui makanan.

Secara semula jadi, merkuri jatuh ke dalam udara dan masuk ke dalam sumber air seperti laut dan sungai. Ikan mendapat merkuri dari air dan ikan lain.

src=https://sg Bayi Dengan Mata Satu Ini Hanya Sempat Hidup 7 Jam Kerana Keracunan Merkuri!

Ikan yang lebih besar dan berusia mengandungi lebih banyak merkuri.

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika menasihati wanita mengandung untuk mengelakkan dari makan ikan jenis ini:

  • Ikan kembung
  • Jerung
  • Ikan Marlin
  • Tilefish

Tip untuk elak pendedahan pada persekitaran beracun

src=https://sg Bayi Dengan Mata Satu Ini Hanya Sempat Hidup 7 Jam Kerana Keracunan Merkuri!

Walaupun kita sering terdedah dengan kimia beracun, ada banyak tip yang boleh anda lakukan untuk elak perkara ini. Ini adalah beberapa tip yang boleh membantu anda.

Gaya hidup yang lebih baik

  • Basuh tangan dengan kerap untuk membersihkan bakteria yang melekat di tangan anda.
  • Bersihkan rumah secara rutin kerana kimia boleh melekat dalam habuk.
  • Elakkan dari memanaskan makanan dalam bekas plastik dan kurangkan penggunaan plastik untuk makanan.
  • Makan makanan yang berkhasiat.
  • Jangan bersenam di tempat yang banyak kereta lalu lalang.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Mari Kenali Bayi Ini Yang Otaknya Tumbuh Di Hidung

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!