Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

undefined

Anda pasti terharu melihat saat pertama kali Charlotte mendengar ibunya berkata "I love you" padanya. Sungguh erat ikatan antara ibu dan anak!

Bayi ada masalah pendengaran

Bagi seorang ibu atau bapa, tiada apa yang lebih utama dari kesempurnaan anak mereka.

Begitu juga buat pasangan Keane ini yang telah dikurniakan seorang bayi perempuan istimewa tanpa keupayaan mendengar.

Mereka berusaha mendapatkan rawatan dan akhirnya berjaya memperoleh alat bantuan pendengaran buat anak mereka, Charlotte.

Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

Kredit: Hearing aids from Widex

Saat pertama kali Charlotte mendengar ibunya berkata ‘hai’, reaksinya sungguh mengharunya bagi sesiapa saja yang melihatnya!

Ibunya, Christy telah memastikan saat magikal itu kekal dengan merakamnya.

Walaupun Charlotte atau panggilan manjanya Charlry, masih lagi bayi, anda boleh lihat sendiri bagaimana dia amat emosional hingga bergenang air mata.

Terpancar kegembiraan di wajah Charly. Dan apabila ibunya mengucapkan ‘I love you’ sekali lagi air matanya bergenang. Mari kita lihat video Charly  yang telah dikongsikan oleh keluarga ini.

Ibunya, Christy Keane juga telah mengongsikan foto-foto Charly yang sungguh comel di instagram miliknya.

Bayi dan deria pendengaran

1 hingga 3 daripada 1000 bayi yang dilahirkan akan ada masalah pendengaran. Ujian pendengaran akan dilakukan pada hari pertama bayi dilahirkan.

Dan sekiranya terdapat masalah, ujian selanjutnya akan dilakukan.

Mengapa bayi baru lahir diberi ujian pendengaran?

Tahun pertama kelahiran bayi adalah sangat penting untuk perkembangan mereka.

Jika masalah pendengaran tidak dapat dikenal pasti pada peringkat awal, ini akan mengganggu perkembangannya.

Ini termasuklah perkembangan bercakap dan bahasanya.

Bagaimana ujian pendengaran dilakukan pada bayi baru lahir?

Terdapat 2 jenis ujian pendengaran yang digunakan, iaitu:

  1. Automated Auditory Brainstem Response (AABR) — Ujian ini mengukur bagaimana saraf bunyi memberi respon terhadap bunyi. Bunyi klik atau tona akan dimainkan di telinga bayi.

    Bayi Ini Pertama Kali Dengar Suara Ibu, Reaksinya Pasti Buat Anda Terharu!

    Foto ehsan Scottish Sensory Centre

  2. Otoacoustic Emissions (OAE)— Ujian ini mengukur ombak bunyi yang dihasilkan di dalam telinga. Rod kecil akan diletakkan di dalam telinga si kecil untuk mengukur gema di situ.

Kedua-dua ujian ini mengambil masa lebih kurang 5 hingga 10 minit dan ia dilakukan semasa bayi sedang tidur atau baring dengan diam.

Jika bayi tidak lepas ujian pendengaran, apa patut saya buat?

Dapatkan nasihat daripada doktor bayi anda.

Dia mungkin akan menyarankan ujian lanjut sebelum mendiagnos apa-apa.

Sekiranya seorang bayi dijangka mempunyai masalah pendengaran, doktor akan menyarankan untuk berjumpa:

  • audiologis (pakar pendengaran),
  • otolaringologis (pakar telinga, hidung dan tekak) dan
  • oftalmologis (pakar mata).

Ini kerana sesetengah bayi yang kehilangan pendengaran juga akan mengalami masalah penglihatan.

Sesetengah masalah pendengaran adalah kerana faktor genetik.

Setelah melakukan pelbagai ujian, barulah rawatan atau bantuan pendengaran akan disarankan untuk anak anda mengikut kesesuaian.

Sama ada pembedahan, sesi rawatan atau alat bantuan, doktor akan menyenaraikan pilihan yang ada.

Sumber: Bored panda, Healthy children

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ujian Pemeriksaan Untuk Bayi Baru Lahir, Apa Ibu Bapa Perlu Tahu

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!