Bayi Menangis Tanpa Sebab Walaupun Dah Menyusu & Tukar Lampin, Ini Cara Mengatasinya

Kenapa bayi menangis tanpa sebab walaupun telah minum susu dan tukar lampin? Ia boleh terjadi disebabkan beberapa punca yang menganggunya

Ramai ibu mengadu rasa pelik apabila bayi menangis tanpa sebab yang jelas. Yang peliknya kerana bayi baru saja lepas menyusu atau baru saja tukar lampin baru. Tapi tetiba menangis. Kenapa bayi menangis agaknya?

Tidak dinafikan bahawa berdepan situasi bayi menangis berterusan boleh membuatkan ibu rasa tertekan dan letih untuk memujuknya.

Kenapa bayi menangis tanpa sebab

Kadangkala bayi menangis tidak henti, walaupun selepas anda mencuba pelbagai cara untuk menenangkannya. Dan kadangkala bayi menangis tanpa sebab yang jelas, atau tidak akan berhenti menangis melainkan didukung sepanjang masa.

Adalah normal untuk berasa kecewa, marah, sedih, atau cemas apabila berhadapan dengan anak menangis tidak berhenti.

Jika anda memerlukan rehat, letakkan bayi di tempat yang selamat, jauhkan diri selama beberapa minit, dan mintalah bantuan orang terdekat.

Kebanyakan bayi baru lahir menangis selama 45 minit hingga dua jam setiap hari dalam tempoh enam bulan pertama kehidupan. Berikut kenapa bayi menangis tanpa sebab:

  1. Bayi dengan kolik – yang menjejaskan kira-kira 1 dalam 10 bayi – menangis tanpa sebab sama sekali selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tiga atau lebih hari seminggu, selama sekurang-kurangnya tiga minggu.
  2. Kenapa bayi menangis: untuk beritahu anda bahawa mereka letih, atau lapar, atau lampin basah.
  3. Kadangkala bayi anda menangis kerana mahu dipegang atau dipermainkan – atau, kadangkala, mereka terlalu dirangsang dan memerlukan sedikit masa tenang.

Setiap kali bayi anda menangis, mulakan dengan menyemak senarai semak mental tentang punca yang paling mungkin. Ini termasuk perlu makan atau tidur sebentar, berasa terlalu rangsangan, atau mahu anda memegangnya atau bermain dengan mereka.

Punca bayi menangis tanpa sebab yang lain

Sekiranya faktor diatas adalah bukan sebab anak menangis, pertimbangkan beberapa sebab yang kurang biasa bayi menangis iaitu:

  • Keadaan terlalu bising atau bayi terlalu dirangsang hingga menyebabkannya sukar menenangkan diri
  • Kolik, yang selalunya bermula tanpa sebab yang dapat dikenal pasti dan berlaku pada masa yang sama setiap petang
  • Ketidakselesaan disebabkan perut bergas
  • Sakit tumbuh gigi
  • Ruam lampin
  • Sebab kenapa bayi menangis yang lebih luar biasa seperti tourniquet rambut
  • Sakit – terutamanya jika bunyi tangisan berbeza daripada tangisan bayi anda yang biasa. Puncanya mungkin termasuk penyakit refluks gastrousus (bayi selalunya enggan makan dan menangis semasa penyusuan)
  • Demam (daripada selesema atau jangkitan lain)
  • Jangkitan telinga (bayi biasanya menarik telinga, yang mungkin mempunyai saliran cecair)
  • Sensitif terhadap makanan dalam diet ibu menyusu badan
  • Susu lembu atau soya dalam formula tidak serasi hingga menyebabkan kembung
  • Bayi beralih bulan boleh menyebabkan keresahan pada usia 2 hingga 3 minggu, 6 minggu, 3 bulan dan 6 bulan
  • Hendak tumbuh gigi. Keadaan ini akan membuatkan bayi gatal gusi sekaligus tidak selesa. 
  • Mengalami ketidakselesaan selepas makan.
  • Bayi mengalami tidur apnea di mana mereka berhenti bernafas dalam tempoh tertentu. Apabila dapat bernafas kembali, dia menangis kerana panik atau kemungkinan sakit.
  • Bayi berasa takut dengan sesuatu yang berada di sekelilingnya atau dia mengalami mimpi buruk semasa tidur.
  • Bayi mengalami kegelisahan apabila ibu dan ayahnya tidak berada di sisi. Masa ini, dia sedang belajar ada penjaga lain yang akan bersamanya buat seketika waktu terutama apabila ibu keluar bekerja.
  • Bayi menangis tanpa sebab apabila mereka dalam keadaan terlalu panas atau sejuk. Oleh itu, ibu bapa harus lebih peka melihat situasi ketika itu.

Cara mengatasi bayi menangis tanpa sebab

1# Dapatkan udara segar

kenapa bayi menangis

Kadang-kadang, membuka pintu depan rumah juga dapat menghirup udara segar masuk ke dalam rumah sekaligus bayi akan berhenti menangis.

2# Air suam

Seperti udara segar, air suam juga dapat menenangkan dan menghentikan tangisan bayi.

Pancuran air suam dalam bilik mandi ke tubuh bayi akan menambahkan ketenangan pada si kecil itu. Ia sekaligus akan membuatnya berhenti menangis.

3# Pergerakan/ ayunan

Sekiranya bayi menangis tanpa sebab yang jelas, anda boleh mendapatkan bayi lalu masukkannya ke dalam buaian atau kerusi goyang. Tentu si kecil itu akan berhenti menangis dan berasa lebih tenang.

Paling tidak pun, anda dukungnya dan tepuk-tepuk perlahan di belakang badannya. Dia akan faham bahawa anda sedang tenteramkannya dari terus menangis.

4# Urutan

bayi menangis tanpa sebab, bayi menangis, tangisan bayi, baby menangis tanpa sebab, bayi menangis tanpa sebab yang jelas, punca bayi menangis tiba-tiba, sebab bayi menangis tiba-tiba, tangisan bayi, tangisan baby, tangisan anak, punca menangis, punca anak menangis, punca bayi menangis

Anak kecil juga seperti orang dewasa yang suka disentuh dan dibelai manja.

Jadi, jika bayi menangis tanpa sebab anda boleh lakukan urutan lembut di bahagian kaki dan tangannya. Ini akan membuatnya lebih selesa dan aman.

Anak menangis malam

Boleh jadi anak menangis malam disebabkan lapar. Boleh jadi juga anak menangis malam kerana sakit atau terdapat gangguan daripada syaitan.

Maka yang pertamanya perlulah diketahui akan sebab utamanya terlebih dahulu. Ada beberapa cara untuk mengatasi anak menangis malam disebabkan oleh gangguan. Antaranya:

  • Membaca surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
  • Membaca ayat al-Kursi
  • Membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas
  • Membaca doa berikut sebanyak 3 kali 

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

  • Doa dan ayat al-Qur’an di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada mereka yang sakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.

Amalan ini boleh diamalkan dan insya-Allah dengan izin Allah SWT dapat menghilangkan rasa sakit serta gangguan terhadap anak kecil. 

Zikir untuk bayi

Selain mengalunkan muzik, zikir tidurkan bayi juga sebenarnya salah satu cara yang boleh ibu ayah gunakan supaya si manja dapat tidur dengan nyenyak dan lebih lena.

Malah, ia salah satu dari cara yang sangat digalakkan dalam Islam. Hal ini kerana, beberapa jenis zikir dapat membuatkan anak anda menjadi lebih tenang. Ia sekaligus memudahkan anak untuk tidur pada waktu malam terutamanya.

Ada beberapa jenis zikir yang sangat bagus untuk anak anda tidur dan sangat bagus diamalkan. Ia termasuklah:

#1. La ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah

La Ilaha illallah
Muhammadur rasulullah
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Ya zaljalali wal ikram
Amitna ‘ala dinil islam
(ulang semula dari atas sehingga anak anda tertidur)

Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam”

#2. Zikir munajat

Ini juga antara salah satu zikir untuk bayi tidur yang sangat bagus dan sering diamalkan oleh ibu bapa di luar sana ketika menidurkan anak kecil.

Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah

Maksudnya:

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah.

Bila anak sering diperdengarkan bacaan zikir tidur ni akan terhafal secara tak langsung. Subhanallah, sambil mengalunkan zikir tidurkan bayi, kita turut mendapat pahala.

#3. Zikir penerang hati

Hasbunallah wani’mal wakil
Ni’mal maula wani’man nasir

Hasbunallah wani’mal wakil
Ni’mal maula wani’man nasir

Maksudnya:

Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

Cukuplah Allah sebagai penolong
Dan sebaik-baik pelindung

#4. Zikir Fatimah sebelum tidur

Zikir untuk bayi juga boleh dialunkan zikir fatimah sebelum tidur. Si manja anda pastinya akan berasa lebih tenang dan mudah melelapkan mata.

Subhanallah (33 Kali)

Alhamdulillah (33 kali)

Lailahaillallah, (33 kali)

Allahuakbar (33 kali)

La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir

Maksudnya:

Maha Suci Allah,

Segala puji itu hanya untuk Allah,

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah,

Allah Maha Besar,

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

Zikir Fatimah merupakan himpunan zikir yang diajar Rasulullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah Az-Zahra RA.

#5. Zikir bismillahillazi

Meskipun ringkas, ia menjadi zikir tidur yang mudah untuk diingati ramai. Ketika mengalunkan zikir anak tidur ini, ibu ayah disaran perlahan dan lembutkan suara agar anak segera melelapkan mata.

“Bismillahilazi La Yadurru Maasmihi Shaiun Fil Ardi Wa La Fis Samaaie, Wahuwas Samiul Alim”.

Maksudnya: Dengan nama Allah yang bersama-Nya, sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit

Koleksi zikir bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi adalah ayat yang berasal dari hadis Nabi Muhammad SAW. Dalam hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi disebutkan,

“Siapa pun yang membaca (zikir),

بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لَايَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ فِى الْاَرِضِ وَلَا فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

tiga (3) kali, maka tidak akan ditimpa kemudharatan hingga pagi dan sesiapa yang membacanya pada waktu pagi sebanyak 3 (tiga) kali, maka tidak akan ditimpa kemudharatan hingga petang.” (Riwayat Abu Dawud)

Sebenarnya, tidak hanya orang dewasa sahaja berasa tenang dan suka apabila mendengar koleksi zikir. Anak kecil pun sama. 

Bayi menangis dalam tidur

Dalam sesetengah kes, bayi boleh menangis dalam tidur seperti orang dewasa. Sesetengah ibu akan terjaga apabila mendengar bayi menangis, namun anda mungkin terkejut melihat mata bayi mereka tertutup.

Selepas memeriksa si manja, tangisan bayi akan tiba-tiba berhenti dan mereka akan kembali tidur nyenyak seperti biasa. Ada beberapa sebab bayi menangis dalam tidur sebagai panduan anda:

#1. Menangis semasa beralih dari satu kitaran tidur ke kitaran seterusnya

Seperti orang dewasa, bayi tidur dalam kitaran. Tetapi tidak seperti orang dewasa, bayi beralih antara kitaran tidur dengan sangat cepat, menghabiskan lebih banyak masa dalam tidur REM (juga dirujuk sebagai tidur aktif) daripada tidur nyenyak.

Semasa peringkat ini, anda mungkin melihat mata bayi anda banyak bergerak di bawah kelopak mata mereka (dari sinilah istilah “pergerakan mata pantas,” atau REM, berasal). Bayi juga boleh dilihat menggerakkan tangan dan kaki mereka, menutup dan membuka tangan mereka, berkedut atau tersentak, atau ya, walaupun menangis semasa tidur REM.

Dengan kitaran tidur yang berlangsung secara purata hanya 40 minit, ramai bayi hanya tidur sekejap-sekejap. Semasa kebangkitan singkat ini, bayi mungkin menangis selama beberapa minit dan tidur semula atau mungkin tidak bangun sepenuhnya.

#2. Menangis kerana terlalu penat

Apabila bayi tidak cukup tidur atau terjaga lebih lama daripada yang mereka boleh uruskan dengan selesa, mereka boleh cepat letih. Keletihan yang berlebihan mencetuskan hormon melawan keletihan, yang boleh menjadikannya lebih mencabar untuk bayi jatuh dan terus tidur. 

#3. Menangis kerana sakit gigi

Apabila tunas gigi mula muncul, bayi mungkin sangat tidak selesa – dan mereka akan memberitahu anda. Bayi yang tumbuh gigi kelihatan lebih cerewet dan selalunya akan merengek kerana ketidakselesaan siang dan malam.

Jika anda mengesyaki bayi anda mungkin sedang mengusahakan gigi baru, anda mungkin melihat lebih kerap menangis atau merengek ringan semasa tidur. Tanya pakar pediatrik anak anda apa yang mereka cadangkan untuk  mengatasi ketidakselesaan yang berkaitan dengan tumbuh gigi.

Episod singkat menangis semasa tidur adalah sesuai dengan perkembangan dan tidak semestinya memerlukan bantuan.

Jadi, apabila anda mendapati bayi anda menangis dengan mata tertutup, berundur sedikit dan tunggu untuk melihat apa yang berlaku seterusnya. Bayi anda mungkin mengejutkan anda, dan berhenti menangis sendiri!

Adakah menangis dalam tidur tanda mimpi buruk?

Kebanyakan kita telah melihat bayi menangis dalam tidur dan tertanya-tanya, “Apakah yang mereka mimpikan?”

Pada hakikatnya, senyuman manis yang diberikan bayi ketika tidur adalah secara tidak sengaja dan bukan sebagai tindak balas kepada mimpi (tetapi kita masih boleh bayangkan, bukan?).

Untuk pengetahuan anda, anak mula bermimpi sekitar umur 2 tahun. 

Bayi kuat menangis cerdik

Orang tua dulu-dulu ada mengatakan bayi kuat menangis cerdik. Walau bagaimanapun tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa bayi yang lebih banyak menangis adalah lebih bijak.

Malah, kajian menunjukkan bahawa bayi yang lebih banyak menangis mungkin sebenarnya mempunyai IQ yang sedikit lebih rendah apabila dewasa.

Walau bagaimanapun, menangis adalah bahagian penting dalam perkembangan dan penting bagi bayi untuk menyatakan keperluan mereka.

Menangis membantu bayi belajar bagaimana mengawal emosi mereka dan menyediakan mereka saluran komunikasi yang penting.

Akibatnya, ia boleh memberi manfaat kepada bayi untuk menangis dengan sewajarnya, kerana ia membantu mereka berkembang secara kognitif dan emosi.

Anda juga harus dapatkan rehat

Benar, menjaga bayi kecil tidak mudah terutama yang baru lahir. Oleh sebab itu, ibu perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya fizikal dan mental tidak terlalu stres.

Jangan pula rasa bersalah untuk mendapatkan rehat kerana ia sangat penting supaya kita lebih bersabar dan menjadi ibu bapa yang penyayang.

Ini cara yang boleh anda buat:

  • Letakkan bayi di tempat yang selamat. Biarkan si kecil menangis untuk seketika waktu.
  • Telefon emak atau kawan yang ada pengalaman untuk tangani bayi menangis tanpa sebab ini.
  • Serahkan urusan lain kepada suami untuk sementara waktu.
  • Pasangkan lagu atau zikir berentak perlahan untuk tenteramkan hati anda.
  • Tarik nafas panjang. Ulang sebanyak 10 kali.
  • Ingatkan diri anda bahawa tangisan bayi itu hanya sementara dan tidak membahayakan dirinya.
  • Ingatkan diri anda bahawa ini adalah fasa untuk perkembangan bayi supaya lebih sihat dan cergas.
  • Walaubagaimanapun, jangan sesekali goncang bayi anda untuk hentikan tangisannya itu. Ia akan bertambah  PARAH!

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Jenis Tangisan Bayi Ibu Bapa Wajib Tahu, Lagi-lagi Jika Ini Anak Sulung!

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

Baca juga: Cara Tenteramkan Bayi yang Sedang Menangis, Seperti yang Dikongsikan Oleh Seorang Pakar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!