Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

Bayi maut kerana lemas dalam selimut, ibu ini berkongsi kisahnya

Tahukah anda kerana risiko SIDS, ibu bapa tidak boleh menggunakan apa-apa objek lembut seperti selimut bayi, bantal ataupun cadar katil yang longgar sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 1 tahun?

Siapa sangka, dek selimut bayi – seorang anak yang tidak bersalah tidak dapat diselamatkan. Ikuti kisah ini sebagai pengajaran untuk mana-mana ibu bapa yang suka meletakkan barang lembut seperti bantal, selimut bayi dan cadar dalam katil baby.

Jordan DeRosier, seorang ibu yang masih bersedih kerana kematian anaknya yang lemas dalam selimut bayi ini telah tampil dan berkongsi kisah yang berlaku pada dirinya.

Sebelum ini, ramai orang telah membuat spekulasi yang anaknya meninggal dunia akibat vaksin.

selimut bayi, selimut bayi lembut, bayi lemas kerana selimut, selimut bayi lemas, bayi lemas, bayi lemas dalam selimut

Post Facebook Jordan DeRosier yang tidak lagi tersedia. Foto kredit: Chron.com

Dia telah memuat naik gambar diri yang sedang menangis teresak-esak di sebelah anak sulungnya dengan cerita sebenar mengapa bayinya telah meninggal dunia.

“Jangan letak anak di atas katil dengan selimut bayi”

Sloan DeRosier, bayi yang hampir 7 bulan itu telah ditemui mati lemas di atas katilnya, dengan selimut bayi menyelubungi kepalanya.

Pada malam itu, Jordan meletakkan Sloan di katilnya dengan dua selimut bayi: satu yang dibuat oleh nenek moyangnya, dan satu lagi selimut kegemarannya yang berwarna kelabu.

Dia menulis:

Mereka telah mengambil selimut kelabu yang dijumpa menyelubungi kepalanya.

Entah bagaimana dia telah menarik selimut itu sehingga dirinya sendiri terperangkap di dalamnya.

Tolong jangan letakkan bayi anda di atas katil dengan selimut bayi!

Saya ingat oleh kerana dia sudah pandai merangkak, berdiri sendiri, dan memanjat, dia tidak akan apa-apa.

Inilah wajah seorang ibu yang penuh kesedihan, wajah seorang ibu yang rindukan anaknya, dan wajah ibu yang patah hati kerana rasa bersalah.

Saya tidak akan berhenti berasa bersalah dan perlu terus hidup dengan kesalahan saya.

Saya akan selalu berfikir bagaimanakah keadaan anak saya sekarang jika dia masih hidup. Tolonglah belajar dari kesilapan saya!

selimut bayi, selimut bayi lembut, bayi lemas kerana selimut, selimut bayi lemas, bayi lemas, bayi lemas dalam selimut

Gambar Sloan dengan abangnya, Rowan. Foto kredit: Youcaring

Gara-gara selimut bayi, semua sudah terlambat…

Saya adalah orang yang menemui baby Sloan kelemasan di katilnya,” kata Jordan kepada TODAY Parents.

Saya telah masuk ke bilik untuk menjenguk anaknya, tetapi mendapati anak dalam keadaan meniarap dengan selimut yang terbelit di kepala.

Saya telah alihkan selimut itu. Belakangnya sudah sejuk. Muka dan dadanya berwarna ungu. Bibirnya berwarna biru dan matanya tertutup.

Jordan dan suaminya, Justin, telah membuat panggilan kecemasan dan cuba untuk menyelamatkan anak mereka dengan melakukan CPR.

Paramedik telah mencuba selama 30 minit untuk memulihkan anaknya, tetapi mereka tidak berjaya…

Elak dari guna selimut bayi dan peralatan tempat tidur yang lain

Walaupun bayi anda sedang tidur, dia masih boleh menghadapi situasi yang berbahaya kerana selimut bayi, seperti:

  • Lemas akibat selimut atau peralatan tempat tidur yang lain
  • Tercekik mainan atau benda lain
  • Terperangkap di antara tepi katil dan tilam
  • Tercekik pada tali dan reben

Ini disebabkan bayi yang kecil:

  • Tidak dapat mengawal cara mereka tidur
  • Tidak tahu ertinya bahaya
  • Tidak tahu cara untuk menyelamatkan diri atau bergerak dari situasi yang berbahaya
  • Boleh meletakkan benda di dalam mulut dan tercekik.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna A.S. (CPSC) menganggarkan hampir 700 kematian yang melibatkan bayi 12 bulan dan lebih muda berkaitan dengan banyaknya barang di tempat tidur bayi!

Hampir separuh daripada kematian bayi yang dilaporkan kepada CPSC setiap tahun adalah akibat lemas disebabkan oleh bantal, selimut tebal dan/atau penuhnya barang di katil bayi.

Bila masa yang selamat untuk anak mula guna selimut bayi?

Mengikut cadangan Parents.com, anak boleh dibedung dengan menggunakan kain sebaik sahaja mereka dilahirkan.

Tapi kerana risiko SIDS (kematian bayi secara tiba-tiba), ibu bapa tidak boleh meletakkan apa-apa objek lembut seperti atau cadar katil yang longgar sehingga dia berusia sekurang-kurangnya 1 tahun.

Selepas usia 1 tahun, ahli pediatrik mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang mengatakan anak boleh mula menggunakan selimut dan bantal yang lebih kenyal.

Ada pula yang mengesyorkan ibu bapa tunggu sehingga anak berusia 2 tahun. Baju tidur yang menutup kaki atau sleeping bag juga boleh digunakan pada malam yang sejuk.

Jadi, sebenarnya ibu bapa boleh menunggu sehingga anaknya mula besar sedikit sebelum diletakkan di dalam katil yang lebih besar berserta selimut lembut.

 

 

Sumber: Mirror, CYH

Baca juga:

Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner