Bayi 2 bulan mati tersedak ketika ibu menyusu, ibu diminta lebih berwaspada!

lead image

Jika kita sedikit terleka ketika menyusukan bayi, pelbagai insiden buruk boleh berlaku yang boleh mengorbankan nyawa si kecil itu.

Sedih dan hiba apabila kami mendapat tahu ada bayi mati tersedak susu ibu. Ia merupakan situasi yang menakutkan ketika hendak menyusukan bayi tak kira secara breastfeed atau jika ibu guna botol susu.  

Tersedak susu terjadi apabila susu termasuk dalam saluran pernafasan dan paru-paru bayi. Seterusnya, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan boleh menyebabkan kematian. 

Untuk mengelakkan kejadian bayi mati tersedak susu ibu, para ibu perlu tahu cara betul untuk menyusu dan tidak tertidur ketika menyusukan bayi anda.

Seperti yang menimpa seorang wanita apabila bayi mati tersedak susu ibu selepas dia tertidur ketika menyusukan bayi kecilnya itu. 

Bayi mati tersedak susu ibu

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/baby center 1.jpg Bayi 2 bulan mati tersedak ketika ibu menyusu, ibu diminta lebih berwaspada!

Bayi dua bulan, lemas dan mati selepas ibunya tertidur di atas sofa semasa menyusukannya. Ibunya, Leanne Petty bangun dari tidur jam 6 pagi dan mendapati bayinya, Charlie tidak lagi bergerak di atas dadanya. 

Akibat terlalu panik, Leanne bergegas hubungi pihak hospital dan kemudiannya mereka tampil membantu lalu terus membawa Charlie ke hospital untuk menerima rawatan.

Namun, ianya sudah terlambat kerana bayi lelaki itu sudah mati beberapa jam kemudian. 

Dr Anita Nagy yang  merawat kes tersebut berkata, semasa post mortem di Guy’s and St Thomas’ Hospital, pakar mendapati bahawa Charlie tersedak susu kerana terdapat susu di tekaknya. 

Menurutnya lagi, co sleeping menjadi punca risiko ketika menyusu dan menyebabkan kematian itu. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/sei 18309921.jpg Bayi 2 bulan mati tersedak ketika ibu menyusu, ibu diminta lebih berwaspada!

Bukti menunjukkan bahawa ibunya menyusu Charlie pada jam 11 malam sebelum dia tertidur. Apabila sedar dari tidur yang panjang, dia mendapati bayinya sudah lemas dan melentok tidak bergerak.

Bahkan, banyak muntah susu di atas tubuhnya. 

Ini merupakan tragedi tragis yang pernah berlaku buat keluarga kecil itu. 

Ibu, sila hadam dan hafal 8 tips elak bayi tersedak susu ini 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/sei 18309456.jpg Bayi 2 bulan mati tersedak ketika ibu menyusu, ibu diminta lebih berwaspada!

1. Tak kira  breastfeed atau susu botol, pastikan kepala anak lebih tinggi daripada dada dan perutnya. 

2. Botol susu pula perlu diletakkan 45 hingga 60 darjah supaya tak tersekat di kerongkong bayi. 

3. Periksa saiz lubang botol agar ia tak terlalu besar hingga susu keluar terlalu laju. 

4. Jika menyusu dada, ibu kena pastikan puting masuk penuh dalam mulut baby. 

5. Cara terbaik menyusu bayi adalah mendakap si kecil di tubuh ibu 

6. Sendawakan bayi selepas menyusu. JANGAN LUPA

7. Selepas menyusu, tidurkan bayi secara mengiring, jangan terlentang. 

8. Jangan masukan bayi terus ke dalam buaian selepas menyusu. 

Ingatan untuk kita semua. Kongsikan berita ini di Facebook anda!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Parents.com

Sumber: Metro. Co.UK , Mak Buyong 

Baca juga

Dia tidak sengaja menyebabkan bayinya tersedak dengan susunya sendiri