theAsianparent Logo

Adakah bayi aktif menendang dalam kandungan ibu satu tanda yang bagus?

Baca untuk mengetahui kekerapan bayi menendang dalam kandungan yang normal, serta cara ibu-ibu boleh menggalak dan meningkatkan pergerakkan janin.

Saat paling berharga bagi seorang ibu ialah apabila mereka merasakan bayi menendang dalam kandungan untuk kali pertama. Ibu mungkin tidak sedar, tetapi tendangan bayi anda sedang menolongnya untuk berkembang.

Tendangan-tendangan kecil ini bukan hanya satu cara untuk meregangkan kakinya atau untuk berkata "Hi ibu".

Tendangan-tendangan itu mempunyai tugas yang lebih penting, iaitu membantu membentuk dan menguatkan tulang, otot dan sendi mereka, menurut satu kajian baru.

Apabila bayi menendang dalam kandungan, ini baik untuk tulang mereka!

bayi menendang dalam kandungan, bayi menendang dalam perut, bayi menendang sebelah kiri, bayi menendang sebelah kanan, pergerakan bayi dalam kandungan. mengapa bayi menendang dalam perut. bayi tendang perut, bayi menendang dalam perut, bayi menendang dengan kuat dalam perut

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam the Journal of the Royal Society menunjukkan bagaimana janin menggerak-gerakkan badannya dan berkembang dalam kandungan.

Penemuan mereka memang menakjubkan:

  • Pada minggu ke-20 hingga minggu ke-30, imbasan MRI menunjukkan tendangan janin akan menjadi semakin kuat
  • Penyelidik berjaya mengukur kekuatan tendangan serta tekanan yang dialami pada tulang dan sendi janin.
  • Kekerapan bayi menendang dalam kandungan akan berkurang kira-kira 35 minggu kerana kurang ruang dalam rahim.
  • Tekanan pada kaki janin akan terus meningkat dan begitu juga dengan kadar pertumbuhan mereka. Ini sebenarnya membantu janin untuk berkembang!
  • Pergerakan boleh mempengaruhi pertumbuhan janin. Ini mungkin sebab mengapa bayi pramatang kadang-kadang dilahirkan dengan gangguan tulang atau sendi.
  • Cara janin bergerak sebelum dilahirkan boleh memberi kesan kepada kesihatan mereka apabila membesar nanti. Kajian lanjut diperlukan untuk membuktikan kaitan antara pergerakan janin dan kesihatan tulang anak dewasa, seperti osteoarthritis.

Cara menggalakkan bayi menendang dalam kandungan

bayi menendang dalam kandungan, tendangan bayi, tendangan anak, kekerapan bayi menendang, tendangan bayi dalam kandungan, tendangan anak dalam kandungan, tendangan janin, bayi menendang dalam kandungan, bayi menendang dalam perut, bayi menendang sebelah kiri, bayi menendang sebelah kanan, pergerakan bayi dalam kandungan. mengapa bayi menendang dalam perut. bayi tendang perut, bayi menendang dalam perut, bayi menendang dengan kuat dalam perut

1. Baring

Cuba baring di sebelah kiri, kemudian tumpukan perhatian untuk merasakan pergerakan bayi selama kira-kira 2 jam.

Anda sepatutnya dapat merasakan bayi anda bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Hubungi doktor anda dengan segera jika jumlahnya kurang dari ini.

2. Makan atau minum

Minum satu gelas jus oren untuk membangunkan bayi anda. Makanan juga akan memberi kesan yang sama. Kedua-dua ini akan merangsangkan metabolisme bayi anda dan menggalakkan pergerakkan dan meninggikan kekerapan bayi menendang dalam kandungan.

3. Guna irama muzik

Dengan cara sama ibu-ibu boleh menidurkan anak dengan menggunakan muzik, anda juga boleh menggunakannya untuk menggalakkan kekerapan bayi menendang dalam kandungan.

Lagu pilihan tidak perlulah jenis yang rancak atau dipasang dengan kuat.

bayi menendang dalam kandungan, tendangan bayi, tendangan anak, kekerapan bayi menendang, tendangan bayi dalam kandungan, tendangan anak dalam kandungan, tendangan janin, bayi menendang dalam kandungan, bayi menendang dalam perut, bayi menendang sebelah kiri, bayi menendang sebelah kanan, pergerakan bayi dalam kandungan. mengapa bayi menendang dalam perut. bayi tendang perut, bayi menendang dalam perut, bayi menendang dengan kuat dalam perut

Perlukah saya bimbang jika kekerapan bayi menendang dalam kandungan agak kurang?

Selepas janin mencecah usia 15 minggu, mereka akan mula menggerakkan badan dan anggota tubuh badan yang lain.

Kebanyakan ibu tidak akan merasakan pergerakan janin pada peringkat ini. Tetapi sekitar 16 hingga 25 minggu, ibu mungkin boleh mula merasakan sedikit pergerakan di dalam perut mereka.

Apabila merasakan tendangan bayi dalam rahim, ini memberikan keyakinan kepada ibu-ibu yang anak mereka aktif dan sihat. Ibu akan rasa bimbang jika bayi mereka tidak bergerak dengan banyak.

Tapi jumlah pergerakan janin tidak sama untuk setiap ibu. Sensasi dan tendangan janin juga akan rasa berbeza sepanjang kehamilan seorang wanita.

Tips penting apabila sedang memantau bayi menendang dalam kandungan:

  • Hubungi doktor anda jika pergerakkan janin dalam kandungan berkurang.
  • Ingat: bayi di dalam kandungan perlu tidur juga, tetapi biasanya tidak lebih dari 90 minit.
  • Pergerakkan janin biasanya akan bertambah selepas 32 minggu dan mula mengikut corak pergerakkan yang stabil.
  • Tendangan janin sepatutnya dapat dirasakan sehingga hari kelahiran.

 

 

 

 

 

Sumber: Science NewsThe Journal of the Royal SocietyNHS UK, Livestrong

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/demam-ketika-hamil-panadol/