X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk

3 min bacaan
Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati BatukBayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk

Walaupun kaedah menggunakan wap untuk mengubati batuk nampak senang dan mudah, namun ibu bapa masih perlu tahu cara untuk melakukannya dengan betul.

Batuk dirawat dengan wap bilik air?

Satu-satunya cara untuk mengubat batuk dan selesema secara semulajadi adalah dengan menggunakan kaedah wap.

Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan membuka air panas dalam bilik air sehingga ia dipenuhi wap panas. 

Kemudian, penghidap batuk atau selesema disuruh masuk ke dalam bilik air selama 5-10 minit di bawah pengawasan ibu bapa, supaya mereka tidak terkena air panas yang masih mengalir.

Kaedah ini mempunyai banyak variasi, sesetengah ibu menambah minyak pati. Tetapi cara yang paling asas ialah dengan menggunakan wap air panas sahaja. 

batuk

Kredit: Home Guides

Walaupun kaedah ini nampak senang dan mudah, namun ibu bapa masih perlu tahu kepentingan melakukannya dengan cara yang betul.

Ayah cuba mengubati batuk anaknya

The New York Post melaporkan seorang bayi lelaki berusia 1 tahun telah mengejutkan ayahnya awal pagi Jumaat sekitar pukul 3 pagi kerana asyik batuk.

Menurut WPIX lagi, ayah bayi itu memberitahu polis dia telah memberikan anaknya campuran air, gula dan lemon, untuk melegakan batuk anaknya itu.

Tetapi, anaknya masih tidak berhenti batuk.

Jadi ayah itu telah meletakkan anaknya dalam stroller yang ditutup dengan selimut dan meletakkan stroller itu di bilik mandi dengan air panas yang dipasangkan. 

Dia kemudiannya menutup tirai agar wap panas itu kekal dalam bilik mandi dan boleh melegakan batuk anaknya. 

Ayahnya kembali tidur selepas memasang jam loceng untuk bangun pada pukul 5 pagi. Apabila ibu bayi tersebut bangun pada pukul 5 pagi, dia mendapati anaknya sudah tidak sedar diri!

Risiko bayi terlalu panas (overheating)

Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk

The New York Daily News melaporkan bayi itu terus dikejar ke hospital tetapi telah disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sana.

Suhu badan bayi itu dilaporkan pada 42 darjah celsius. Menurut Mayo Clinic, strok haba/overheating untuk orang dewasa bermula pada suhu badan 40 darjah celsius. 

Had suhu badan untuk seorang bayi jauh lebih tinggi berbanding suhu badan dari itu! Mungkin bayi itu terkena stok haba dan risiko terlalu panas hingga maut.

Walaupun pakar kanak-kanak mengesyorkan ibu bapa menggunakan wap air panas sebagai langkah untuk mengubat batuk dan selesema, namun kanak-kanak hanya perlu berada di dalam bilik mandi tidak lebih daripada 15 minit.

Pengawasan orang dewasa juga sangat penting untuk memantau keadaan anak dan untuk mengelak dari berlakunya kemalangan.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu tambahan untuk ibu bapa di luar sana agar peristiwa menyayat hati seperti ini tidak berulang. 

Sama-sama kita belajar dari kesilapan.

Sumber: Miami Herald dan Flickr|osseous

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

7 Tanda Bahaya Yang Menunjukkan Bayi Anda Terlalu Panas (Overheating)

Stories Rakan Kongsi
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
Kuiz Ini Akan Membantu Anda Memutuskan Cara Terbaik Untuk Melindungi Diri Anda, Anak-Anak Dan Ibu Bapa
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
This Quiz Will Help You Decide How Best To Protect Yourselves, The Kids And Your Parents Too
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Ayah Guna Wap Untuk Ubati Batuk
Kongsikan:
  • Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

    Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

  • Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

    Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

    Seorang Ibu Mati Setelah Bekerja 12 jam Sehari

  • Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

    Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun Maut Selepas Terperangkap Selama 3 Jam Dalam Van

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.