Selepas Bayi Mati Dalam Kandungan, Isteri Kedua Opick Ini Juga Maut. Pilunya hati!

undefined

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata bayi yang berusia 9 bulan dari dalam perut, pergi buat selamanya.

Bayi mati dalam kandungan tidak membesar seperti bayi normal

Seringkali kita mendengar tentang kisah bayi mati dalam kandungan terutama apabila ibu sedang melewati fasa trimester ketiga.

Bayangkan… masih terasa tendangan kaki si kecil dalam perut ibu tetapi kini rasa tendangan itu sudah tiada. Itulah yang terjadi pada penyanyi dari Indonesia, Opick ini.

Opick yang terkenal dengan lagu Rapuh telah kehilangan isteri keduanya, Wulan Mayasari yang meninggal dunia malah 2 bulan sebelum itu, bayi yang dikandung beliau mati dalam perut, yang dipanggil stillbirth (kematian janin dalam kandungan)

Bayi mati dalam kandungan adalah kematian janin ketika masih dalam rahim ibu. Ada beberapa perbezaan berkaitan dengan bayi mati dalam kandungan.

Di Singapura, stillbirth ialah apabila bayi lahir mati setelah usia kandungan mencapai 28 minggu atau lebih. Di Malaysia juga sama. Tetapi di Indonesia apabila bayi mati setelah 20 minggu, ia dianggap sebagai keguguran.

bayi mati dalam kandungan, bayi meninggal ketika hamil, bayi mati ketika kecil

Kenapa bayi mati dalam kandungan berlaku?

Ada beberapa sebab mengapa terjadinya bayi mati dalam kandungan. Antara sebab-sebabnya ialah:

  • Pertumbuhan bayi perlahan dan lambat, tidak seperti bayi normal
  • Pendarahan dari ruang plasenta
  • Ada kelainan kromosom, genetic dan metabolisme
  • Kelainan pada tubuh janin (tubuh yang tidak menjadi)
  • Degupan jantung tidak berfungsi dengan baik
  • Tali pusat yang terbelit atau tidak mempunyai hubungan baik dengan plasenta
  • Kekurangan oksigen pada bayi
  • Pengambilan ubat terlarang oleh ibu
  • Jangkitan kuman
  • Kencing manis

bayi mati dalam kandungan, bayi mati lemas, bayi mati kepanasan, bayi mati ketika hamil, bayi mati

Bayi mati dalam kandungan boleh terjadi apabila:

  • Ibu mengalami obesiti, di mana berat badan naik mendadak
  • Pernah mengalami keguguran atau stillbirth pada kelahiran terdahulu
  • Mengandung bayi kembar dua atau lebih
  • Pernah melahirkan bayi tak cukup umur
  • Ibu mengalami sakit kronik seperti ginjal, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, tiroid atau masalah darah beku
  • Ibu merokok dan mengamalkan minuman keras

Tanda-tanda bayi mati dalam kandungan

Cuba lihat pada buku merah yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM di mana terdapatnya halaman mengira pergerakan janin.

Adakah ibu-ibu mengira pergerakan janin dengan betul? Ini kerana apabila anda merasakan janin tidak bergerak atau tiada tendangan sebanyak 10 kali dalam masa 12 jam, sila berjumpa doktor.

Di hospital, pakar perubatan akan memasang Doppler untuk mengesan degupan jantung bayi. Dari situ, akan dapat dikesan juga penyebab terjadinya stillbirth.

Cara atasi risiko bayi mati dalam kandungan

  • Apabila tahu diri sedang mengandung, segera berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan beritahu ubat yang anda perlu ambil setiap hari. Ia bertujuan mengetahui kesan ubat tersebut mampu memberi kesan terhadap bayi dalam kandungan, sama ada berbahaya atau tidak.
  • Jika ada penyakit kencing manis, pastikan anda mengambil ubatan dengan betul bagi mengawal penyakit ini semasa mengandung.
  • Mengamalkan asid folic sebulan sebulan disahkan mengandung
  • Apabila merasakan berat badan naik, usaha untuk kurangkannya sebelum anda mengandung dan jangan lakukan saat sudah disahkan hamil.

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kematian Bayi Dalam Kandungan – Pengalaman Yang Paling Sedih Untuk Ibu Bapa

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!